Pergi ke kandungan

Cyberpunk 2077

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cyberpunk 2077
A CGI rendering of a man holding a gun
PembangunCD Projekt Red[a]
PenerbitCD Projekt
PengarahAdam Badowski
PengeluarRichard Borzymowski[2]
Pereka
  • Konrad Tomaszkiewicz[3]
  • Michał Dobrowolski[4]
  • Paweł Sasko[5]
Pengatur caraMateusz Popławski[6]
Artis
  • Paweł Mielniczuk[7]
  • Katarzyna Redesiuk[8]
  • Jakub Knapik[9]
Penulis
  • Marcin Blacha[10]
  • Jakub Szamałek[11]
  • Stanisław Święcicki[12]
Komposer
EnjinREDengine 4[13]
Platform
Pelepasan10 Disember 2020
GenreBerperanan aksi[14]
Penembak diri-pertama[15]
ModPemain tunggal
Multipemain

Cyberpunk 2077 ialah sebuah permainan video berperanan aksi yang dibangunkan dan diterbitkan oleh CD Projekt dan dijangka akan dilancarkan pada 10 Disember 2020 di Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Stadia, Xbox One, dan Xbox Series X/S. Latar tempat permainan video ini ialah sebuah bandar distopia bernama Night City sebagai sebuah dunia terbuka yang terbahagi kepada enam buah kawasan. Para pemain mengambil watak sebagai seorang saudagar bergelar V yang boleh berkemahiran dalam bidang godaman, penggunaan jentera dan senjata.

V
Disuarakan oleh: Gavin Drea (lelaki) / Cherami Leigh (perempuan)

Watak utama permainan serta watak yang disandarkan pemain.[16] Pihak pembangun menetapkan V sebagai seorang pemuda dalam umur 20-an meskipun para pemain boleh menetapkan dan melaraskan rupa watak. Sebagai menghormati hak kebebasan pemain serta "mengekalkan suasana siberpunk," pihak pembangun sengaja tidak menetapkan jantina V, dan membiarkan para pemain menetapkan jantinanya.[17][18] Pada awal permainan, V boleh ditetapkan sebagai sama ada seorang jalanan, nomad atau ahli korporat, dan pemilihan pemain menentukan plot pada awal permainan.[19]

Johnny Silverhand
Disuarakan oleh: Keanu Reeves

Pernah muncul dalam permainan asal Cyberpunk, Johnny muncul sebagai seorang bayangan dalam perspektif V setelah maut dalam sebuah pergaduhan pada 2021.[20] Johhny berusaha dalam memberi sokongan terhadap V sepanjang permainan, tetapi hubungan antara mereka boleh dipengaruhi oleh keputusan-keputusan yang dipilih pemain.

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]
Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
MetacriticPC: 90/100[21]

Cyberpunk 2077 menerima pujian meluas dalam kalangan pengkritik berdasarkan pemarkahan di Metacritic.[21] Namun begitu, para penganalisis mendakwa pemarkahan itu kurang memuaskan.[22] Selain itu, terdapat cubaan serangan terhadap para pengkritik yang dikatakan berpunca daripada pengaruh penentang-penentang utama seperti penggiat YouTube serta pengaruh antifeminis dalam golongan ini yang menyebabkan pengkritik wanita lebih teruk diserang.[23] Permainan ini juga melahirkan kebimbangan kesihatan selepas seorang pengkritik mendakwa mengalami sawan fotosensitif akibat permainan itu, menyebabkan CD Projekt Red berusaha untuk memberi "penyelesaian yang lebih kekal".[24][25]

Isu teknikal di versi konsol

[sunting | sunting sumber]

Pada pascapelancaran, permainan ini mendapat kritikan dan kutukan meluas dalam kalangan pemain akibat masalah-masalah teknikal dan gangguan permainan yang ketara, terutamanya dalam versi konsol.[26][27] Akibatnya, pihak CD Projekt memohon maaf atas isu tersebut dan membolehkan bayaran balik bagi golongan pemain yang kurang berpuas hati.[28] Meskipun begitu, golongan pemain konsol mendakwa bahawa permintaan bayaran balik mereka sering ditolak oleh penjual seperti Sony.[29] Kesudahannya, pihak Sony pada 17 Disember menarik balik Cyberpunk 2077 daripada pasaran PS Store berikutan tentangan besar-besaran terhadap judul itu, dan menjanjikan pulangan penuh terhadap mereka yang kurang berpuas hati.[30]

Kesan terhadap reputasi CD Projekt

[sunting | sunting sumber]

Pelancaran berlangkah kiri Cyberpunk 2077 disifatkan sebagai kegagalan dahsyat oleh pelbagai pihak memandangkan Cyberpunk 2077 dijulang oleh golongan ramai sebagai judul yang paling dinanti-nantikan pada 2020.[31] Pelancaran itu juga memberi calaran hebat kepada CD Projekt yang selama ini mendapat sanjungan dalam kalangan peminat permainan video secara keseluruhan, dengan pihak CD Projekt menetapkan "pemulihan imej syarikat" sebagai fokus utama.[32] Selain itu, pihak kakitangan CD Projekt juga dikatakan berantakan susulan pelancaran malang judul itu.[33]

Masalah teknikal Cyberpunk 2077 ketika pelancaran telah menjatuhkan harga saham CD Projekt sebanyak 9.4% pada hari pelancaran.[22] Pada 24 Disember, sebuah tindakan saman telah dituju kepada CD Projekt oleh kumpulan pemegang saham syarikat di California, Amerika dengan dakwaan bahawa CD Projekt telah memperdaya pihak pemegang saham dengan menawarkan dakwaan-dakwaan manis berkenaan judul itu.[34] Menjelang Januari, pihak Pejabat Persaingan dan Perlindungan Pengguna Poland melancarkan siasatan berkenaan pelancaran permainan dan pembaikian-pembaikian yang sedang dilakukan.[35]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan Rujukan
2018 Game Critics Awards Penghargaan Khas bagi Grafik Menang [36]
Penghargaan Khas bagi Inovasi Menang
2018 Golden Joystick Awards Permainan Paling Ditunggu-Tunggu Menang [37]
Gamers' Choice Awards Permainan Paling Ditunggu-Tunggu Tercalon [38]
2019 Game Critics Awards Penghargaan Khas bagi Grafik Menang [39]
2019 Golden Joystick Awards Permainan Paling Ditunggu-Tunggu Menang [40]
2020 18th Visual Effects Society Awards Watak Animasi Iklan Luar Biasa Menang [41]
  1. ^ CD Projekt Red Warsaw dan Kraków membangunkan permainan video manakala pihak Wrocław menyumbang terhadap penyelidikan dan pembangunan.[1]
  1. ^ Watts, Steve (2 Julai 2019). "Cyberpunk 2077: CD Projekt Red Addresses Rumor About Multiple Cyberpunk Games". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2019.
  2. ^ Conditt, Jessica (23 Ogos 2018). "It's not always sunny in 'Cyberpunk 2077'". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2018.
  3. ^ Macgregor, Jody (4 Mac 2019). "The Witcher 3 game director joins Cyberpunk 2077 team". PC Gamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2019.
  4. ^ Avard, Alex (7 Ogos 2020). "You can become so good with a weapon in Cyberpunk 2077 that "it'll be like you're using an aimbot"". GamesRadar . Diarkibkan daripada yang asal pada 7 August 2020. Dicapai pada 8 Ogos 2020. 2077 that "it'll be like you're using an aimbot"&rft.date=2020-08-07&rft.aulast=Avard&rft.aufirst=Alex&rft_id=https://www.gamesradar.com/you-can-become-so-good-with-a-weapon-in-cyberpunk-2077-that-itll-be-like-youre-using-an-aimbot/&rfr_id=info:sid/ms.wikipedia.org:Cyberpunk 2077" class="Z3988">
  5. ^ Savage, Phil (12 Jun 2019). "Cyberpunk 2077's lead quest designer explains why using cyberspace requires a bathtub". PC Gamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2019.
  6. ^ Holt, Kris (20 Oktober 2020). "Cyberpunk 2077's dialogue was lip-synced by AI". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-21. Dicapai pada 2020-12-03.
  7. ^ Taylor-Kent, Oscar (Oktober 2020). "_Cyberpunk 2077's art team talk to Oscar Taylor-Kent about creating the hot looks, fast rides, big guns, and slick cyberware that defines Night City". PlayStation Official Magazine – UK. No. 179. m/s. 50–58.
  8. ^ Weber, Rachel (12 Jun 2019). "Cyberpunk 2077 can be completed without a single kill". GamesRadar . Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2019.
  9. ^ Burnes, Andrew (20 November 2020). "Cyberpunk 2077 System Requirements Revealed: GeForce RTX 3070 Recommended". Nvidia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-20. Dicapai pada 2020-12-03.
  10. ^ Robinson, Andy (30 November 2019). "Cyberpunk 2077's story 'takes up two thick books of dialogue'". Video Games Chronicle. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2019.
  11. ^ Winslow, Jeremy (22 Ogos 2019). "New Cyberpunk 2077 Gameplay Footage Takes A Closer Look At The City". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2019.
  12. ^ Lemne, Bengt (14 Jun 2018). "Cyberpunk 2077 – Stanisław Święcicki Interview". Gamereactor. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2019.
  13. ^ Morris, Tatiana (22 Mac 2017). "New Cyberpunk 2077 details suggest mid-2019 release". GameZone. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2018.
  14. ^ Holt, Kris (18 September 2020). "'Cyberpunk 2077' won't require a high-end gaming rig". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2020.
  15. ^ Hall, Charlie (3 September 2019). "Cyberpunk 2077 will be "100% first person" shooter". Polygon. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2019.
  16. ^ "キアヌ・リーヴスが演じるキャラクターは森川智之さんが担当! 「サイバーパンク2077」の日本語吹替版トレーラー公開" (dalam bahasa Jepun). Game Watch. 2019-09-10. Dicapai pada 2020-07-06.
  17. ^ RIKUSYO (2019-08-27). "『サイバーパンク 2077』キャラクリエイトでは男女の性別選択オプションを削除へ―海外インタビューで明らかに". Game*Spark. イード. Dicapai pada 2020-07-19.
  18. ^ Matt Kim (2019-08-30). "『サイバーパンク2077』のデベロッパーが性別を選ぶオプションがなくなった理由を解説". IGN Japan. 産経デジタル. Dicapai pada 2020-07-19.
  19. ^ 坂本ビス太 (2020-06-26). "『サイバーパンク2077』先行体験レビュー。「俺はナイトシティで生きる」――プロローグにさえ、没入度MAXのゲーム体験が詰まっている". Famitsu (dalam bahasa Jepun). KADOKAWA. Dicapai pada 2020-07-20.
  20. ^ "[E3 2019]基本システムが詳しく紹介された「サイバーパンク2077」。キアヌ・リーブスさんは英雄ジョニー・シルヴァーハンド役で登場". 4gamer.net (dalam bahasa Jepun). Aetas. 2019-06-14. Dicapai pada 2020-07-20.
  21. ^ a b "Cyberpunk 2077 for PC Reviews". Metacritic. CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2020. Dicapai pada 10 December 2020.
  22. ^ a b "Cyberpunk Game Reviews Take Wind Out of CD Projekt's Sails". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 7 December 2020. Dicapai pada 10 December 2020.
  23. ^ Thier, David (10 Disember 2020). "The Situation With 'Cyberpunk 2077' Reviews Is Just Embarrassing". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Disember 2020.
  24. ^ Ruppert, Liana (7 Disember 2020). "Cyberpunk 2077 Epileptic PSA"". Game Informer (dalam bahasa Inggeris).
  25. ^ Lyles, Taylor (8 Disember 2020). "Cyberpunk 2077 to add new epilepsy warning as devs work on a permanent fix". The Verge (dalam bahasa Inggeris).
  26. ^ Zamora, Gabriel. "Cyberpunk 2077 (for PC) Review". PCMAG (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Disember 2020.
  27. ^ Hernandez, Patricia (9 Disember 2020). "Cyberpunk 2077 on PS4 and Xbox One seems to have major problems". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 December 2020.
  28. ^ Humphries, Matthew. "CD Projekt Red Offers Apology and Refunds for Cyberpunk 2077". PCGamer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Disember 2020.
  29. ^ Porter, Jon. "It's not as easy to get a Cyberpunk 2077 refund as CD Projekt Red suggested". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Disember 2020.
  30. ^ Muhammad Saufi Hassan (18 Disember 2020). "Sony tarik judul Cyberpunk 2077 dalam PS Store". Harian Metro.
  31. ^ Isaac, Mike; Browning, Kellen (19 Disember 2020). "Cyberpunk 2077 Was Supposed to Be the Biggest Video Game of the Year. What Happened?". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 December 2020. Dicapai pada 19 Disember 2020.
  32. ^ December 2020, Demi Williams. "The cost of fixing Cyberpunk 2077 is "irrelevant" compared to restoring company reputation, says CDPR". gamesradar (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2020. Dicapai pada 21 December 2020.
  33. ^ Schreier, Jason (18 Disember 2020). "Cyberpunk Game Maker Faces Hostile Staff After Failed Launch". Bloomberg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Disember 2020.
  34. ^ Carpenter, Nicole (24 Disember 2020). "CD Projekt facing class action lawsuit over Cyberpunk 2077 release". Polygon. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Disember 2020. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  35. ^ Skrebels, Joe (11 Januari 2021). "Cyberpunk 2077's Launch and Ongoing Fixes Investigated By Consumer Protection Agency". IGN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Januari 2021.
  36. ^ Watts, Steve (5 Julai 2018). "Resident Evil 2 Wins Top Honor In E3 Game Critics Awards". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2020.
  37. ^ Sheridan, Connor (16 November 2018). "Golden Joystick Awards 2018 winners: God of War wins big but Fortnite gets Victory Royale". GamesRadar . Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2018.
  38. ^ Glyer, Mike (19 November 2018). "2018 Gamers' Choice Awards Nominees". File 770. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 January 2020.
  39. ^ Sheridan, Connor (27 Jun 2019). "Game Critics Awards Best of E3 2019 winners: Here are the victors and nominees for every category". GamesRadar . Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2019.
  40. ^ "Cyberpunk 2077 claims this year's Golden Joystick for Most Wanted Game". Gamasutra. 15 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2019.
  41. ^ Pedersen, Erik; Blyth, Antonia (29 January 2020). "VES Awards: 'The Lion King' & 'The Irishman' Take Top Film Honors – Winners List". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]