Daerah Kubang Pasu
Daerah Kubang Pasu | |
---|---|
Daerah Kubang Pasu | |
Transkripsi lain | |
• Jawi | كوبڠ ڤاسو |
• Cina | 古邦巴素县 |
• Tamil | குபாங் பாசு |
Koordinat: 6°20′N 100°20′E / 6.333°N 100.333°EKoordinat: 6°20′N 100°20′E / 6.333°N 100.333°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Pusat | Jitra |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Kubang Pasu |
Pentadbiran | |
• Yang Dipertua Majlis Perbandaran | Azmin bin Zainol Abidin[1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 945.97 km2 (365.24 batu persegi) |
Penduduk (2010)[3] | |
• Jumlah | 214,479 |
• Kepadatan | 230/km2 (590/batu persegi) |
Zon waktu | UTC 8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC 8 (Tiada) |
Poskod | 06xxx |
Kod panggilan | 6-04 |
Nombor plat kenderaan | K |
Kubang Pasu adalah salah sebuah daerah yang terletak di bahagian utara negeri Kedah[4]. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Jitra. Bukit Kayu Hitam yang terletak di utara Kubang Pasu menjadi salah satu pintu antarabangsa antara Malaysia dan Thailand.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1839, Kubang Pasu pernah diserah untuk diperintah oleh Tunku Anum Tunku Abdul Rahman yang telah berjaya mengembalikan hubungan diplomatik antara Kedah dan Siam ketika Perang Musuh Bisik pada 1821.[5] Tunku Anum telah diberikan kuasa untuk memerintah Negeri Kubang Pasu dan baginda seterusnya menamakannya dengan Kubang Pasu Darul Qiyam yang bermaksud negeri yang berdiri tegak atau tersendiri dengan pusat pentadbiran pada ketika itu terletak di Pulau Pisang. Hanya dua orang raja yang sempat memerintah kerajaan ini sebelum disatukan semula dengan Kedah pada tahun 1864.[6]
Pada 22 Oktober 2018, pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Kubang Pasu telah dinaik taraf ke taraf perbandaran sebagai Majlis Perbandaran Kubang Pasu.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Kubang Pasu terletak di bahagian utara negeri Kedah bersempadan dengan negara Thailand di utara, Daerah Padang Terap di timur, Daerah Kota Setar dan Daerah Pokok Sena di selatan serta Negeri Perlis dan Selat Melaka di barat.
Mukim
[sunting | sunting sumber]Terdapat 21 buah mukim dalam daerah Kubang Pasu yang diketuai seorang penghulu setiap mukim.
Bil | Nama mukim | Jumlah penduduk
(2010)[7] |
Keluasan
(km²)[8] |
---|---|---|---|
1 | Mukim Ah | 4,243 | 28.12 |
2 | Mukim Binjal | 3,504 | 22.9 |
3 | Mukim Bukit Tinggi | 6,724 | 8.12 |
4 | Mukim Gelong | 10,830 | 28.6 |
5 | Mukim Husba | 3,393 | 26.41 |
6 | Mukim Jeram | 7,828 | 38.17 |
7 | Mukim Jerlun | 17,299 | 65.05 |
8 | Mukim Jitra | 23,710 | 13.12 |
9 | Mukim Kepelu | 9,271 | 40.72 |
10 | Mukim Kubang Pasu | 2,698 | 41.13 |
11 | Mukim Malau | 3,209 | 48 |
12 | Mukim Naga | 28,135 | 47.15 |
13 | Mukim Padang Perahu | 3,276 | 19.57 |
14 | Mukim Pelubang | 9,371 | 12.38 |
15 | Mukim Pering | 6,679 | 40.51 |
16 | Mukim Putat | 5,012 | 28.39 |
17 | Mukim Sanglang | 11,891 | 42.84 |
18 | Mukim Sungai Laka | 13,351 | 110.4 |
19 | Mukim Temin | 35,913 | 220.3 |
20 | Mukim Tunjang | 6,542 | 31.58 |
21 | Mukim Wang Tepus | 1,600 | 27.27 |
Bandar
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan beberapa bandar dan pekan di daerah Kubang Pasu
- Bandar Changloon
- Bandar Jitra
- Bandar Kodiang
- Bandar Tunjang
- Bandar Darulaman
- Bandar Padang Sera
- Bandar Kepala Batas
- Bandar Bukit Kayu Hitam
- Pekan Ayer Hitam
- Pekan Kuala Sanglang
- Pekan Sanglang
- Pekan Bukit Kayu Hitam
- Pekan Kerpan
- Pekan Sintok
