Pergi ke kandungan

Bintang RTM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bintang RTM merupakan sebuah program oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dibuat khas bagi mencungkil bakat-bakat peserta di dalam bidang nyanyian. Sejarah pertandingan ini bermula pada awal 1959 dan dikenali sebagai "Bintang Radio", sebuah program anjuran Radio Malaya. Tetapi, pertandingan Bintang Radio hanya mengetengahkan lagu-lagu yang berentak langgam, asli, keroncong dan seriosa. Pada tahun 1964, Bintang Radio telah memulakan siaran pertamanya di televisyen serta TV Malaya pula muncul untuk mencari bakat-bakat baru untuk pertandingan "Bakat TV". Bermula dari itu, pada setiap tahun, Bintang Radio dan Bakat TV menerima sambutan yang amat memberangsangkan daripada peminat seni tanah air. Malaysian Book of Records juga pernah menamakan program ini sebagai pertandingan nyanyian paling lama bertahan dalam industri muzik Malaysia.[1]

Penyelarasan Bintang RTM

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1973, istilah "Bintang RTM" mula digunakan apabila Bakat Radio dan Bakat TV diselaraskan serta digabungkan menjadi Bintang RTM. Pertandingan Peringkat Akhir yang pertama telah disiarkan pada 26 Februari 1974. Seterusnya, Bintang RTM menjadi acara tahunan sehingga tahun 1986. Melalui pertandingan ini, RTM telah melahirkan ramai nama-nama besar di dalam industri seni hiburan seperti Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin, Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad, Rosemaria Abdul Hamid, Jennifer Yen, M. Rizal, Muhaini Suratman, Yunizar Hussein, Dato' Jamal Abdillah, Najib Hanif, Rohana Jalil, Juliza Adlizan, Safar Ghafar, Raisuddin Hamzah, Ramlah Ram, Jamilul Hayat, Noraniza Idris, Noraliza Yusof, Azian Mazwan Sapuan, Datuk Aznil Haji Nawawi Maidin Ibrahim dan Ayai (Illusi).[2]

Selepas tahun 1986, beberapa pertandingan yang lain muncul bagi menggantikan Bintang RTM seperti "Bintang HMI", "Suara 90'an", "Golden Teen Search", "Bintang Gala 2", dan "Teen Star". Melalui pertandingan ini, ramai juga nama-nama besar yang muncul antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nora, Ezad Lazim, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, Candy Cheah, Nur Fatimah, Dia Fadila, Carol Oormila, Mas Idayu, Ani Mayuni, Esther Khoo, Alyah, Zehra Zambri dan Arnieza Amir.[2] Walaupun terdapat pelbagai pertandingan sampingan yang dianjurkan oleh RTM, ternyata Bintang RTM adalah yang paling dikenali ramai serta berprestij.[3]

Setelah 13 tahun menghilang, akhirnya Bintang RTM muncul kembali pada tahun 1999 dan 2001. Ianya telah membawa kejayaan yang besar apabila berjaya menghasilkan artis hebat seperti Azharina, Misha Omar, Siti Sarah Raisuddin, Farawahida, Sharifah Zarina, Norhasmidar dan Ameer Sofaz.[2] Atas nama ingin terus melahirkan artis-artis yang berpotensi besar, kesinambungan Bintang RTM diteruskan pada tahun 2004, 2005, 2007 dan 2009. Perkara ini telah mendatangkan bakat-bakat baru yang tidak kurang hebatnya seperti Rina Azhar, Felis, Rey, Aeyaja Shada, Allahyarham Izwan Pilus, Najib Hamzah, Muhaizam Ahmad, Marcel, Emil Hamlyn, Min, Shahir, Han Amin dan Ernie Zakri.[2]

Penilaian, Skim Pemarkahan dan Konsep

[sunting | sunting sumber]

Penilaian

[sunting | sunting sumber]

Pembahagian markah kepada peserta adalah melibatkan juri profesional atau bebas untuk menilai kemantapan vokal, persembahan serta penampilan peserta. Berikut merupakan penilaian yang baru diperkenalkan oleh pihak Bintang RTM.

  • Panel penilai juri atau bebas lantikan RTM (100%).
  • Teknologi SMS (Untuk menarik perhatian daripada penonton)

Penggunaan SMS dapat membantu untuk menarik perhatian para penonton kerana mereka terlibat secara langsung dengan pertandingan atau rancangan yang sedang dipertandingkan. Pada peringkat pertandingan akhir, kategori Bintang Paling Popular, pengundian secara teknologi SMS akan digunakan sepunuhnya.

