Pergi ke kandungan

Chornobyl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chernobyl
Чорнобиль
Chernobyl
Bangunan Dewan Bandaraya Lama Chernobyl
Bangunan Dewan Bandaraya Lama Chernobyl
Chornobyl yang terletak di Ukraine
Chernobyl
Chernobyl
Kyiv
Kyiv
Koordinat: 51°16′20″N 30°13′27″E / 51.27222°N 30.22417°E / 51.27222; 30.22417Koordinat: 51°16′20″N 30°13′27″E / 51.27222°N 30.22417°E / 51.27222; 30.22417
Negara Ukraine
OblastOblast Kyiv
RaionRaion Chernobyl (1923–1988)
Raion Ivankiv (1988-2020)
Raion Vyshhorod (sejak 2020)
Pertama disebut1193
Status bandar1941
KawalanDiduduki oleh Rusia (dari 24 Feb 2022; dipertikai)[1]
Pentadbiran
 • AdministrationAgensi Negara Ukraine mengenai Pengurusan Zon Pengecualian
Postal code
07270
Kod kawasan 380-4593
Pandangan Chornobyl

Chornobyl (Bahasa Ukraine: Чорнобиль, IPA: [tʃorˈnɔbɪlʲ] ( dengar)) atau Chernobyl (/ɜːrˈnbəl/ chur-NOH-bəl, chur-NOB-əl; Rusia: Чернобыль, IPA: [tɕɪrˈnobɨlʲ]) bandar yang separa terbiar di Zon Pengecualian Chornobyl, terletak di Raion Vyshhorod di utara Oblast Kyiv, Ukraine. Chornobyl terletak kira-kira 90 kilometer (60 bt) utara Kyiv dan 160 kilometer (100 bt) barat daya bandar Belarus Gomel. Sebelum pemindahannya, bandar ini mempunyai kira-kira 14,000 penduduk, manakala kira-kira 1,000 orang tinggal di bandar itu pada hari ini. Oblast Kyiv, berdekatan sempadan Belarus (51°16′N, 30°13′E). Majalah Time mengklasifikasikan bandar ini sebagai bandar ke-10 paling tercemar di dunia.[2]

Udara bandar ini tercemar pada 26 April 1986 akibat kebocoran Loji Kuasa Nuklear Chornobyl yang terletak 14.5 km di selatan. Pencemaran nuklearnya 100 kali ganda melebihi bom nuklear Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia II tahun 1945. Sekarang zon sekitar 19 km tidak berpenghuni lagi. Dari 1992-2004 terdapat 4000 kes kanser tiroid dikesan di negara Rusia, Ukraine dan Belarus. Ini adalah kejadian industri terbesar di dunia.

Loji Kuasa Nuklear Chornobyl terletak di daerah Chornobyl tetapi pekerja tidak ditempatkan di sini. Semasa pembinaannya, bandar Prypiat menjadi kawasan kediaman pekerja.

Sungguhpun bandar ini kini sebahagian besarnya ditinggalkan, sejumlah kecil penduduk tinggal di dalam rumah yang ditanda dengan papan tanda menyatakan "Pemilik rumah ini tinggal di sini". Pekerja yang memantau dan anggota pengurus bagi Zon Pengasingan ditempatkan di bandar bagi jangka masa panjang. Sesiapa pun tidak dibenarkan berada di sana kecuali mereka. Sebelum ditinggalkan, bandar ini didiami oleh sekitar 55,000 penduduk.

Chornobyl seperti dilihat dari stesen angkasa Rusia Mir pada 1997. (Peta Satelit Chornobyl)

Chornobyl mula dicatat pada 1193 sebagai tempat pemburuan dan bangsal pembalak oleh Putera Rostislavich. Ia menjadi kampung diraja bagi pemerintah Lithuania pada abad ke-13. Bandar ini dianugerahkan sebagai fiefdom kepada Filon Kmita, kapten dalam kalvari di-Raja, pada 1566. Daerah yang mengandungi Chernobyl dipindahkan ke Kerajaan Poland pada 1569, dan kemudiannya diserap oleh Empayar Rusia pada 1793. [3] Sebelum abad ke-20 Chornobyl diduduki oleh petani Ruthenian dan Poland, dan sejumlah besar masyarakat Yahudi.

Chornobyl mempunyai sejarah keagamaan yang kaya. Kaum Yahudi dibawa masuk oleh Filon Kmita semasa kempen koloni Poland, termasuk Hasidim termasuk juga Yahudi Ortodoks yang lain. Petani Ukraine Kristian Ortodoks Timur daerah ini kebanyakannya dipaksa oleh Rusia untuk menganut Katolik Greek selepas 1596, dan kembali ke Ortodoks Rusia hanya selepas penyatuan Ukraine dengan Rusia.

