Pergi ke kandungan

Blog

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk maklumat mengenai tahap boleh percaya sesebuah blog perseorangan sebagai rujukan yang diterima dalam Wikipedia Bahasa Melayu, sila lihat dalam Wikipedia Bahasa Inggeris.

Blog (kata lakur Inggeris web log "catatan sesawang"[1]) ialah sebuah laman sesawang yang berisi penulisan menurut masa dan disimpan terbalik. Dianggarkan pada tahun 2022 sebnayak lebih 600 juta laman blog awam didapati daripada lebih 9 billion laman sesawang.[2]

Kandungan sesebuah blog memberikan ulasan atau berita dihantar kerap mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai catatan peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej dan pautan kepada laman sewahana mahupun luar, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto, muzik, atau penceritaan lisan baik audio (audio siar) mahupun video (vlog atau video siar), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas. Bahkan, tulisan yang dihantar pada perkhidmatan media sosial seperti Facebook boleh dikira termasuk kriteria blog.

Babad, buku Commonplace, buku harian, perzin and persatuan akhbar amatur boleh dilihatkan sebagai pendahulu-pendahulu blog. Sebelum blog menjadi popular, terdapat banyak bentuk komuniti-komuniti digital, termasuk:

Pada dekad 1990-an, perisian forum internet seperti WebEx mencipta perbualan selari dengan "bebenang" (thread) yakni hubungan topik antara perutusan-perutusan pada "papan gabus" bayangan . Sesetengah orang ada mengaitkan perilaku ini dengan cara sama dilakukan gerakan Mass-Observation yang wujud seawal tahun 1937 di United Kingdom.

1983-1990 (Pra-HTTP)

[sunting | sunting sumber]

Usenet ialah perantara bersiri yang utama yang terangkum dalam takrif Jaringan Sejagat (WWW) yang asal. [4] Ia menonjolkan Kumpulan Berita Tersederhana yang membenarkan semua pengeposan dikawal oleh seorang individu atau sekumpulan pengguna yang kecil. Kebanyakan kumpulan berita tersebut hanya merupakan forum-forum perbualan tersederhana. Bagaimanapun pada tahun 1983-94, satu kekecualian, iaitu mod.ber telah dicipta, dikendalikan, dan dinamai sempena Brian E. Redman. Secara tetap, Redman dan beberapa rakannya akan mengeposkan ringkasan pos-pos dan bebenang-bebenang yang menarik dari laman-laman web yang lain dalam internet. Dengan gaya penerbitan jurnal bersiri, kehadiran dalam jaringan pra-HTTP, serta persamaan yang rapat dengan bentuk blog kini yang biasa — ia menonjolkan pautan ke laman-laman web yang menarik yang dipilih oleh pengguna blog — mod.ber mempunyai banyak ciri yang biasanya dikaitkan dengan istilah Blog. Walaupun demikian, mod.ber menamatkan operasinya selepas lebih kurang 8 bulan.

1994–2001

[sunting | sunting sumber]
Brad Fitzpatrick, seorang pengguna blog yang awal.

Blog moden berkembang daripada buku-buku harian dalam talian yang digunakan untuk menyimpan huraian selari tentang kehidupan-kehidupan peribadi mereka. Kebanyakan penulis ini merujuk kepada diri sendiri sebagai penulis diari, wartawan, atau penulis jurnal, dengan sebilangan kecil memanggil diri sendiri sebagai "eskribisionis" (escribitionist).

Gelang laman web (webring) Halaman-halaman Terbuka merangkumi ahli-ahli komuniti jurnal dalam talian. Justin Hall yang menggunakan blog peribadi sejak dari tahun 1994 ketika masih belajar di Kolej Swarthmore umumnya dianggap sebagai salah satu pengguna perintis blog yang awal, [5] bersama-sama Jerry Pournelle.

Bentuk-bentuk jurnal yang lain juga wujud dalam talian. Satu contoh yang terkenal ialah jurnal John Carmack, seorang pengaturcara permainan. Jurnalnya yang diterbitkan melalui protokol jari telah dibaca secara meluas. Laman-laman web, baik laman korporat mahupun laman peribadi, masih kerap kali menonjolkan bahagian-bahagian "Berita" atau "Berita Terkini", seringnya di dalam laman utama masing-masing dan disisihkan mengikut tarikh. Salah satu "weblog" berasaskan berita ialah Laporan Drudge yang diasaskan oleh Matt Drudge. Drudge menggelar diri sebagai pemberita pengingkar walaupun beliau jelas tidak suka akan pengelasan ini. Lagi satu contoh ialah Institut untuk Ketepatan Awam yang mula mengeposkan siaran-siaran berita yang menonjolkan petikan-petikan berita seperenggan daripada laman-laman web yang lain banyak kali seminggu mulai dari tahun 1998. Satu contoh pendahulu yang awal yang patut diberikan perhatian ialah laman web peribadi gurauan Kibo, legenda Usenet yang sentiasa dikemaskinikan.

Weblog-weblog yang awal hanya merupakan komponen-komponen laman web biasa yang dikemaskinikan secara manual. Bagaimanapun, pengembangan alat-alat untuk memudahkan penghasilan dan pemeliharaan rencana-rencana web yang diposkan mengikut tertib kronologi terbalik menyebabkan proses penerbitan boleh dilaksanakan oleh lebih banyak orang yang kurang mahir dari segi keupayaan teknikal. Ini akhirnya menyebabkan sebuah kelas penerbitan dalam talian yang terdiri yang menerbitkan apa yang diakui sebagai blog pada hari ini. Umpamanya, penggunaan perisian berasaskan pelayar kini merupakan suatu aspek "pemblogan" yang biasa. Blog-blog boleh dihoskan, baik oleh perkhidmatan-perkhidmatan pengehosan blog yang khusus, mahupun melalui perisian blog, seperti WordPress, Movable Type, blogger atau LiveJournal, atau dalam perkhidmatan-perkhidmatan pengehosan web yang tetap seperti DreamHost.

