Pergi ke kandungan

Bulterier Staffordshire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bulterier Staffordshire
Nama lainBull terrier Staffordshire
Nama ringkas
  • Stafford[1]
  • Staffy
Negara asalUnited Kingdom
Trait
Berat Jantan 13–17 kilogram (29–37 lb)
Betina 11–15.4 kilogram (24–34 lb)
Tinggi 36–41 sentimeter (14–16 in)
Bulu licin, pendek, dan rapat
Warna putih; hitam, biru, perang kekuning-kuningan, atau merah, semua dengan putih atau tanpa putih; mana-mana keragaman brindle, dengan putih atau tanpa putih
Saiz perinduk 5–7 ekor
Anjing (Canis lupus familiaris)

Bulterier Staffordshire atau bull terrier Staffordshire,[a] juga dipanggil staffy atau stafford, ialah satu baka anjing tulen bersaiz kecil hingga sederhana dalam kumpulan terier yang berasal dari bahagian utara Birmingham dan dari Black Country di Staffordshire, yang sempenanya ia dinamai. Ia diturunkan daripada bulterier abad ke-19 yang dikembangkan melalui penyilangan buldog dengan pelbagai terier untuk menghasilkan jenis anjing generik yang pada umumnya dikenali sebagai bull and terrier. Stafford mengongsi keleluhuran sama dengan bulterier moden, walaupun kedua-dua baka berkembang mengikut susur galur sendiri dan tidak menyerupai satu sama lain. Stafford moden lebih menyerupai jenis bulterier lama dan pertama kali diiktiraf sebagai baka anjing tulen oleh The Kennel Club di Great Britain pada tahun 1935.

Dalam sapuan luas sejarah anjing, kisah di sebalik stafford moden agak ringkas dan agak mengelirukan kerana pelbagai alias yang dikaitkan dengan anjing ini pada abad-abad lalu, seperti "Patched Fighting Terrier", "Staffordshire Pit-dog", "Brindle Bull", dan "Bull-and-Terrier".[2] Silangan serupa juga mempunyai alias seperti half-and-half dan half-bred. Sukan darah seperti pengumpanan lembu jantan dan pengumpanan beruang diharamkan dengan kelulusan Akta Kekejaman Terhadap Haiwan 1835 oleh Parlimen, yang menjadikan pengumpanan haiwan haram tetapi menggalakkan laga anjing antara satu sama lain. Pembiak baka anjing beralih daripada buldog lebih berat dan memperkenalkan darah terier ke dalam silangan mereka untuk gameness dan ketangkasan. Silangan bull and terrier ini menghasilkan ternakan pembiakbakaan leluhur yang, selama berdekad-dekad, berkembang menjadi anjing pertunjukan pengakuran moden yang dikenali kini sebagai bulterier Staffordshire dan bulterier. Tidak lama sebelum Perang Saudara Amerika, pendatang dari Great Britain membawa baka silang bull and terrier mereka ke Amerika Syarikat. Anjing ini menjadi leluhur kepada terier Staffordshire Amerika (AmStaff), bulterier katik, terier Boston, dan pitbulterier Amerika.

Bulterier Staffordshire oleh J. M. Crossland (1799–1858)

Sejarah pembiakbakaan tidak terkawal dan kandungan genetik tidak tekal bagi keleluhuran awal stafford telah membawa kepada salah tanggapan tentang asal usulnya.[3]:8–11 Jenis dan gaya individu bagi anjing baka silang berbeza-beza mengikut rantau geografi.[4]:18 Sebagai contoh, progeni dari satu kawasan mungkin mempunyai peratusan lebih tinggi bagi terier berbanding dengan buldog, sementara laporan lain mendakwa bahawa buldog kepada terier lebih diutamakan berbanding dengan bull and terrier kepada bulterier.[4]:18 Pembiak baka anjing membuat pilihan cermat untuk mengukuhkan trait-trait boleh waris daripada jenis anjing spesifik. Banyak jenis baka kacuk yang digunakan untuk mewujudkan anjing laga awal telah lama ber-evolusi dan menstabil menjadi anjing baka tulen moden yang dikenali kini. Banyak trait filogenetik yang diingini pada keleluhuran baka ini telah terpulihara dan selanjutnya diperhalusi dengan pembiakbakaan terpilih agar lebih sesuai dengan tujuan moden stafford sebagai anjing pertunjukan pengakuran, sementara trait-trait yang tidak diingini telah dikeluarkan melalui pembiakbakaan.[5]

Dua baka bulterier

[sunting | sunting sumber]
Anjing dan baka-bakanya, 1876. lajur kiri: mastif Inggeris, anjing gembala Dalmatia, pug; jalur kanan: mastif Denmark, buldog

Pada pertengahan abad ke-19, hibrid bull and terrier dikenali dengan beberapa sebutan berlainan, seperti patched fighting terrier, Staffordshire pit-dog, brindle bull, dan bull-and-terrier.[2] Ia juga dirujuk sebagai half-and-half, half-bred, atau lebih lazim sebagai bull and terrier, walaupun ia bukan baka benar dalam erti kata sama sebagaimana baka anjing moden dikenali. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya enam baka moden dapat menjejaki keleluhuran masing-masing kepada silangan bull and terrier.[6] Satu lagi nama lazim yang digunakan untuk bull and terrier ialah bull terrier ("bulterier"), yang menjadi nama untuk baka baharu yang dikembangkan oleh James Hinks.[3]:18 Hinks menggunakan pelbagai silangan ke luar tidak berdokumen, termasuk anjing Dalmatia dan collie, yang dianggap oleh para penyokong bagi strain asli sebagai hasil yang tidak diingini. Sebaliknya, mereka memilih untuk kekal setia kepada jenis pilihan mereka.[7][8] Hasilnya, dua baka bulterier berlainan muncul: bulterier, yang digelar white cavalier, dan bulterier Staffordshire, yang dinamai sempena kaunti lokasi perkembangannya.[6][9] Warisan laga bulterier ditinggalkan sementara pembiak baka bulterier Staffordshire di United Kingdom meneruskan pertandingan haram mereka yang selari dengan yang berlaku di Amerika Syarikat dengan terier Staffordshire Amerika; tiada satu baka pun dapat memperoleh penerimaan rasmi di tanah asli masing-masing. Wartawan dan pakar anjing Denise Flaim menyatakan dengan ringkas: "Tiada pejabat pendaftaran mantap yang mahu bergabung dengan anjing yang menumpahkan darah kaum sendiri untuk kelangsungan hidup."[9]