Skim Pemarkahan

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan skim pemarkahan yang baru diperkenalkan oleh pihak Bintang RTM.

  • Vokal (mewakili 80%)
  • Persembahan dan penampilan (mewakili 20%)
  • Markah keseluruhan (100%)
  • Pertandingan ini akan dikendalikan oleh dua orang pengacara yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita.

Berikut merupakan konsep baru yang diperkenalkan oleh pihak Bintang RTM.

  • Melibatkan peserta amatur secara solo dari tempatan yang berumur 17-25 tahun.
  • Bahasa perantaraan ialah Bahasa Malaysia.
  • Lagu ciptaan tempatan dalam bahasa Malaysia atau lagu dalam apa-apa jenis bahasa.
  • Genre lagu yang dibenarkan ialah Pop Komersial, Balada, Rock, R&B, Jazz, Dangdut dan Etnik/World Music dalam apa-apa bahasa.
  • Genre lagu yang tidak dibenarkan ialah "Trash", "Heavy Metal", "Black Metal", "Punk" dan "Underground" dan lagu-lagu lain yang tidak diluluskan untuk siaran oleh panel penilaian lagu Rakam Khanah RTM.

Syarat Pertandingan

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan syarat yang baru diperkenalkan oleh pihak Bintang RTM.

  • Mengisi borang penyertaan uji bakat secara lengkap.
  • Terdiri daripada warganegara Malaysia.
  • Had umur adalah 17 tahun hingga 25 tahun sahaja.
  • Taraf perkhawinan ialah bujang (belum pernah berkahwin).
  • Peserta yang amatur sahaja.
  • Belum pernah merakam album atau menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman.
  • Menyertakan dengan lengkap satu salinan kad pengenalan.
  • Menyertakan sekeping gambar berwarna bersaiz poskad.
  • Menyanyikan lagu-lagu ciptaan tempatan atau antarabangsa sama ada lagu berirama Pop Kemersial, Balada, Rock, R&B, Jazz, Dangdut dan Pop Etnik.
  • Genre lagu yang tidak dibenarkan ialah irama 'Trash', 'Punk', 'Heavy Metal', 'Black Metal', 'Underground' dan lagu-lagu yang tidak diluluskan oleh pihak Rakam Khanah RTM.
  • Peserta mestilah membawa muzik 'minus-one' lagu yang hendak disampaikan sama ada di dalam bentuk CD atau VCD karaoke.
  • Berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
  • RTM berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi syarat-syarat uji bakat pertandingan.
  • Peserta akan diadili oleh Panel Juri Profesional yang dilantik oleh RTM.
  • Segala kos perbelanjaan semasa menghadiri Uji Bakat Bintang RTM adalah tanggungjawab peserta sendiri.
  • Peserta yang layak sahaja akan dihubungi oleh RTM.

Senarai alumni Bintang RTM

[sunting | sunting sumber]
Edisi Tahun Juara Naib juara Alumni lain Ruj.
Pertama 1971 Md Sani Abu Yamin (Jenis Baru)
Azmi Othman (Jenis Lama)
Yusof Mohammad (Jenis Baru)
A. Mohd Hassan (Jenis Lama)

Jenis Baru

  • Rozaimah Mustapha
  • S. Razalie
  • Zurina Hassan
  • A. Nazib Harris
  • S. M. Buang
  • Majinah Ali
  • Aishah Mohideen
  • Hafsah Join

Jenis Lama

  • Hassan Razak
  • Shamsuddin Lamin
  • Zainal Abidin Udoh
  • Saftuyah Bujang
  • M. Jamil Jamaluddin
  • Mohamed Nor Jamari
  • Ismail Shoib
  • Philamenon John Anthony
[4][5][6][7]
1972 A.B.M Fajeer (Bintang Radio)
ke-2 1974 Kumpulan September 5 Norlaila Ayoub
  • Jamilah Hani
  • Gary Joseph Gideon
  • Kamar Karim
  • Premnath Subramaniam
  • Adna Talib
  • Jasmin Husin
  • Noraishah Mohd Nor
  • Awang Kaum
  • Khatijah Idrus
  • Sally Sarena Teoh
[8][9]
ke-3 1975 Kumpulan MARJ Chik Soon Come [10][11][12][13]
ke-4 1976 Sudirman Arshad
  • John Gaisah
[14][15][16]
ke-5 1977 Rosemaria Abdul Hamid Nada Sukma
  • Jennifer Yen
[17][18]
ke-6 1978 M. Rizal (Bahagian Solo)
Kumpulan D'Crescendos (Bahagian Padu Suara)
Muhaini Suratman (Bahagian Solo)
Kumpulan Par-J Square (Bahagian Padu Suara)

