Pergi ke kandungan

Celine Dion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Celine Dion
Dion pada tahun 2008
Latar belakang
Nama lahirCéline Marie Claudette Dion
Kelahiran (1968-03-30) 30 Mac 1968 (umur 56)
Charlemagne, Quebec, Kanada
KediamanHenderson, Nevada, USA
GenrePop, rock
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu
Tahun aktif1981 - kini
Syarikat rakaman
Epic,
Columbia (1986-kini)
BMG (1989-2004)
Sony BMG (2004-2008),
Sony Music (2008-kini)
Laman sesawang
www.celinedion.com

Céline Marie Claudette Dion (lahir 30 Mac 1968) merupakan seorang penyanyi Kanada, berasal dari Quebec. Muzik beliau banyak dipengaruhi genre berbeza terutamanya dari rock dan R&B sehingga ke muzik gospel dan muzik klasik Eropah; lagu-lagu beliau sering dalam bahasa Perancis dan bahasa Inggeris, namun beliau turut menyanyi dalam bahasa-bahasa Sepanyol, Itali, Jerman, Latin, Jepun dan Mandarin.

Beliau dilihat sebagai salah satu artis berpengaruh dalam genre muzik pop sepanjang zaman. Beliau telah memenangi lima buah Anugerah Grammy; majalah Billboard turut memberi pengiktirafan kepada beliau kerana kekerapam beliau dalam carta pertama format radio kontemporari dewasa (Adult Contemporary).[1] Beliau merupakan artis nyanyian Kanada yang paling laris dengan jualan rakaman sebanyak 200 juta salinan dicatat seluruh dunia.[2][3]

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Dion lahir di Charlemagne, Quebec, 15 batu (24 km) barat daya jauh dari kota Montreal. Beliau anak bongsu kepada 14 orang adik beradik kepada sebuah keluarga Kanada Perancis - ibunya Thérèse (nama keluarga asal: Tanguay, lahir 1927) seorang suri rumah manakala ayahnya Adhémar Dion (1923–2003), seorang penjual daging.[4][5] Beliau dibesarkan dalam sebuah persekitaran yang miskin namun ceria.[6][7] Beliau mendapat namanya daripada sebuah lagu didendangkan Hugues Aufray berjudul "Céline" yang terakam 2 tahun sebelum kelahirannya.[8]

Kerjaya permuzikan awal

[sunting | sunting sumber]

Celine menulis lagu pertamanya "Ce n'était qu'un rêve" pada usia 12 tahun bersama ibunya dan seorang abangnya Jacques.[7] Seorang lagi abangnya Michel menghantar lagu itu ke seorang pengurus studio bernama René Angélil;[9] Angélil begitu terharu dan tertarik dengan suaranya[7] maka berusaha mendana album pertama Dionm, La voix du bon Dieu pada tahun 1981 - rakaman tersebut menjadikan Dion mula-mula dikenali di Quebec. Pada tahun berikutnya, beliau memasuki Festival Lagu Popular Dunia Yamaha di Tokyo, Jepun dan mendapat anugerah "Penghibur Terbaik"" serta pingat emas "Lagu Terbaik" dengan lagu berjudul "Tellement j'ai d'amour pour toi".[9]

Beliau memenangi secara tipis acara Pertandingan Lagu Eurovision tahun 1988 mewakili Switzerland di Dublin, Ireland dengan lagu berjudul "Ne partez pas sans moi".[10]

Penceburan dalam muzik bahasa Inggeris, kemasyhuran

[sunting | sunting sumber]

Dua tahun setelah menghabiskan pengajiannya memingkatkan kefasihannya dalam bahasa Inggeris pada tahun 1990, Dion membuat debutnya dengan album Unison. Album itu dipengaruhi genre soft rock tahun 1980-an serta diterapkan usaha-usaha produser terkenal termasuk Vito Luprano dan David Foster.[11] - ia mempunyai sebuah lagu utama yang pada asalnya dirakam oleh Laura Branigan.[9]

Pada 8 Disember 2022, beliau membuat pengumuman mengenai keadaan terkininya yang didiagnos menghidap sindrom badan kaku (stiff body syndrome) menyebabkan kekejangan otot yang berlarutan sehingga terpaksa menangguhkan semua kegiatan konsert akan datang.[12]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio bahasa Perancis

Album studio bahasa Inggeris


  1. ^ Billboard Staff (1 May 2017). "Being Celine: A Look Back at the Illustrious Career of Celine Dion". Billboard. Dicapai pada 26 November 2018.
  2. ^ Conor, Gaffey (28 July 2016). "Celine Dion Salutes Her Gabonese Imitator". Newsweek. Dicapai pada 21 February 2017.
  3. ^ Ptashnick, Victoria (22 August 2013). "Céline Dion joins Twitter". Toronto Star. Dicapai pada 2 February 2014.
  4. ^ "Celine Dion: From the Perche (France) to Las Vegas". perche-quebec.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2011. Dicapai pada 23 January 2016.
  5. ^ "Celine Dion Biography". Filmreference.com. Dicapai pada 18 April 2014.
  6. ^ "The 'ultimate diva'". People in the News. CNN. 22 October 2002. Dicapai pada 25 September 2013.
  7. ^ a b c "Profiles of Celine Dion, Enrique Iglesias, Moby". Paula Zahn, Charles Molineaux, Gail O'Neill. People in the News, 18 Mei 2002. Transcript.
  8. ^ Germain, Georges-Herbert (1998). Céline: The Authorized Biography. translated by David Homel and Fred Reed. Dundurn Press. m/s. 16. ISBN 978-1-55002-318-3.
  9. ^ a b c "Dion, Celine". Jam!. Canoe.ca. Dicapai pada 25 September 2013.
  10. ^ O'Connor, John Kennedy (2 April 2007). The Eurovision Song Contest — The Official History. UK: Carlton Books. ISBN 978-1-84442-994-3.
  11. ^ Alexander, Charles P. (7 Mac 2004). "The Power of Celine Dion". Time. Dicapai pada 25 September 2013. (pendaftaran diperlukan)
  12. ^ "Celine Dion reveals incurable health condition and postpones tour dates". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 8 Disember 2022. Dicapai pada 10 Disember 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]