Pengiktirafan sebagai baka tulen

[sunting | sunting sumber]

Pedigri boleh jejak tidak wujud sebelum pengasasan The Kennel Club (KC) pada tahun 1873, yang pada mulanya dibentuk oleh sekumpulan penggemar pertunjukan anjing yang ingin memulihara reputasi pertunjukan anjing, sementara pada masa sama, mengelakkan penipuan pembiak baka dengan mengasaskan identiti anjing dan mendokumenkan pedigrinya.[10][11] Jilid pertama The Kennel Club Stud Book ("Buku Pembaka The Kennel Club") diterbitkan pada tahun 1874 dan termasuk senarai pertunjukan anjing dan nama anjing yang dipamerkan dalam setiap pertunjukan, bermula dengan pertunjukan anjing pertama pada tahun 1859.[10] Bulterier dan buldog juga diiktiraf dan disertakan dalam jilid pertama.[12][13] Walau bagaimanapun, hanya mulai tahun 1935, bulterier Staffordshire diiktiraf secara rasmi oleh KC.[14] Lama kemudian, pada tahun 1974, American Kennel Club (AKC) menerima bulterier Staffordshire ke dalam daftar bakanya sebagai baka rasmi ke-121.[15][2]

Keleluhuran bersama

[sunting | sunting sumber]
Dustman, bull and terrier, Benjamin Marshall 1804

Antara enam baka berlainan yang diturunkan daripada baka-baka bull and terrier, lima baka diiktiraf oleh AKC dalam susunan berikut: bulterier, terier Boston, terier Staffordshire Amerika (AmStaff), bulterier Staffordshire, dan bulterier katik.[4]:39[2][16] Lima baka sama ini juga diiktiraf oleh Canadian Kennel Club (CKC). KC mengiktiraf hanya empat baka dan tidak menerima AmStaff atau pitbulterier Amerika (APBT).[4]:39 APBT diiktiraf oleh United Kennel Club (UKC).

KC, yang merupakan pejabat pendaftaran baka pertama yang menerima bulterier Staffordshire yang baru dikembangkan ke dalam Buku Pembaka-nya, menyatakan bahawa baka ini "mengongsi keleluhuran sama dengan bulterier, iaitu buldog yang disilangkan dengan terier hitam dan sawo matang dan dikembangkan sebagai anjing laga." Mereka selanjutnya mengakui bahawa oleh sebab "perkaitan awal anjing ini dengan laga, untuk suatu tempoh waktu, ada kesukaran untuk mendapatkan pengiktirafan untuk baka ini dan hanya mulai tahun 1930-an The Kennel Club mengiktiraf baka ini."[14][17] Canadian Kennel Club (CKC) tidak mengiktiraf stafford sehingga tahun 1952 dan menaruh lebih kepercayaan pada warisan bull and terrier pada baka ini: "Bull and terrier mungkin telah lenyap jika bukan kerana sekumpulan penggemar yang diketuai oleh Joseph Dunn yang menghargai anjing ini demi kepentingannya sendiri dan memujuk The Kennel Club (England) agar mengiktiraf baka ini sebagai bulterier Staffordshire, nama kaunti Inggeris; di sana baka ini merupakan yang paling popular."[18]

Teori asal usul lain

[sunting | sunting sumber]
Buldog dan dua ekor bulterier sekitar abad ke-19
"Crib and Rosa" sekitar 1817 Abraham Cooper (1787–1868)

Apabila membandingkan bull and terrier berusia ratusan tahun dengan stafford moden, Joanna de Klerk, DVM, pengarang The Complete Guide to Staffordshire Bull Terriers (2019), berkata bahawa "dengan keserupaan tinggi dengan buldog lama Inggeris yang asli, yang sejak itu telah dibiakbakakan sehingga tidak dikecam lagi, sesetengah pihak berhujah bahawa staffie berasal semata-mata daripada baka itu dan bukan mempunyai sebarang terier dalam campuran."[3]:8–11 Sebahagian daripada kekeliruan dan salah tanggapan tentang baka ini adalah kerana kandungan genetik tidak tekal baka ini yang disebabkan oleh amalan pembiakbakaan tidak terkawal bermula dengan asal usul staffie dan berterusan kemudian ke dalam perkembangannya, jauh sebelum pedigri boleh jejak wujud. Pada umumnya, terdapat penerimaan bahawa stafford diturunkan daripada silangan buldogterier abad ke-19 yang kemudiannya dibiakbakakan untuk laga anjing selepas sukan darah diisytiharkan haram.[3]:8–11 Hanya mulai awal abad ke-20, jauh selepas pembiakbakaan terpilih memperhalus silangan bull and terrier menjadi bulterier Inggeris, stafford akhirnya muncul, piawaian baka diwujudkan, dan pada tahun 1935, bulterier Staffordshire diiktiraf secara rasmi oleh KC.[3]:8–11

Dalam keluaran musim bunga tahun 2013 bagi The Stafford Knot, Jason Nicolai memerihalkan sesetengah faktor evolusi penting dalam piawaian baka bulterier Staffordshire yang "sangat kerap disalah kutip dan disalahfahami".[19] Piawaian untuk stafford moden sejajar dengan transformasi baka ini daripada keleluhuran bull and terrier-nya sebagai anjing laga kepada anjing pertunjukan pengakuran moden.[19] Sesetengah pengarang buku telah membandingkan lukisan-lukisan abad kesembilan belas dengan penampilan visual stafford moden. Pengarang dan peminat stafford, James Beaufoy, menulis dalam buku beliau Staffordshire Bull Terriers: A Practical Guide for Owners and Breeders ("Bulterier Staffordshire: Panduan Amali untuk Pemilik dan Pembiak Baka") (2016) bahawa terdapat "bukti menarik" dalam sesetengah lukisan awal abad ke-19 yang menggambarkan pengakuran dan keserupaan warna lapis bulu stafford moden apabila dibandingkan dengan buldog lama Inggeris. Sebuah lukisan sedemikian adalah oleh seniman Abraham Cooper (1817), berjudul Crib and Rosa.[20]