Bahagian Solo

Bahagian Padu Suara

  • Kumpulan Nada Budaya
[19][20]
ke-7 1979 Jamal Ubaidillah Ali (Bahagian Solo)
Kumpulan OFYZA (Bahagian Padu Suara)
Lanny Lim Mui Lan (Bahagian Solo)
Kumpulan K.S '5' (Bahagian Padu Suara)

Bahagian Solo:

  • Flora Santos
  • Mohd Najib Abd Hanif
  • Pinny Mohd Radzi
  • M. Dzulkarnean

Bahagian Padu Suara

  • KS FIVE (Naib Juara)
  • Kumpulan Sea Legs Department
  • Kumpulan MARS
[21][22]
ke-8 1980 Dara Abdul Jalil (Bahagian Solo)
Kumpulan Gee & Bee (Bahagian Padu Suara)
Sharon Premela Isaac (Bahagian Solo)
Kumpulan Mixed Sound (Bahagian Padu Suara)

Bahagian Solo

Bahagian Padu Suara

  • Kumpulan New Vocals
[23]
1981–1982 Tiada pertandingan
ke-9 1983 Juliza Adzlizan Abdul Rafar Safar Ghafar [24][25][26]
1984 Tiada pertandingan
ke-10 1985 Ramlah Ram Jamiah Bt Haji Lambed

Finalis:

  • Jamiah Lambed
  • Jumaat Ramli
  • Klthom A. Kadir
  • Carool Ormila
  • Michelle Anne Nunis
  • Ahmad Zakaria
  • J.B Lim
  • Ramnah Ramli
  • Nor Aniza Idris (Separuh Akhir)
[27]
ke-11 1986 Noraliza Yusof [28][29]
1987–1998 Tiada pertandingan [30][31]
ke-12 1999 Norazamadee Salleh Sharifah Zarina Syed Hassan
  • Mohd. Safawi Mohd. Lihin
  • Noralinda Mat Drus
  • Mohd. Fattah Mohd. Nor
  • Muhaiza Mustafa
  • Aifa Ashma Mobil
  • Firdee Akassya Roslee
[32]
2000 Tiada pertandingan
ke-13 2001 Azharina Azhar Norhasmidar Ahmad [33]
2002–2003 Tiada pertandingan
ke-14 2004 Nor Azrinna Azahar Fazilawati Jamal
  • Shahizal Arshad
  • Marcellus Gatisi
  • Fayzal Ayub
  • Khairil Izwan Pilus
  • Andy Baru Francis
  • Muhaizam Ahmad
  • Marliyana Omar Walid
  • Emil Hamlyn Paul Diring
[34][35]
ke-15 2005 Felicia Gek Siti Mazmin Zamiran
  • Nurlida Ab. Rahman
  • Nurfazelah@Zizie Mad Tahil
  • Farah Noor Fairus Rahim
  • Muhaimin Azzahan
  • Barbara Anak Edward
  • Kahirulanwar A. Shukor
  • Mohd. Saifuddin Mokhtar
  • Aifa Ashma Mobil
[36]
2006 Tiada pertandingan
ke-16 2007 Reynaldo Raymond Pagi Wan Muhd. Shahhir Wan Abd. Wahab
  • Rehana Mohd. Yunus
  • Mohd. Shahril Mohd. Salleh Hussein
  • Nurul Izzati Azhar
  • Noor Hafizi Taip
  • Muhaimin Azzahan
  • Hazlin Samri
[37]
2008 Tiada pertandingan
ke-17 2009 Nur Ernie Shahirah Zakri Jo-Anna Sue Henly Rampas
  • Nur Fatin Nabila Noor Sazley
  • Nur Azilla Mohd. Ibrahim
  • Saidatul Aina Jamaluddin
  • Arnizam Michael
  • Mohammad Adlizan Baharudin
  • Mohd. Ikbal Abdul Hatam
[38]
2010–2011 Tiada pertandingan
ke-18 2012 Aisha Masnamimi Safia Fitri Hakim Omar Walid
  • Mohd. Hafsyam Noordin
  • Christine Chua Yea En
  • Arie Famree Sius
  • Nurul Shazia Mohd. Rozaini
[39]
2013–2015 Tiada pertandingan [40]
ke-19 2016 Rosario Ninih Chamini Bianis Nor Fazrina Mohd Gani
  • Nur Shafreeza Zainal Abidin
  • Idris Zulkifli
  • Muhammad Hafiz Ismail
  • Muhammad Adib Ibrahim
[41]
2017 Tiada pertandingan
ke-20 2018 Fadhli Hariz Fayahet Heidi Vanessa Moruning
  • Muhammad Hafiz Zainal
  • Ferona Paimin
  • Muhammad Yasser Sharifudin
  • Nur Jannah Abu Hanipah
2019 - 2023 Tiada pertandingan
ke-21 2024 Roziena Ixzy (Roxy Ixzy) Dayang Irsyadhania (Dhania)
  • Muhammad Hadi Hafsham (Hady Huv)
  • Muhammad Zulfeka (Feka)
  • Eylia Eyre Guntabid
  • Mohammad Said Suhazrie (Joy)
  • Muhammad Shahrezza
  • Sharifah Nurilmuhayati (Scha Nuril)
  • Mohammad Azumi Shazani
  • Mohd Enrien Syah (Jon)
  • Akmar Natasha
  • Nur Shahirah (Noy)
  • Norzizi Safira
  • Muhammad Harris Mukhriz
[42]

