Caprice
Caprice | |
---|---|
Kelahiran | Ariz bin Ramli 25 Julai 1988 |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan |
Pasangan | Farra Inalis Hussni (k. 2021)[1] |
Kerjaya muzik | |
Genre | Hip hop, Rap |
Instrumen |
|
Tahun aktif | 2007–kini |
Syarikat rakaman | Caprice Records |
Pengkarya berkait | Damian Mikhail, Hayad, Rahim Maarof, Annatasha, LM, Ron E. Jones, Ramlah Ram, UNIC, Mira Filzah, Aman RA, Yonnyboii, KING STUNNA |
Ariz Ramli (Jawi: اريز بن راملي ; lahir 25 Julai 1988), lebih dikenali sebagai Caprice atau Daddycap, adalah seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan dan penceramah motivasi Malaysia.[2] Kebanyakan lagu-lagunya dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, "Lenglui" dan "Dem Girls" telah melonjakkan beliau ke aliran arus perdana walaupun ramai yang tidak mengetahui lagu itu sebenarnya.[3] Caprice juga merupakan pengasas bagi aplikasi pendidikan Classruum di bawah Caprice Technologies.[4]
Kontroversi
Aktiviti kemanusiaan ke Gaza
Pada akhir Jun 2021, Caprice bertolak ke Gaza, Palestin untuk memberi bantuan kemanusiaan terhadap para penduduk di sana yang terkesan dengan krisis Israel-Palestin yang menyaksikan serangan udara oleh kedua-dua pihak, dengan mengambil inspirasi daripada agamawan serta dermawan terkemuka negara, Ebit Lew yang melakukan perkara sama sebelumnya.[5] Dalam misi ini, beliau bersama dengan Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim yang bertindak sebagai ketua misi.[6]
Walau bagaimanapun, Caprice mencetuskan isu tatkala mendedahkan teguran kepada Ebit Lew atas dakwaan mempergunakan gambar kanak-kanak miskin di sana untuk menguar-uarkan misi kemanusiaanya berdasarkan dakwaan penduduk Palestin.[7] Selain itu, beliau berkata bahawa rancangannya untuk memasuki Gaza bersama-samanya juga terhalang akibat "campur tangan luar".[8] Isu ini mendapat perhatian seluruh negara termasuk ahli terutama negara dengan seruan agar perdamaian segera tercapai.[9] Walau bagaimanapun, Caprice memohon maaf akibat isu itu, dengan menyatakan bahawa beliau "terlalu beremosi" terhadap situasi di Palestin, dan berkeputusan untuk meneruskan misi berseorangan.[10][11]
Diskografi
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Single
Tahun | Judul |
---|---|
2007 | "Lenglui" |
2008 | "Dem Girls" |
2009 | "Teman (Valentine Tak Jadi)" |
"Fantasy Girls" | |
2010 | "Tuhan Tolonglah" |
"Pilihanku" | |
"Thinking of You" | |
2012 | "Chikaro" |
2014 | "Wat Lek Wat Peace" |
2017 | "Korang Tak Boleh Blah" |
2019 | "Baby Sayang" (bersama Mira Filzah) |
2021 | "Koyak" (bersama MeerFly) |
"Lai Lah" (bersama MeerFly dan Cherry) |
Rujukan
- ^ Caprice dah kahwin
- ^ Zaidi Mohamad (9 Jun 2018). Saya memang boleh cakap Melayu - Caprice Berita Harian. Dicapai pada 9 Jun 2018.
- ^ Caprice: The misunderstanding inspired me New Straits Times (17 September 2017). Dicapai pada 18 Oktober 2017.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (7 Disember 2017). Jihad cara Caprice mSTAR Online. Dicapai pada 7 Disember 2017.
- ^ Mei Zi, Tan (24 Jun 2021). "Rapper Caprice follows in Ebit Lew's footsteps, embarks on Gaza aid mission (VIDEO)". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Julai 2021.
- ^ Musa, Nur Huda (17 Julai 2021). "25 hari team Azeez masih belum boleh masuk Gaza". Kosmo!. Dicapai pada 17 Julai 2021.
- ^ Mohd Azman, Muhammad Zulkarnain (17 Julai 2021). "Ebit Lew, Caprice trending di Twitter". Sinar Harian. Dicapai pada 17 Julai 2021.
- ^ "Caprice harap hubungan dengan Ebit Lew pulih kembali". Harian Metro. 17 Julai 2021. Dicapai pada 17 Julai 2021.
- ^ Ahmad Tarmizi, Zakkina Wati (17 Julai 2021). "Damai dan berlapang dada, nasihat menteri kepada Ebit-Caprice". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Julai 2021.
- ^ "Caprice minta maaf, mengaku salah sendiri kerana terlalu beremosi". Astro Awani. 19 Julai 2021. Dicapai pada 20 Julai 2021.
- ^ Abu Bakar, Fathullah (20 Julai 2021). ""Satu hari nanti saya akan banggakan kamu semua…" -Caprice teruskan misi persendirian". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Julai 2021.