A.W.A Cairns ialah penyunting bagi terbitan dalam talian Stafford Magazine.[21] Cairns percaya bahawa "haiwan mirip stafford wujud pada permulaan abad ke-19" dan mengakui, dengan "kemungkinan untuk sedikit prasangka", bahawa "satu-satunya anjing moden daripada jenis ini ialah bulterier Staffordshire". Walau bagaimanapun, Cairns menjelaskan bahawa pedigri yang tertera pada plak bagi lukisan Crib and Rosa, khususnya perkataan "the famous Staffordshire bitch" ("anjing betina Staffordshire masyhur"), tidak mencadangkan bahawa ia merupakan bulterier Staffordshire, tetapi "dapat ada kesimpulan bahawa haiwan jenis itu wujud di kaunti itu sebelum tahun 1816."[22] Kedua-dua tulisan Cairns dan tulisan Beaufoy sejajar bahawa "bulterier Staffordshire ialah 'baka agak baharu'" dalam konteks ketika ia pertama kali diiktiraf oleh KC.[22]

Pada Oktober 1987, Cairns menulis dalam Kennel Gazette bahawa "pengiktirafan The Kennel Club bagi baka ini diselubungi misteri. Pengiktirafan diumumkan dalam terbitan Kennel Gazette April 1935 atas nama bulterier Staffordshire. Tiada penjelasan tentang cara kejadian ini. Tiada kelab baka atau piawaian baka yang wujud."[22] Cairns juga menarik perhatian kepada keserupaan pada bulterier dan stafford pada lewat abad ke-19, sebelum ciri muka menurun bagi bulterier moden: "Pada masa itu bull terrier dapat didaftarkan dengan sire, dam and date of birth unknown ("bapa, ibu, dan tarikh lahir tidak diketahui"), maka sebenarnya mana-mana anjing dapat didaftarkan sebagai bull terrier. Akibatnya, banyak anjing yang didaftarkan didapati merupakan yang dikenali sebagai bulterier Staffordshire."[22]

Analisis DNA

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2017, sebuah kajian seluruh genom mencadangkan bahawa semua anjing jenis bull and terrier, termasuk bulterier Staffordshire dan lima baka berasingan lain, berpeta kembali kepada terier dari Ireland dan kepada asal usul yang bertarikh ke tempoh 1860–1870. Masanya sepadan dengan huraian bersejarah bagi pertandingan laga anjing di Ireland, kekurangan pendokumenan tepat buku pembaka, dan, sebagai hasil, silangan anjing tidak berdokumen pada masa baka-baka ini mula-mula diwujudkan.[23][24][25]

Kajian-kajian DNA telah membawa sedikit kejelasan tentang misteri penghibridan bagi pembiakbakaan bull and terrier, yang menunjukkan unsur anjing Dunia Baru dalam sesetengah baka moden, tetapi mereka tidak mengenal pasti secara positif semua baka yang terlibat.[23] Seperti yang disokong oleh kajian DNA, serta AKC dan KC, rujukan kepada bull and terrier bersejarah bukan sebagai baka bona fide;[6][4]:18 sebaliknya, istilah itu digunakan untuk memerihalkan sekumpulan anjing heterogen yang mungkin termasuk anjing baka tulen daripada baka berlainan, atau silangan baka-baka itu. Hibrid-hibrid bull and terrier, atau jenis-jenis pitbul dianggap sebagai pendahulu kepada beberapa baka piawai moden.[26]

Perlindungan awal

[sunting | sunting sumber]

Akta Kekejaman terhadap Haiwan 1835 menjadikan sukan darah menyalahi undang-undang dan berkesan dalam menghentikan pengumpanan lembu dan beruang di United Kingdom.[20][27] Pengumpanan memerlukan arena besar yang memudahkan pihak berkuasa memantau, sementara laga anjing haram adalah lebih sukar untuk ditamatkan kerana penaja laga menyembunyikan dan rapi-rapi mengawal tempat acara mereka di ruang bawah tanah persendirian dan di lokasi-lokasi serupa. Hasilnua, laga anjing berterusan lama-lama selepas pengumpanan lembu dan beruang telah berhenti. Hanya mulai kelulusan Akta Perlindungan Haiwan 1911, laga anjing anjuran di Britain sebahagian besarnya berakhir.[20]

The Kennel Club

[sunting | sunting sumber]
Pertunjukan bulterier Stafforshire julung kali, Cradley Heath 1935

"Proto-stafford awal menyediakan leluhur ternakan asasi untuk bulterier Staffordshire, pitbulterier Amerika, dan terier Staffordshire Amerika."[28][29] Pada tahun 1930, nama "bulterier Staffordshire" pertama kali muncul dalam iklan untuk anjing jenis ini.[20] Sepanjang tahun 1932 dan tahun 1933, percubaan untuk mencapai pengiktirafan The Kennel Club untuk baka ini dilakukan oleh hakim pertunjukan anjing dan pembiak baka, Joseph Dunn, tetapi asal usul awal stafford sebagai anjing laga menyukarkannya untuk mendapat penerimaan.[7][30][29] Pada awal tahun 1935, Dunn mendapat keiizinan daripada KC untuk mengadakan pertunjukan anjing aneka ragam untuk melihat sama ada itu menarik pemilik stafford untuk menunjukkan anjing mereka; beliau menawarkan wang tunai sebagai tarikan istimewa. Pertunjukan itu diadakan pada April 1935 dan berjaya.