Senarai alumni pertandingan lain anjuran RTM

[sunting | sunting sumber]
  • Taufek Ali , Juara Bintang Radio 1964 [43][44]
  • Rafeah Buang, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Jaafar Osman, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Aspalela Abdullah, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Sulaiman Idris, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Maheran Hamid, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Selamat Sasman, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Zainab Huri, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Abdullah Omar, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • A. Nandung, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Bachik Bakar, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Ramlah Adun, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • A. Zainal, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Siti Hasnah Osman, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • A.R Sinwan, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Maria Radzi, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • M. Ibrahim, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Nik Hasni Hassan, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Hussein Ahmad, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • M Fauziah, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • SM Ledd, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Hasanah Munir, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Ali Razali, Finalis Bintang Radio 1964 [44]
  • Kumpulan De Zeds, Juara Muzik Muzik Muzik 1969[45][46]
  • Kumpulan The Wanderers, Naib Juara Muzik Muzik Muzik 1969[46]
  • Kumpulan Orkes Nirwana, Tempat Ketiga Muzik Muzik Muzik 1969[46]
  • Kumpulan The Jayhawkers, Finalis Muzik Muzik Muzik 1969[46]
  • Kumpulan Rayuan Pengembara, Finalis Muzik Muzik Muzik 1969[46]
  • Abdul Razak Abdul Rahman, Juara Bakat TV 1971 - Kategori Solo Instrumental. Meniup Klarinet[47][2][48]
  • Jamali Shadat, Naib Juara Bakat TV 1971[48]
  • Faridah Hashim, Finalis Bakat TV 1971[48]
  • Salamiah Hassan, Finalis Bakat TV 1971[48]
  • Andre Goh, Finalis Bakat TV 1971[49][50]
  • Abdul Rahim Othman, Juara Bakat TV 1972 - Kategori Solo Instrumental. Meniup Flute[51][2]
  • Kumpulan The Burglars, Juara Kugiran 1973
  • Jamali Shadat, Juara Bakat TV 1974[52]
  • Armaya Aman Ramlie, Juara Bakat TV 1975 - Kategori Lawak Jenaka[2][53]
  • D' Atomic Power, Tempat Ketiga Bakat TV 1978 - Kategori Kumpulan Pancaragam[54]
  • Hassan Putumayong, Juara Bakat TV 1979 - Kategori Lawak Jenaka.[54]
  • D' Atomic Power, Juara Bakat TV 1979 - Kategori Kumpulan Pancaragam[54]
  • Nicholas Ong Cheng Hooi, Juara Bakat TV 1979 - Kategori Solo Instrumental. Bermain Piano[54]
  • Kumpulan Ibrahim Hamzah dan Tahir Budiman, Naib Juara Bakat TV 1979 - Kategori Lawak Jenaka.[54]