Istilah "weblog" dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997, manakala singkatannya, "blog," dicipta oleh Peter Merholz secara suka-suka melalui pemecahan perkataan weblog menjadi frasa we blog di palang sisi blognya, Peterme.com pada April atau Mei 1999[6][7][8] - pegungkapan ini pantasnya diterimai baik sebagai kata nama untuk wahana ini

Selepas sebuah permulaan yang lambat, pemblogan dengan pantasnya mencapai kepopularan: laman web Xanga yang dilancarkan pada tahun 1996 hanya mempunyai 100 kemasukan menjelang 1997, tetapi melebihi 20 juta pada bulan Disember 2005. Penggunaan blog meledak pada tahun 1999 dan selepas nya, dipopularkan lagi ketibaan-ketibaan hampir serentak alat-alat blog pengehosan yang awal:

  • Open Diary yang dilancarkan pada Oktober 1998 tidak lama kemudian berkembang sehingga beribu-ribu kemasukan dalam talian. Open Diary membuat pembaharuan kepada ulasan pembaca dan menjadi komunit blog yang pertama yang para pembaca boleh menambahkan ulasan mereka pada kemasukan blog penulis yang lain.
  • Brad Fitzpatrick, seorang pengguna blog yang terkenal memulakan LiveJournal pada bulan Mac 1999.
  • Andrew Smales mencipta Pitas.com pada bulan Julai 1999 sebagai pilihan yang lebih mudah untuk mengendalikan "laman berita" dalam laman web. Ini diikuti oleh penciptaan Diaryland pada bulan September 1999 yang lebih menumpukan pada komuniti diari peribadi. [9]
  • Evan Williams dan Meg Hourihan (Pyra Labs) melancarkan blogger.com pada bulan Ogos 1999 (dibeli oleh Google pada bulan Februari 2003).

Pemblogan menggabungkan laman web peribadi dengan alat-alat untuk memudahkan perpuatan ke halaman-halaman dalam talian. — khususnya permalink, blogroll dan TrackBack. Ini, bersama-sama dengan enjin carian blog membolehkan pengguna blog untuk menjejaki bebenang-bebenang yang menghubungkan mereka kepada orang-orang lain yang mempunyai minat yang sama.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • Alavi, Nasrin. We Are Iran: The Persian Blogs, Percetakan Soft Skull, New York, 2005. ISBN 1-933368-05-5.
  • Bruns, Axel, dan Joanne Jacobs, ed. Uses of Blogs, Peter Lang, New York, 2006. ISBN 0-8204-8124-6.
  • Kline, David; Burstein, Dan. Blog!: How the Newest Media Revolution is Changing Politics, Business, and Culture, Squibnocket Partners, L.L.C., 2005. ISBN 1-59315-141-1.
  1. ^ Sullivan, Andrew. "Why I Blog". The Atlantic. No. Nov 2008. The word blog is a conflation of two words: Web and log. It contains in its four letters a concise and accurate self-description: it is a log of thoughts and writing posted publicly on the World Wide Web... A ship’s log owes its name to a small wooden board, often weighted with lead, that was for centuries attached to a line and thrown over the stern. The weight of the log would keep it in the same place in the water, like a provisional anchor, while the ship moved away. By measuring the length of line used up in a set period of time, mariners could calculate the speed of their journey (the rope itself was marked by equidistant “knots” for easy measurement). As a ship’s voyage progressed, the course came to be marked down in a book that was called a log.
  2. ^ Si Quan Ong (2022-02-03). "71 Blogging Statistics for 2022". SEO Blog by Ahrefs (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-30.
  3. ^ Istilah "e-log" telah digunakan untuk menghuraikan kemasukan jurnal yang dihantar melalui emel sejak dari seawal Mac 1996. Norman, David (2005-07-13), Pengguna dikelirukan oleh blog, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-07, dicapai pada 2007-Feb-20 Check date values in: |access-date= (bantuan)CS1 maint: date and year (link), "Para kakitangan dan pelajar penyelidikan mengalu-alukan 'E-Log'". Kolej Universiti London. Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-12. Dicapai pada 2007-02-20. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ Berners-Lee, Tim. "Jaringan Sejagat: Cadangan untuk sebuah Projek HiperTeks". Dicapai pada 2007-03-22. Unknown parameter |Date= ignored (|date= suggested) (bantuan)
  5. ^ Harmanci, Reyhan (2005-02-20). "Masa dah tiba untuk memeriahkan kehidupan anda — Justin Hall, pengguna perintis blog, berundur pada umur 31 tahun". San Francisco Chronicle. Dicapai pada 2006-06-09.
  6. ^ "It's the links, stupid". The Economist. 2006-4-20. Dicapai pada 2006-07-21. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ Merholz, Peter (1999). "Peterme.com". The Internet Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada 1999-10-13. Dicapai pada 2006-07-21.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  8. ^ Kottke, Jason (August 26, 2003). "kottke.org". Dicapai pada 2006-07-21.
  9. ^ Jensen, Mallory A Brief History of Weblogs

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]