Pada Mei 1935, KC meluluskan nama "Staffordshire Bull Terrier" ("bulterier Staffordshire"); nama pertama yang diminta, "Original Bull Terrier" ("bulterier asli"), telah ditolak.[7][20] Dunn membuat keputusan untuk membentuk sebuah kelab dan mengundang pembiak baka anjing lain untuk ikut serta.[30] Pada Jun 1935, Staffordshire Bull Terrier Club dibentuk semasa mesyuarat di pub Old Cross Guns di Cradley Heath; piawaian baka diluluskan pada hari sama dan pertunjukan lanjut diadakan pada tahun itu.[20] Pembiak baka penting lain yang terlibat dalam pemerolehan pengiktirafan baka merupakan Joe Mallen dan pelakon Tom Walls.[20] Juara-juara pertama yang diiktiraf di England merupakan anjing betina Lady Eve dan anjing jantan Gentleman Jim pada tahun 1939.[2][17]

Phil Drabble melaporkan bahawa antara pelbagai jenis bull and terrier, jenis dari Cradley Heath diiktiraf sebagai baka terpisah yang dinamai bulterier Staffordshire.[31] Ia kemudiannya diterima oleh The Kennel Club (KC) pada Julai 1935, lalu menandakan kemajuan rasmi untuk penerimaan bulterier Staffordshire ke dalam daftar baka KC.[30]

Pada tahun 1954, baka ini diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa yang terletak di Thuin, Belgium.[32]

American Kennel Club

[sunting | sunting sumber]

Bulterier Staffordshire, serta bulterier dan terier Staffordshire Amerika, merupakan tiga baka anjing tulen moden berlainan dalam Kumpulan Terier AKC, kesemuanya dengan keleluhuran serupa.[2] Dari segi sejarah, terier Staffordshire telah tiba di Amerika pada pertengahan tahun 1800-an. Selepas ketibaan, dua baka berasingan dikembangkan, salah satunya dikembangkan oleh pembiak baka Amerika menjadi cabang lebih tinggi dan lebih berat bagi versi Inggeris yang menjadi terier Staffordshire Amerika.[33]

Pada mulanya, AKC enggan mengiktiraf mana-mana baka yang dikaitkan dengan laga anjing.[33][34] Baka bulterier awal yang dikembangkan oleh James Hinks sebagai anjing pertunjukan pengakuran diiktiraf oleh AKC pada tahun 1885. Hampir 50 tahun kemudian pada tahun 1936, AKC mengiktiraf terier Staffordshire, kemudian mengubah nama baka ini kepada terier Staffordshire Amerika untuk mengelakkan kekeliruan dengan versi Inggeris.[34][33] Dalam usaha untuk mencapai pengiktirafan AKC bagi stafford Inggeris, Steve Stone menubuhkan US Staffordshire Bull Terrier Club pada 14 Januari 1967.[35] Terdapat segelintir stafford di negara itu pada masa itu, kebanyakannya import dari Australia, Kanada, New Zealand, dan bahagian lain di dunia.

Percubaan pertama untuk menggalakkan keahlian kelab dan mendapatkan pengiktirafan AKC bermula dengan perhimpunan yang diadakan pada musim panas tahun 1967 yang menghasilkan 14 keahlian dan 8 ekor stafford didaftarkan oleh kelab itu. Menjelang akhir tahun, kiraan telah meningkat kepada 39 ekor anjing berdaftar. Import anjing diteruskan dan bilangan keahlian dan anjing berdaftar meningkat tetapi tempoh hampir sedekad untuk menganjurkan pertunjukan yang disokong dan menunjukkan ketekalan piawaian baka dengan pengekalan amalan pembiakbakaan bertanggungjawab berlalu sebelum kelab itu memperoleh pengiktirafan rasmi AKC.[2][35]

Pada tahun 1974, AKC secara rasmi mengiktiraf Staffordshire Bull Terrier Club, lalu memberinya pengiktirafan sebagai Kelab Induk AKC rasmi yang mewakili baka ini. Stafford pertama yang didaftarkan dan dimasukkan ke dalam Buku Pembaka AKC ialah Ch. Tinkinswood Imperial, seekor import Inggeris. Seekor import Australia, Northwark Becky Sharpe, ialah juara pertama di Amerika Syarikat.[35][36]

Anak bulterier Staffordshire

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Stafford berbulu pendek dan lebih kurang sama panjang dari kelasa ke ekor dengan dari kelasa ke tanah. Lapis bulunya pendek, kaku, dan rapat. Bulunya mungkin putih; hitam, biru, perang kekuning-kuningan, atau merah, kesemuanya dengan putih atau tanpa putih; atau mana-mana keragaman brindle, dengan putih atau tanpa putih.[1][37] Ia mempunyai kepala lebar; telinga yang terlipat di hujung. Ia berotot dan cukup bertulang, dengan bahu kuat, dada lebar, dan tungkai renggang. Ia tangkas dan agak giat. Ia merupakan terier dan dikelaskan sedemikian oleh The Kennel Club dan Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[32][1] Anjing ini biasanya berdiri setinggi 36–41 cm (14–16 in) pada paras kelasa. Berat jantan ialah kira-kira 13–17 kg (29–37 lb); betina pula hampir-hampir 2 kg (4.4 lb) lebih ringan.[1][7]

Stafford mempunyai reputasi untuk sifat suka bergaduh; apabila dicabar oleh anjing lain, ia diketahui tidak berundur. Ia juga pernah terlibat dalam serangan maut anjing ke atas manusia.[37][25]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2022 tentang catatan veterinar mendapati bahawa baka ini mempunyai jangka hayat sebanyak 11.33 tahun, sedikit kurang daripada jangka hayat baka silang: 11.82 tahun tetapi sedikit di atas purata keseluruhan sebanyak 11.23 tahun.[38] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[39]

Sebuah kajian United Kingdom mendapati predisposisi terhadap demodikosis permulaan juvenil pada bulterier Staffordshire: Pada anjing berusia kurang daripada dua tahun, 2.14% daripada populasi stafford menghidap demodikosis berbanding dengan 0.48% secara keseluruhan.[40] Sebuah kajian Amerika mendapati predisposisi sama dengan 10% daripada populasi stafford yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 0.58% secara keseluruhan.[41]