  • Panada Ista, Naib Juara Bakat TV 1979 - Kategori Kumpulan Pancaragam[54]
  • Shah Rizan Mohd Salmi, Naib Juara Bakat TV 1979 - Kategori Solo Instrumental[54]
  • Kumpulan Osman dan Rajah, Tempat Ketiga Bakat TV 1979 - Kategori Lawak Jenaka.[54]
  • T. Road Band, Tempat Ketiga Bakat TV 1979 - Kategori Kumpulan Pancaragam[54]
  • Stephen Jaramiah, Tempat Ketiga Bakat TV 1979 - Kategori Solo Instrumental[54]
  • Junenita Mohd Nor, Juara Bakat TV 1985 - Kategori Pemuzik Instrumental Solo, Bermain Organ[55]
  • Band Family Group, Juara Bakat TV 1985 - Kategori Pemuzik Pancaragam[55]
  • Kumpulan Mahmood & Zakaria Musa, Juara Bakat TV 1985 - Kategori Lawak Jenaka[55]
  • Jaafar Abdul Rahman, Naib Juara Bakat TV 1985 - Kategori Pemuzik Instrumental Solo. Meniup Flute[55]
  • Band De RAMD, Naib Juara Bakat TV 1985 - Kategori Pemuzik Pancaragam[55]
  • Kumpulan Yusuf Din Kicap, Naib Juara Bakat TV 1985 - Kategori Lawak Jenaka[55]
  • Isabella Pek, Tempat Ketiga Bakat TV 1985 - Kategori Pemuzik Instrumental Solo. Bermain Piano dan Organ.[55]
  • Kombo K.C. Lim, Tempat Ketiga Bakat TV 1985 - Kategori Pemuzik Pancaragam[55]
  • Kumpulan Mohd Hatta, Tempat Ketiga Bakat TV 1985 - Kategori Lawak Jenaka[55]
  • Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, Juara Pesta Pujaan Kingsway 1989[56]
  • Amir Amzah Salleh, Finalis Pesta Pujaan Kingsway 1989[56]
  • Norshila Amin, Finalis Pesta Pujaan Kingsway 1989[56]
  • Shara Eqkhnor, Finalis Pesta Pujaan Kingsway 1989[56]
  • Wan Norafizah Ariffin, Juara Bintang HMI 1991[57]
  • Masidayu Mesnun, Finalis Bintang HMI 1991[58] [59]
  • Ahmad Zulkeflee , Finalis Bintang HMI 1991 [60]
  • Jackie Yap, Finalis Bintang HMI 1991 [60]
  • James Parthiban, Finalis Bintang HMI 1991 [60]
  • Kumpulan Sweet Melody, Finalis Bintang HMI 1991 [60]
  • Kalana Seri, Finalis Bintang HMI 1991 [60]
  • Desiree De Silva, Finalis Bintang HMI 1991 [60]
  • Famie Rahman , Finalis Bintang HMI 1991 [60]
  • Adibah Noor Mohamed Omar, Juara Suara 90'an Nescafe 1994[61][2]
  • Mohd Rohaizad bin Lazim, Juara Bintang RTM Kedah 1994
  • Siti Nurhaliza Tarudin, Juara Bintang HMI 1995[62][63]
  • Aishah Annur Osman, Finalis Bintang HMI 1995 [64]
  • Nazazame Naina Mohamed , Juara Golden Teen Search 1996 [65]
  • Haliza Hanim Abdul Halim, Naib Juara Golden Teen Search 1996[66]
  • Dayang Nurfaizah Awang Dowty, Finalis Golden Teen Search 1996[67]
  • Noor Haida Mohd Idris, Finalis Golden Teen Search 1996[68]
  • Asha Malik, Finalis Golden Teen Search 1996[69]
  • Norhayati Ramlan, Finalis Golden Teen Search 1996 [70]
  • Dayang Nurfaizah Awang Dowty, Juara Golden Teen Search 1997[71]
  • Norazila Amin, Naib Juara Golden Teen Search 1997 [72]
  • Candy Cheah, Finalis Golden Teen Search 1997[72]
  • Melissa Idayu Mansor, Finalis Golden Teen Search 1997 [72]
  • Nur Fatimah Abd. Wahab, Juara Bintang Gala 2 1999[73]
  • Nur Fardilla Nadia Abu Bakar, Naib Juara Bintang Gala 2 1999[74]