Gereja dan biara jurusan Dominican diasaskan pada 1626 oleh Lukasz Sapieha, pada kemuncak reformasi-balas (Counter-reformation). Terdapat sekumpulan Katolik Tua, yang menentang dekri Council of Trent. Biara Dominican diambil alih pada 1832, dan gereja Katolik Tua dibubarkan pada 1892.

Semenjak 1892, Chornobyl melalui turun naik. Pada 1898 Chornobyl mempunyai penduduk seramai 10,800, termasuk 7,200 Yahudi. Semasa Perang Dunia I kampung ini dijajah dan selepas itu melalui Perang Saudara antara Bolshevik dan Ukrainian. Semasa Perang Poland-Soviet 1919-1920, ia pada mulanya ditawan oleh Tentera Poland kemudian oleh kalvari Askar Merah. Semenjak 1921, ia dimasukkan kedalam SSR Ukraine[3].

Dalam tempoh 1929–33 Chornobyl banyak menderita akibat pembunuhan beramai-ramai semasa kempen pengumpulan Stalin, dan kebuluran Holodomor yang berikutnya. Masyarakat Poland Chernobyl dipindahkan ke Kazakhstan pada 1936 semasa Pencucian Sempadan (Frontier Clearances). Masyarakat Yahudi pupus semasa penjajahan Jerman 1941–44.[3] Dua belas tahun berikutnya, kawasan ini dipilih sabagai tapak stesen nuklear pertama di Padang Rumput Ukraine.

Dengan keruntuhan Kesatuan Soviet pada 1991, Chornobyl menjadi sebahagian dari Ukraine, sebuah negara merdeka.

Malapetaka reaktor nuklear Chernobyl

[sunting | sunting sumber]
Reaktor Chernobyl 2007

Pada 26 April 1986, reaktor keempat Loji Kuasa Nuklear Chernobyl meledak pada 01:23 AM waktu tempatan semasa pekerja sedang melakukan ujian terhadap sistem keselamatan reaktor di mana sistem keselamatan berkomputer dimatikan.

Masalah timbul semasa ujian: Reaktor tidak menerima penyejuk yang mencukupi, membina terlalu banyak haba dalam teras, dan batang pengawal dikeluarkan sepenuhnya, kesemuanya menyumbang kepada operasi reaktor yang tidak stabil. Sistem komputer dibut semula gagal mengawal semula tindak balas. Apabila rod kawalan dimasukkan semula sebagai usaha mengawal semula reaktor tidak stabil, terdapat peningkatan tindak balas, disebabkan oleh reka bentuk reaktor RBMK dan rod kawalannya, dan tindak balas liar yang tidak terkawal bermula.

Reaktor menghasilkan sejumlah besar wap, akhirnya menyebabkan pembebasan wap/letupan, yang memusnahkan sebahagian reaktor. Selepas letupan, kebakaran grafit berlaku disebabkan suhu tinggi reaktor dan pendedahan grafit kepada oksigen. Puing beradioaktif tersebar beberapa batu, dan asap yang mengandungi pencemaran radioaktif dari kebakaran grafit sampai sejauh sehingga Belarus.

Kesemua penduduk kekal Chernobyl dan Zon Pengasingan dipindahkan kerana aras pencemaran radioaktif di kawasan tersebut telah menjadi tidak selamat. Susu yang tercemar dipersalahkan bagi penyakit kanak-kanak seluruh Eropah.

Bandar Chernobyl dan kawasan sekitarnya kini menjadi rumah kepada pakar sains nuklear, pegawai pengurus bagi Loji Kuasa Chernobyl, Pegawai Pemusnah, doktor, pakar kesihatan (physicists), dan yang terbanyak, pegawai kesihatan radiasi (radiation physicists). Sungguhpun Pripyat bersebelahan kekal tidak diurus, Chernobyl telah diubah suai dan kini merupakan rumah kepada 500 penghuni tetap, termasuk pelawat ke Zon Pengasingan yang tinggal di rumah tumpangan tempatan di luar bandar Chernobyl.

  1. ^ Katyshev, Konstantin (24 Februari 2022). "Офис президента заявил о захвате ЧАЭС войсками РФ". Korrespondent. Dicapai pada 9 Mac 2022.
  2. ^ http://www.time.com/time/specials/2007/article/0,28804,1661031_1661028_1661023,00.html
  3. ^ a b c Davies, Norman (1995) "Chernobyl", The Sarmatian Review, vol. 15, No. 1.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]