Gangguan neurologi yang dikenal pasti pada baka ini termasuk abiotrofi serebelum, malformasi mirip Chiari, miotonia kongenital, dan asiduria L-2-hidroksiglutarik.[42]:6 Bulterier Staffordshire ialah salah satu baka yang paling lazim terjejas akibat katarak keturunan.[43]

Kepopularan dan kegunaan

[sunting | sunting sumber]

Stafford dianggap sebagai anjing peliharaan keluarga dan anjing pendamping dan merupakan antara baka yang disyorkan oleh KC untuk keluarga.[7][44] Berbanding dengan leluhur baka ini, AKC menyatakan: "Daripada masa lalunya dalam pergaduhan, bulterier Staffordshire yang berotot namun tangkas mengekalkan trait-trait keberanian dan ketabahan. Dengan gembira, pembiakbakaan baik mengubah bekas gladiator ini menjadi teman sederhana dan suka bermain dengan perasaan istimewa untuk kanak-kanak."[2]

Dalam dekad 2011–2020, pendaftaran tahunan dengan KC menurun daripada kira-kira 7000 kepada kira-kira 5000; pada tahun 2019 dan tahun 2020, ia mempunyai angka pendaftaran tertinggi dalam Kumpulan Terier.[45] Ia merupakan antara baka paling kerap berdaftar di Australia, di Perancis, dan di New Zealand.[25][46][47][48] Di Amerika Syarikat, ia berada di tempat ke-81 dalam senarai pendaftaran AKC mengikut bilangan pada tahun 2020.[49]

Perbandingan pitbul

[sunting | sunting sumber]

Stafford moden kerap dikelirukan dengan jenis pitbul laga kerana ia mengongsi leluhur bersama yang bertarikh kembali ke awal tahun 1800-an semasa laga serling ialah sukan popular. Akibatnya, stafford dianggap sebagai antara baka yang mempunyai stigma yang terikat dengan "chav"[25] dan telah diistilahi "anjing status".[50][51] Di peringkat global, jenis pitbul termasuk bulterier Staffordshire telah membuat berita tempatan kerana tindakan agresi, tetapi penyokong baka telah menimbulkan persoalan tentang kebenaran pengenalan baka visual dan gembar-gembur media.[52][53] Laporan berita kerap melayan baka ini sebagai salah satu yang menyerang anjing lain.[54] Baka-baka serupa telah dikaitkan dengan gigitan kepada manusia.[55]

Penyelidikan DNA awal mendapati sesetengah pautan genetik antara baka dengan tingkah laku. Sebuah kajian tahun 2022 dari Institut Penyelidikan Genom Manusia Kebangsaan memerihalkan secara terperinci cara variasi bukan pengekod dalam genom anjing dikaitkan dengan trait-trait tingkah laku bagi pelbagai baka.[56] Mereka mendapati pola boleh waris pada terier yang "tekal dengan peranan kerja yang melibatkan penangkapan dan pembunuhan mangsa".[56] Sebuah lagi kajian tahun 2022, dari Broad Institute, berkesimpulan bahawa kebanyakan trait tingkah laku boleh diwarisi manakala tingkah laku "hanya halus-halus membezakan baka".[57] Kajian itu mendapati bahawa baka anjing yang telah distereotaipkan sebagai baka agresif, seperti jenis pitbul, adalah tidak lebih agresif daripada anjing lain. Keputusan kertas itu menunjukkan bahawa tingkah laku anjing terutamanya "dibentuk oleh persekitarannya, bukan bakanya".[58]

Perundangan spesifik baka

[sunting | sunting sumber]
Kit Burns's Saloon, NY, oleh Edward Winslow Martin (James D. McCabe), "The Secrets of the Great City" (Philadelphia, 1868)

Pada tahun 2018, People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) melobi Parlimen British supaya baka ini ditambahkan ke dalam senarai baka anjing terhad dalam Akta Anjing Berbahaya 1991. Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals, KC, Dogs Trust, Blue Cross, dan Battersea Dogs & Cats Home kesemuanya membantah cadangan itu. Cadangan itu ditolak oleh Parlimen;[59] oleh itu, stafford tidak dilarang di bawah Akta Anjing Berbahaya 1991 United Kingdom.[25][60]

Di Amerika Syarikat, anjing yang kerap ditakrifkan sebagai pitbul dan lazimnya dilarang di sesetengah kaunti termasuk pitbulterier Amerika, stafford, terier Staffordshire Amerika, dan bulterier.[61] CDC dan ASPCA merupakan antara beberapa agensi dan pertubuhan yang menentang "teori yang mendasari undang-undang spesifik baka—bahawa sesetengah baka menggigit dengan lebih kerap dan menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding dengan yang lain, oleh itu, undang-undang yang menyasarkan baka-baka ini akan mengurangkan kejadian dan keparahan gigitan" kerana mereka tidak percaya bahawa itu telah berjaya secara amali.[62] Setakat Jun 2017, terdapat 21 buah negeri di Amerika Syarikat yang melarang perundangan spesifik baka.[63][64]

Di Malaysia, baka ini tersenarai sebagai salah satu baka anjing terhad, yang bermaksud bahawa baka ini hanya boleh dibiakbakakan dengan keizinan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar.[65]

Misnomer bulterier Staffordshire Ireland

[sunting | sunting sumber]

Di United Kingdom, pitbulterier Amerika kadang-kadang diiklankan sebagai "bulterier Staffordshire Ireland" dalam usaha untuk memintasi Akta Anjing Berbahaya 1991.[66] Bulterier Staffordshire Ireland tidak diiktiraf sebagai baka oleh Irish Kennel Club atau mana-mana kelab kenel lain.[67]