  • Haliza Hanim Abdul Halim, Juara Bintang Penghibur HMI 1999[75][76]
  • Syafinaz Selamat, Naib Juara Bintang Penghibur HMI 1999[75]
  • Rozita Izlyn, Tempat Ketiga Bintang Penghibur HMI 1999[75]
  • Asha Malik, Finalis Bintang Penghibur HMI 1999[75]
  • Feeza, Finalis Bintang Penghibur HMI 1999[75]
  • Nouri, Finalis Bintang Penghibur HMI 1999[75]
  • Sharizan, Finalis Bintang Penghibur HMI 1999[75]
  • Noor Hasliah Abu Hassan, Juara Bintang HMI 2000[77]
  • Norhasima Kadir, Naib Juara Bintang HMI 2000[77]
  • Nik Hannah Awanis Sufian, Tempat Ketiga Bintang HMI 2000[77]
  • Norazila Kadim, Finalis Bintang HMI 2000[77]
  • Rohaizaa Dulmat, Finalis Bintang HMI 2000[77]
  • Scandy Haizale, Finalis Bintang HMI 2000[77]
  • Shahrizatul Nina, Finalis Bintang HMI 2000[77]
  • Suhaila Sooid, Finalis Bintang HMI 2000[77]
  • Betcy, Juara Teen Star 2000[78]
  • Debbie Lim, Naib Juara Teen Star 2000[78]
  • Eric Lim, Tempat Ketiga Teen Star 2000[78]
  • Felicia Gek, Finalis Teen Star 2000[78]
  • Zehra Zambri, Finalis Teen Star 2000[78]
  • Shazrina Tukiman, Finalis Teen Star 2000[78]
  • Asiahtunakma Abdullah, Finalis Teen Star 2000[78]
  • Arnieza Amir, Finalis Teen Star 2000[78]
  • Dayang Nurfaizah Awang Dowty, Juara Bintang Penghibur HMI 2001[79]
  • Tengku Shamsul Bahrin Tengku Sulaiman, Naib Juara Bintang Penghibur HMI 2001[79]
  • Candy Cheah, Tempat Ketiga Bintang Penghibur HMI 2001[79]
  • Zuraidah Badron, Finalis Bintang Penghibur HMI 2001[79]
  • Noor Haida Mohd Idris, Finalis Bintang Penghibur HMI 2001[79]
  • Ahmad Fadzli Yaakob, Finalis Bintang Penghibur HMI 2001[79]
  • Nurazimah Rahmat, Finalis Bintang Penghibur HMI 2001[79]
  • Yasin Sulaiman, Finalis Bintang Penghibur HMI 2001[79]
  • Kumpulan Intan Remaja, Juara Bintang Kugiran RTM 2001[80]
  • Kumpulan Coda, Naib Juara Bintang Kugiran RTM 2001[80]
  • Kumpulan Langit, Tempat Ketiga Bintang Kugiran RTM 2001[80]
  • Kumpulan Fantasy, Finalis Bintang Kugiran RTM 2001[80]
  • Kumpulan The Last Minutes, Finalis Bintang Kugiran RTM 2001[80]
  • Kumpulan Alysma, Finalis Bintang Kugiran RTM 2001[80]
  • Kumpulan Slumber, Finalis Bintang Kugiran RTM 2001[80]
  • Kumpulan Thunderstorm, Juara Rentak Juara 2004[81][82][83]
  • Kumpulan NRG, Naib Juara Rentak Juara 2004[81]
  • Kumpulan The Big Band, Tempat Ketiga Rentak Juara 2004[81]
  • Kumpulan Havoq, Finalis Rentak Juara 2004[81]
  • Kumpulan Gypsy, Finalis Rentak Juara 2004[81]
  • Kumpulan Azia, Finalis Rentak Juara 2004[81]
  • Kumpulan Skyhigh, Finalis Rentak Juara 2004[81]
  • Kumpulan Gerhana Ska Cinta, Finalis Rentak Juara 2004[81]
  • Kumpulan Fenomena, Juara Rentak Juara 2006[84][85]
  • Kumpulan Matta, Naib Juara Rentak Juara 2006[84]
  • Kumpulan Love Machine, Tempat Ketiga Rentak Juara 2006[84]
  • Kumpulan D’Frontier, Finalis Rentak Juara 2006[84]
  • Kumpulan TLG, Finalis Rentak Juara 2006[84]