- Pekan Napoh
- Pekan Sungai Korok
Demografi
[sunting | sunting sumber]Mengikut bancian penduduk Malaysia 2010, jumlah penduduk di daerah Kubang Pasu ialah seramai 214,479 orang dengan kepadatan 230 orang perkilometer persegi[8]. Terdapat sebanyak 47,731 isi rumah dengan 57,246 tempat kediaman. Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu seramai 184,135 orang.[7]
Warganegara | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Melayu | 184,135 |
Bumiputera lain | 799 | |
Cina | 16,555 | |
India | 4,846 | |
Lain-lain | 3,128 | |
Bukan warganegara | tiada data | 5,016 |
Kumpulan umur | Jumlah |
---|---|
70 tahun dan ke atas | 8,880 |
60 hingga 69 tahun | 11,784 |
50 hingga 59 tahun | 20,019 |
40 hingga 49 tahun | 24,248 |
30 hingga 39 tahun | 24,372 |
20 hingga 29 tahun | 43,682 |
10 hingga 19 tahun | 45,490 |
9 tahun dan ke bawah | 36,004 |
Jantina | Jumlah |
---|---|
Lelaki | 104,688 |
Perempuan | 109,791 |
Kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
[sunting | sunting sumber]Senarai wakil daerah Kubang Pasu dalam Dewan Rakyat;
Parlimen | Nama kerusi | Ahli Parlimen | Parti |
---|---|---|---|
P5 | Jerlun | Abd Ghani Ahmad | Perikatan Nasional (PAS) |
P6 | Kubang Pasu | Ku Abd Rahman Ku Ismail | Perikatan Nasional (PPBM) |
Senarai wakil daerah Kubang Pasu dalam Dewan Undangan Negeri
Parlimen | Negeri | Nama kerusi | Ahli Dewan Undangan Negeri | Parti |
---|---|---|---|---|
P5 | N3 | Kota Siputeh | Mohd Ashraf Mustaqim | Perikatan Nasional (PPBM) |
P5 | N4 | Ayer Hitam | Azhar Ibrahim | Perikatan Nasional (PAS) |
P6 | N5 | Bukit Kayu Hitam | Halimaton Shaadiah Saad | Perikatan Nasional (PPBM) |
P6 | N6 | Jitra | Prof. Haim Hilman Abdullah | Perikatan Nasional (PAS) |
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan statistik institusi pendidikan di daerah Kubang Pasu sehingga tahun 2019[9];
Sekolah*
Jenis sekolah | Bilangan
sekolah |
Jumlah murid | Jumlah guru | ||
---|---|---|---|---|---|
Lelaki | Perempuan | Lelaki | Perempuan | ||
Sekolah rendah | 58 | 11,251 | 10,606 | 579 | 1,427 |
Jumlah | 58 | 21,857 | 2,006 | ||
Sekolah menengah | 25 | 8,326 | 8,821 | 533 | 1,151 |
Jumlah | 25 | 17,147 | 1,684 | ||
Keseluruhan | 83 | 19,577 | 19,427 | 1,112 | 2,578 |
Jumlah keseluruhan | 83 | 39,004 | 3,690 |
*tidak termasuk sekolah swasta atau sekolah di bawah Jabatan Agama Negeri
Pengajian Tinggi
Institusi | Jumlah staf
akademik |
Jumlah
pelajar |
---|---|---|
Universiti Utara Malaysia | 1,297 | 31,804 |
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah | 407 | 5,043 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman | 177 | 1,309 |
Kolej Komuniti Bandar Darulaman | 69 | 548 |
Kolej Komuniti Jerlun | - | 61 |
Jumlah | 1,950 | 38,765 |
Pusat Beli belah
[sunting | sunting sumber]- Tesco Hypermarket
- Jitra Mall @ Aneka
- Yawata
- Minat
- Pasaraya Cmart
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Carta Organisasi Majlis Perbandaran Kubang Pasu". Dicapai pada 2021-12-30.
- ^ "Latar Belakang". Dicapai pada 30 December 2021.
- ^ "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". Dicapai pada 2021-12-30. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ Peta lokasi Kubang Pasu
- ^ Suzalina Halid 2015
- ^ "Sultan Kubang Pasu". Dicapai pada 2021-12-30.
- ^ a b "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 266–267.
- ^ a b "Kubang Pasu, District in Malaysia". citypopulation.de.
- ^ "Statistik Pendidikan". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 30 Disember 2021.