Anjing terkenal

[sunting | sunting sumber]
Imej yang menggambarkan warna-warna dan rupa bentuk tubuh piawai bagi bulterier Staffordshire
  1. ^ Jawi: بولتيريئر ستافوردشير; بول تيريئر ستافوردشير; bahasa Inggeris: Staffordshire bull terrier
  1. ^ a b c d The Kennel Club, Staffordshire Bull Terrier: Breed Standard (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan pada 1 Mei 2019.
  2. ^ a b c d e f g h "Staffordshire Bull Terrier Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Bulterier Staffordshire] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 6 November 2017. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  3. ^ a b c d e de Klerk, Joanna (22 Julai 2019). The Complete Guide to Staffordshire Bull Terriers [Panduan Lengkap untuk Bulterier Staffordshire] (dalam bahasa Inggeris). Isanti, Minnesota, Amerika Syarikat: LP Media, Inc. ISBN 9781079995473. OCLC 1237368664.
  4. ^ a b c d e Harris, David (2008). The Bully Breeds [Baka Bully] (dalam bahasa Inggeris). Freehold, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 9781593786649. OCLC 172980066.
  5. ^ a b c Flaim, Denise (8 Oktober 2020). "Bull Terrier History: Behind the Breed – American Kennel Club" [Sejarah Bulterier: Di Sebalik Baka – American Kennel Club]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
  6. ^ a b c d e Staffordshire Bull Terrier: description (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan pada 16 April 2021.
  7. ^ Hancock, David (31 Januari 2012). Sporting Terriers: Their Form, Their Function and Their Future [Terier Sukan: Bentuknya, Fungsinya, dan Masa Hadapannya] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. m/s. 60–66. ISBN 9781847973030. OCLC 751804386.
  8. ^ a b Flaim, Denise (4 Februari 2021). "American Staffordshire Terrier History: How the AmStaff Separated From the "Pit Bull" – American Kennel Club" [Sejarah Terrier Staffordshire Amerika: Cara AmStaff Berpisah daripada "Pitbul" – American Kennel Club]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
  9. ^ a b Ritvo, Harriet (Musim Sejuk 1986). "Pride and Pedigree: The Evolution of the Victorian Dog Fancy" [Kebanggaan dan Pedigri: Evolusi Fancy Anjing Zaman Victoria] (PDF). Victorian Studies (dalam bahasa Inggeris). Indiana University Press. 29 (2): 227–253. ISSN 1527-2052. JSTOR 3826951.
  10. ^ Olmert, Meg Daley (16 Oktober 2018). "Genes unleashed: how the Victorians engineered our dogs" [Gen terserlah: cara orang Zaman Victoria merekayasa anjing kita]. Nature (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 562 (7727): 336–337. Bibcode:2018Natur.562..336O. doi:10.1038/d41586-018-07039-z. ISSN 1476-4687.
  11. ^ Pearce, Frank C. S., penyunting (1874). The Kennel Club Stud Book [Buku Pembaka The Kennel Club] (dalam bahasa Inggeris). 1. London, United Kingdom: "The Field" Office. m/s. 535. OCLC 9846133.
  12. ^ Pearce, Frank C. S., penyunting (1874). The Kennel Club Stud Book [Buku Pembaka The Kennel Club] (dalam bahasa Inggeris). 1. London, United Kingdom: "The Field" Office. m/s. 515. OCLC 9846133.
  13. ^ a b "Staffordshire Bull Terrier: description" [Bulterier Staffordshire: perihal]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2021.
  14. ^ "Staffordshire Bull Terrier to Become A.K.C.' s 121st Registered Breed Oct.1; Manhattan Aide Named" [Bulterier Staffordshire Jadi Baka Berdaftar Ke-121 AKC pada 1 Oktober; Pembantu Manhattan Dinamakan]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 18 Ogos 1974. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  15. ^ "American Staffordshire Terrier Dog Breed Information" [Maklumat Baka Terier Staffordshire Amerika] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 6 November 2017. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  16. ^ a b "The Staffordshire Bull Terrier and its Ancestors" [Bulterier Staffordshire dan Leluhurnya] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Kennel Club. 20 Jun 2014. m/s. 7. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Januari 2022. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  17. ^ "Staffordshire Bull Terrier" [Bulterier Staffordshire]. Canadian Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
  18. ^ a b Nicolai, Jason (2013). "Evolution of The Staffordshire Bull Terrier Breed Standard" [Evolusi Piawaian Baka Bulterier Staffordshire] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Stafford Knot, Inc. m/s. 30–33. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  19. ^ a b c d e f g Beaufoy, James (29 Februari 2016). Staffordshire Bull Terriers: A Practical Guide for Owners and Breeders [Bulterier Staffordshire: Panduan Amali untuk Pemilik dan Pembiak Baka] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN 9781785000973. OCLC 950694235.
  20. ^ The Stafford Magazine Winter 1968 [Stafford Magazine Musim Sejuk 1968] (dalam bahasa Inggeris). Southern Counties Staffordshire Bull Terrier Society. Januari 1968. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  21. ^ a b c d Cairns, A.W.A. (Oktober 1987). "The Stafford" (PDF). Kennel Gazette (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  22. ^ a b Parker, Heidi G.; Dreger, Dayna L.; Rimbault, Maud; Davis, Brian W.; Mullen, Alexandra B.; Carpintero-Ramirez, Gretchen; Ostrander, Elaine Ann (25 April 2017). "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development" [Analisis-analisis Genomik Mendedahkan Pengaruh Asal Usul Geografi, Migrasi, dan Penghibridan terhadap Perkembangan Baka Anjing Moden]. Cell Reports (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 19 (4): 697–708. doi:10.1016/j.celrep.2017.03.079. ISSN 2211-1247. PMC 5492993. PMID 28445722. S2CID 4572878.
  23. ^ Pedersen, Niels C.; Pooch, Ashley S.; Liu, Hongwei (29 Julai 2016). "A genetic assessment of the English bulldog" [Pentaksiran genetik bagi buldog Inggeris]. Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 3 (1): 6. doi:10.1186/s40575-016-0036-y. ISSN 2662-9380. PMC 4965900. PMID 27478618. S2CID 9280543.