  • Kumpulan Starduzz, Finalis Rentak Juara 2006[84]
  • Kumpulan Musang Berjanggut, Finalis Rentak Juara 2006[84]
  • Kumpulan Starface, Finalis Rentak Juara 2006[84]
  • Muhaizam Ahmad, Juara Bintang Klasik Nasional 2007 - Kategori Lelaki[86]
  • Anis Salwa Alaluddin, Juara Bintang Klasik Nasional 2007 - Kategori Wanita[86]
  • Rahayudean Rahmat, Naib Juara Bintang Klasik Nasional 2007 - Kategori Lelaki[86]
  • Dayangku Nurul Fattihah Umi Qalthum Pengiran Zainal Abidin, Naib Juara Bintang Klasik Nasional 2007 - Kategori Wanita[86]
  • Mohamad Hasnul Hassan, Tempat Ketiga Bintang Klasik Nasional 2007 - Kategori Lelaki[86]
  • Nurliza Usup, Tempat Ketiga Bintang Klasik Nasional 2007 - Kategori Wanita[86]
  • Singapura Mohammad Elfee, Juara Bintang Klasik Nasional Nusantara 2007 - Kategori Lelaki[87]
  • Malaysia Anis Salwa Alaluddin, Juara Bintang Klasik Nusantara 2007 - Kategori Wanita[87]
  • Malaysia Mohammad Muhaizam Ahmad, Naib Juara Bintang Klasik Nusantara 2007 - Kategori Lelaki[87]
  • Indonesia Meilody Indreswari, Naib Juara Bintang Klasik Nusantara 2007 - Kategori Wanita[87]
  • Indonesia Erdinal, Tempat Ketiga Bintang Klasik Nusantara 2007 - Kategori Lelaki[87]
  • Singapura Hariani Hassan Bakri, Tempat Ketiga Bintang Klasik Nusantara 2007 - Kategori Wanita[87]
  • Brunei Raapulrizal Abdul Karim, Finalis Bintang Klasik Nusantara 2007 - Kategori Lelaki[87]
  • Brunei Dewi Hairani Thani, Finalis Bintang Klasik Nusantara 2007 - Kategori Wanita[87]
  • Rosmawati Mat Dali, Juara Idola Patriotik 2007[88][89]
  • Muhaimin Azzahan, Naib Juara Idola Patriotik 2007[88]
  • Fadzril Nidzam Ishak, Tempat Ketiga Idola Patriotik 2007[88]
  • Kumpulan Aisunam, Juara Rentak Juara 2008[90]
  • Kumpulan Cherish 2000, Naib Juara Rentak Juara 2008[90]
  • Kumpulan Carbolic Smokeballs, Tempat Ketiga Rentak Juara 2008[90]
  • Kumpulan Poetical Kingdom, Finalis Rentak Juara 2008[82]
  • Kumpulan The Bombers, Finalis Rentak Juara 2008[82]
  • Kumpulan Season Jammerz, Finalis Rentak Juara 2008[82]
  • Kumpulan Malaysia Online, Finalis Rentak Juara 2008[82]
  • Kumpulan Karisma, Finalis Rentak Juara 2008[82]
  • Mohd. Azwan Shahdi Mohd. Jalaludin, Juara Bintang Klasik Nasional 2008 - Kategori Lelaki[91]
  • Sabihah Abdul Wahid, Juara Bintang Klasik Nasional 2008 - Kategori Wanita[91]
  • Muhammad Alif Kadim, Naib Juara Bintang Klasik Nasional 2008 - Kategori Lelaki[91]
  • Nurlida Rahman, Naib Juara Bintang Klasik Nasional 2008 - Kategori Wanita[91]
  • Mohd. Safar Shah Alaudin, Tempat Ketiga Bintang Klasik Nasional 2008 - Kategori Lelaki[91]
  • Iffah Izzati Baharudin, Tempat Ketiga Bintang Klasik Nasional 2008 - Kategori Wanita[91]
  • Kumpulan E-6 (Enigmatic 6), Juara Rentak Juara 2010[92][93][94]
  • Kumpulan Enava, Naib Juara Rentak Juara 2010[92]
  • Kumpulan Anthem, Finalis Rentak Juara 2010[92]
  • Kumpulan D'Rough Mixture, Finalis Rentak Juara 2010[92]
  • Kumpulan Superfriends, