Pergi ke kandungan

Dari Desa Ke Kampus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dari Desa Ke Kampus
PengarahK. Rathiramanan
PenulisAnuar Nor Arai
Lakon layarAnuar Nor Arai
Dihasilkan olehMokhtar Daud
Sinematografi
  • Mior Wahididdin Mior Hamzah
  • Padzillah Abd Aziz
Disunting olehAbdul Razak Othman
Muzik olehRobiah Baharudin
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1987
Masa tayangan
24 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Dari Desa Ke Kampus ialah sebuah filem dokumentari Malaysia 1987 terbitan Filem Negara Malaysia (FNM) untuk Universiti Malaya (UM).[1][2]

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Dari Desa Ke Kampus berkisarkan tentang seorang anak petani di kampung yang bernama Murad yang berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya (UM) dan memaparkan kehidupan seharian dan pengalamannya di kampus. Ia turut menceritakan tentang sejarah universiti dan profilnya serta kehidupan para siswa dan siswi di kampus.

  • Rafizi Mohd Dahan sebagai Murad
  • Daud Mohamad sebagai Talib
  • Rohaya Ahmad sebagai Nora
  • Sukhbeer Singh sebagai Harjit
  • Haji Ali Sabran sebagai bapa Murad
  • Sa'ayah Kutai sebagai ibu Murad
  • Yvonne Chee sebagai Janette
  • Aminuddin Mohd Zain sebagai Amir
  • Sugumaran sebagai Rajah
  • Rengasamy Rajoo sebagai Rajoo

Pelakon kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]
  • Emelda Mohd Said
  • Mohd Rizal Mohd Said

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Penggambaran dijalankan di kampus UM di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Skripnya ditulis oleh Anuar Nor Arai dengan Naib Canselor UM ketika itu, Ungku Abdul Aziz berkhidmat sebagai penasihat.

Tenaga kerja

[sunting | sunting sumber]
  • Penasihat: Ungku Abdul Aziz
  • Skrip: Anuar Nor Arai
  • Hiasan lampu: Mohd Aris Ahmad, Ehsan Ahmad Kehan, R. Sandrasigaran, N. Govindasamy
  • Jurukamera: Mior Wahididdin Mior Hamzah, Padzillah Abd Aziz
  • Animasi dan grafik: Yusof Ali, Roslan Jaafar, Razali Mohamad
  • Jurukamera animasi: Salleh Abdullah, Vernon Fernandez
  • Optikal: Arif Baba, Ajmaan Asri
  • Jururakam bunyi: Ariffin Othman, Helmi Mohd Zain
  • Pengadun bunyi: Azmi Asrawi
  • Muzik: Robiah Baharudin
  • Penyunting: Abdul Razak Othman
  • Pengurus produksi: Shaharoom Shah
  • Penerbit bersekutu: Haji Mokhtar Daud
  • Pengarah: K. Rathiramanan
  1. ^ "Senarai karya". Filem Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2006. Dicapai pada 24 November 2010.
  2. ^ Dari Desa Ke Kampus (Penerbitan televisyen). Kuala Lumpur: Filem Negara Malaysia. 1987.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]