  24. ^ a b c d e Potts, Lauren (24 Januari 2015). "Staffordshire bull terriers: A question of class?" [Bulterier Staffordshires: Persoalan kelas?]. BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
  25. ^ Olson, K. R.; Levy, J. K.; Norby, B.; Crandall, M. M.; Broadhurst, J. E.; Jacks, S.; Barton, R. C.; Zimmerman, M. S. (29 Julai 2015). "Inconsistent identification of pit bull-type dogs by shelter staff" [Pengenalpastian tidak tekal bagi anjing jenis pitbul oleh kakitangan tempat perlindungan]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 206 (2): 197–202. doi:10.1016/j.tvjl.2015.07.019. ISSN 1532-2971. PMID 26403955. S2CID 25330834.
  26. ^ Worboys, Michael; Strange, Julie-Marie; Pemberton, Neil (15 Oktober 2018). The Invention of the Modern Dog: Breed and Blood in Victorian Britain [Penciptaan Anjing Moden: Baka dan Darah di Britain Zaman Victoria] (dalam bahasa Inggeris). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. ISBN 9781421426587. OCLC 1022978772.
  27. ^ "Staffordshire Bull Terrier 1935 - Staffordshire Bull Terrier 1935". Staffordshire Bull Terrier 1935 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
  28. ^ a b Read, Tony (23 Mac 2011). The Bull Terrier in Sport & Show: History & Anecdote [Bulterier dalam Sukan dan Pertunjukan: Sejarah dan Anekdot] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. ISBN 9781446546543. OCLC 1444677830.
  29. ^ Drabble, Phil (1948). "Staffordshire Bull Terrier". Dalam Vesey-Fitzgerald, Brian (penyunting). The Book of the Dog [Buku Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Los Angeles, Amerika Syarikat: Borden Publishing Co. m/s. 669. Dicapai pada 6 Mac 2024 – melalui Stafford Exchange.
  30. ^ a b "FCI breeds nomenclature: STAFFORDSHIRE BULL TERRIER (76)" [Tatanama baka FCI: BULTERIER STAFFORDSHIRE (76)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  31. ^ a b c "American Staffordshire Terrier Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Terier Staffordshire Amerika] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 6 November 2017. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  32. ^ a b Flaim, Denise (4 Februari 2021). "American Staffordshire Terrier History: How the AmStaff Separated from the 'Pit Bull'" [Sejarah Terrier Staffordshire Amerika: Cara AmStaff Berpisah daripada 'Pitbul']. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  33. ^ a b c Fletcher, Walter R. (19 September 1971). "A Breed That Came Up the Hard Way" [Baka yang Bangkit dengan Cara Susah]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
  34. ^ "Breed History" [Sejarah Baka]. Staffordshire Bull Terrier Club of America (dalam bahasa Inggeris). 5 April 2021. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  35. ^ a b Hall, Derek (15 Ogos 2016). The Ultimate Guide to Dog Breeds [Panduan Muktamad untuk Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Chartwell Books. ISBN 9780785834410. OCLC 935989346.
  36. ^ Teng, Kendy Tzu-yun; Brodbelt, David C.; Pegram, Camilla; Church, David B.; O'Neill, Dan Gerard (28 April 2022). "Life tables of annual life expectancy and mortality for companion dogs in the United Kingdom" [Jadual kehidupan jangka hayat dan mortaliti tahunan untuk anjing teman di United Kingdom]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 12 (1): 6415. Bibcode:2022NatSR..12.6415T. doi:10.1038/s41598-022-10341-6. ISSN 2045-2322. PMC 9050668 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35484374 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 248432001 Check |s2cid= value (bantuan).
  37. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  38. ^ O'Neill, Dan Gerard; Turgoose, E.; Church, David B.; Brodbelt, David C.; Hendricks, Anke (4 Oktober 2019). "Juvenile-onset and adult-onset demodicosis in dogs in the UK: prevalence and breed associations" [Demodikosis permulaan juvenil dan permulaan dewasa pada anjing di United Kingdom: prevalens dan perkaitan baka]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 61 (1): 32–41. doi:10.1111/jsap.13067. ISSN 1748-5827. PMC 7003809. PMID 31584708. S2CID 203660228.
  39. ^ Plant, Jon D.; Lund, Elizabeth M.; Yang, Mingyin (12 Ogos 2010). "A case–control study of the risk factors for canine juvenile-onset generalized demodicosis in the USA" [Kajian kes kawalan tentang faktor-faktor risiko untuk demodikosis menyeluruh permulaan juvenil anjing di Amerika Syarikat]. Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 22 (1): 95–99. doi:10.1111/j.1365-3164.2010.00922.x. ISSN 1365-3164. PMID 20707860. S2CID 42496439.
  40. ^ Dewey, Curtis W.; da Costa, Ronaldo C., penyunting (8 September 2015). Practical Guide to Canine and Feline Neurology [Panduan Amali untuk Neurologi Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). New York, New York, Amerika Syarikat: Wiley. ISBN 9781119062042. OCLC 932058378.
  41. ^ Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 9781910443392. OCLC 1197697572.
  42. ^ Cornish, Natalie (26 April 2019). "6 best dog breeds for families with children, according to Kennel Club" [6 baka anjing terbaik untuk keluarga dengan kanak-kanak, menurut The Kennel Club]. Country Living (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
  43. ^ Comparative tables of registrations for the years 2011-2020 inclusive (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan pada 2 Jun 2021.
  44. ^ News.com.au, "Here’s a list of the most popular dog breeds in Australia in 2017" (dalam bahasa Inggeris), news.com.au, diterbitkan pada 2 Februari 2017.
  45. ^ Société Centrale Canine, "Le chien de race en 2018 : Bousculades dans le Top 20 du LOF" (dalam bahasa Perancis), centrale-canine.fr, diterbitkan pada 12 Februari 2019.
  46. ^ The New Zealand Herald, "The most popular dogs in New Zealand" (dalam bahasa Inggeris), nzherald.co.nz, diarkibkan pada 22 Mei 2017.
