Pergi ke kandungan

Cubaan bom kereta Times Square 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cubaan bom kereta Times Square 2010
Kereta Nissan Pathfinder SUV biru tua (kanan) di Times Square,
27 minit selepas cubaan serangan itu.
Lampu amaran belakangnya terpasang.
Map
Lokasi1 Astor Plaza, 1515 Broadway, Times Square, Bandaraya New York, AS
Koordinat40°45′29″N 73°59′09″W / 40.758056°N 73.985768°W / 40.758056; -73.985768
Tarikh1 Mei 2010
6:28 petang (UTC–04)
Jenis serangan
Pengeboman kereta yang gagal
Kematian0
Tercedera0
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Cubaan bom kereta Times Square 2010 berlaku pada 1 Mei 2010 di New York. Sebuah bom kereta ditemui oleh Jabatan Polis New York di Times Square. Bom itu gagal meletup dan tiada sesiapa terbunuh.[1][2]

Pihak berkuasa persekutuan berjaya menangkap Faisal Shahzad (umur 30), seorang penduduk tetap asal Pakistan menetap di Bridgeport, Connecticut. Dia telah menjadi warganegara Amerika Syarikat pada April 2009.[3] Dia ditangkap sedang menaiki Penerbangan Emirates 202 ke Dubai di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy.[3][4] Dia kemudiannya mengakui cuba bom kereta dan mengatakan bahawa dia telah menerima latihan di kem latihan pengganas di Waziristan, Pakistan.[5]

Peguam Negara Amerika Syarikat Eric Holder menuduh Shahzad berhasrat "membunuh orang Amerika". Shahzad didakwa di mahkamah persekutuan di Manhattan pada 4 Mei dengan tuduhan pengganasan dan menggunakan senjata pemusnah massa. Pegawai keselamatan Pakistan telah menangkap sejumlah orang berhubung dengan komplot. Dia dikatakan mendapat inspirasi daripada Anwar Al-Awlaki menerusi internet.[6]

Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mengingatkan bahawa akan timbulnya "akibat teruk" seandainya serangan sebegini berjaya lalu dikesani puncanya di Pakistan.[7] Dakwaan hubungan dengan anasir-anasir Taliban di Pakistan menekankan lagi perlunya pentadbiran Barack Obama untuk bertindak balas termasuk melakukan serangan tentera ke Pakistan jika pada masa akan datang berlakunya serangan berjaya yang dikesan berasal dari militan yang bertapak di Pakistan.[8]

Pada 5 Oktober 2010, Shahzad dikenakan hukuman penjara seumur hidup setelah mengaku bersalah atas indikmen 10 tuduhan pada bulan Jun, termasuk tuduhan komplot untuk menggunakan senjata pemusnah besar-besaran serta cubaan pengganasan.[9]

  1. ^ Baker, Al; Rashbaum, William K. (May 1, 2010). "Police Find Car Bomb in Times Square". The New York Times.
  2. ^ "Crude car bomb found in Times Square". MSNBC. Dicapai pada May 2, 2010.
  3. ^ a b William K. Rashbaum, Mark Mazzetti, and Peter Baker (4 Mei 2010). "Arrests in Pakistan Widen Bombing Case". New York Times.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ CNN Wire Staff (4 Mei 2010). "Times Square suspect had explosives training, documents say". CNN. Dicapai pada 4 Mei 2010.
  5. ^ "AP sources: Bomber trained at Pakistan terror camp". Washingtonpost.com. Dicapai pada 4 Mei 2010.[pautan mati kekal]
  6. ^ "Faisal Shahzad Had Contact With Anwar Awlaki, Taliban, and Mumbai Massacre Mastermind, Officials Say – ABC News". Abcnews.go.com. Dicapai pada 7 Mei 2010.
  7. ^ "Clinton warns Pakistan of terror 'consequences". BBC. 8 Mei 2010. Dicapai pada 8 Mei 2010.
  8. ^ Miller, Greg (May 29, 2010). "Options studied for a possible Pakistan strike". The Washington Post. Dicapai pada 1 Jun 2010.
  9. ^ Bray, Chad. "Times Square Bomber Gets Life Sentence". The Wall Street Journal. Dicapai pada 5 Oktober 2010.