Daily Sabah
Jenis | Akhbar harian |
---|---|
Format | Harian |
Diasaskan | 2014 |
Pemihakan politik | Pro-AKP Populisme sayap kanan Konservatisme |
Bahasa | Inggeris, Jerman, Arab dan Rusia |
Ibu pejabat | Istanbul, Turki |
Edaran | 8,588[1] |
Pemilik | Kumpulan Media Turkuvaz |
Penerbit | Turkuvaz Gazete Dergi Basim A.S. |
Ketua pengarang | Serdar Karagoz |
Laman sesawang | http://www.dailysabah.com |
Daily Sabah (terjemahan: "Harian Pagi") ialah akhbar harian pro-kerajaan Turki,[2][3][4] diterbitkan di Turki. Akhbar ini juga terdapat dalam bahasa Inggeris, Jerman, Arab dan Rusia dan dimiliki oleh Kumpulan Media Turkuvaz. Daily Sabah menerbitkan edisi pertamanya pada 24 Februari 2014.[5][6] Ketua Pengarangnya ialah Serdar Karagöz.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Daily Sabah ditubuhkan pada tahun 2014 apabila iklim politik yang sangat antagonis menyelubungi politik Turki. Selepas konflik, pada Disember 2013, antara gerakan Gulen, iaitu organisasi masyarakat madani yang bermotivasi dengan beberapa aspirasi politik, dan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang ketika itu memerintah negara Turki, akhbar pro-Gulen Today's Zaman telah berubah menjadi pengkritik hebat parti AKP. Untuk mengimbangi wacana kritikan terhadap AKP oleh Today's Zaman dan Hürriyet Daily News, sebuah akhbar pengkritik AKP berfahaman sekular, iaitu Daily Sabah, muncul sebagai suara sokongan kepada AKP dalam bentuk akhbar berbahasa Inggeris.[7]
Kolumnis
[sunting | sunting sumber]- Ilnur Cevik
- Ibrahim Kalin
- Cemil Ertem
- Burhanettin Duran
- Hatem Bazian
- Ozan Ceyhun
- Merve Şebnem Oruç
- Melih Altınok
- Nagehan Alçı
- Hakkı Öcal
- Yahya Bostan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Tiraj". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-17. Dicapai pada 2019-10-28.
- ^ "The U.S. tried to kill Erdogan, says editor in chief of Turkish daily". Washington Post. Dicapai pada 18 Disember 2016.
- ^ "The other side of the coin in Turkish media". Middle East Eye. Dicapai pada 18 Disember 2016.
- ^ "New English daily offers Turkish government perspective". Al-Monitor (dalam bahasa Inggeris). 27 Februari 2014. Dicapai pada 18 Disember 2016.
- ^ "Hoş geldin bebek". www.sabah.com.tr. Dicapai pada 30 Jun 2016.
- ^ "Türkiye'yi dünyaya DAILY SABAH anlatacak". www.sabah.com.tr. Dicapai pada 30 Jun 2016.
- ^ "New English daily offers Turkish government perspective". Al-Monitor. Dicapai pada 30 Jun 2016.