  47. ^ Reisen, Jan (16 Mac 2021). The Most Popular Dog Breeds of 2020 (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  48. ^ Harding, Simon (28 Februari 2014). Unleashed: The Phenomena of Status Dogs and Weapon Dogs [Terlepas: Fenomena Anjing Status dan Anjing Senjata] (dalam bahasa Inggeris) (ed. baharu). Bristol, United Kingdom: Policy Press. m/s. 53. ISBN 9781447316206. OCLC 865491868.
  49. ^ Iqbal, Nomia (21 Mei 2009). "Dangerous 'status' dogs on the rise" [Anjing 'status' berbahaya semakin meningkat]. Newsbeat (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
  50. ^ "Experts say 'pit bulls' don't exist" [Pakar kata 'pitbul' tidak wujud]. Washington Post (dalam bahasa Inggeris). 28 Ogos 2012. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  51. ^ "The Most Feared Dogs May Also Be the Most Misunderstood" [Anjing Paling Ditakuti Mungkin Juga Paling Disalahfahami]. Adventure (dalam bahasa Inggeris). 3 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2021. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  52. ^ Montrose, V. Tamara; Squibb, Keith; Hazel, Susan; Kogan, Lori R.; Oxley, James A. (15 Ogos 2020). "Dog bites dog: The use of news media articles to investigate dog-on-dog aggression" [Anjing menggigit anjing: Kegunaan rencana media berita untuk menyiasat agresi anjing dengan anjing]. Journal of Veterinary Behavior (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 40: 7–15. doi:10.1016/j.jveb.2020.08.002. ISSN 1878-7517. S2CID 225394613.
  53. ^ Essig, Garth F. Jr.; Sheehan, Cameron; Rikhi, Shefali; Elmaraghy, Charles A.; Christophel, J. Jared (29 November 2018). "Dog bite injuries to the face: Is there risk with breed ownership? A systematic review with meta-analysis" [Kecederaan gigitan anjing pada muka: Adakah risiko dengan pemilikan baka? Semakan sistematik dengan metaanalisis]. International Journal of Pediatric Otorhinolaryngology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 117: 182–188. doi:10.1016/j.ijporl.2018.11.028. ISSN 1872-8464. PMID 30579079. S2CID 57740754.
  54. ^ a b Dutrow, Emily V.; Serpell, James Andrew; Ostrander, Elaine Ann (8 Disember 2022). "Domestic dog lineages reveal genetic drivers of behavioral diversification" [Zuriat-zuriat anjing bela jinak mendedahkan pemacu-pemacu genetik bagi pempelbagaian tingkah laku]. Cell (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 185 (25): 4737–4755. doi:10.1016/j.cell.2022.11.003. ISSN 1097-4172. PMC 10478034 Check |pmc= value (bantuan). PMID 36493753 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 254386051 Check |s2cid= value (bantuan).
  55. ^ Morrill, Kathleen; Hekman, Jessica; Li, Xue; McClure, Jesse; Logan, Brittney; Goodman, Linda; Gao, Mingshi; Dong, Yinan; Alonso, Marjie; Carmichael, Elena; Snyder-Mackler, Noah; Alonso, Jacob; Noh, Hyun Ji; Johnson, Jeremy; Koltookian, Michele; Lieu, Charlie; Megquier, Kate; Swofford, Ross; Turner-Maier, Jason; White, Michelle E.; Weng, Zhiping; Colubri, Andrés; Genereux, Diane P.; Lord, Kathryn A.; Karlsson, Elinor K. (29 April 2022). "Ancestry-inclusive dog genomics challenges popular breed stereotypes" [Genomik anjing termasuk keleluhuran mencabar stereotaip baka popular]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 376 (6592): eabk0639. doi:10.1126/science.abk0639. ISSN 0036-8075. PMC 9675396 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35482869 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 248430592 Check |s2cid= value (bantuan).
  56. ^ Grimm, David (28 April 2022). "Your dog's breed doesn't determine its personality, study suggests" [Baka anjing anda tidak menentukan keperibadiannya, cadang kajian] (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. doi:10.1126/science.abq7236. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  57. ^ Rodger, James (19 Julai 2018). "Government ruling on petition to add Staffies to Dangerous Dogs Act" [Peraturan pemerintah tentang petisyen untuk menambahkan staffy ke dalam Akta Anjing Berbahaya]. CoventryLive (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
  58. ^ "The Dangerous Dogs (Designated Types) Order 1991 No. 1743" [Perintah Anjing Berbahaya (Jenis Ditetapkan) 1991 No. 1743]. www.legislation.gov.uk (dalam bahasa Inggeris).
  59. ^ "Position Statement on Breed-Specific Legislation" [Pernyataan Kedududan tentang Perundangan Spesifik Baka]. ASPCA (dalam bahasa Inggeris). 6 September 2006. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  60. ^ "What is a pit bull? (Hint: It's not actually a breed)" [Apakah pitbul? (Petunjuk: Sebenarnya bukan baka)]. TODAY.com (dalam bahasa Inggeris). 27 Oktober 2017. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  61. ^ "Kod Amalan Kebajikan Haiwan: Aktiviti Pembiakan Haiwan Kesayangan" (pdf). Putrajaya, Malaysia: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. 2019. m/s. 29. Dicapai pada 15 Jun 2024.
  62. ^ Daniel Foggo dan Adam Lusher, "Trade in 'Irish' pit bulls flouts dog law" (dalam bahasa Inggeris), telegraph.co.uk, diterbitkan pada 2 Jun 2002. (Diarkibkan 3 Ogos 2018).
  63. ^ "Native Breeds of Ireland" [Baka Asli Ireland]. Irish Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 16 Jun 2014. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  64. ^ "Funeral held for mascot dog of Staffordshire Regimental Association" [Pengebumian diadakan untuk anjing maskot Persatuan Rejimen Staffordshire]. ITV News (dalam bahasa Inggeris). 31 Januari 2022. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  65. ^ FitzPatrick, James Percy (1907). Jock of the Bushveld (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh E. Caldwell. London, United Kingdom: Longmans, Green & Co. OCLC 586336.
  66. ^ Hepburn, David (5 September 2022). "10 fun and fascinating dog facts about adorable Staffordshire Bull Terrier breed of dog" [10 fakta menyeronokkan dan mempesona tentang baka anjing comel bulterier Staffordshire]. The Scotsman (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]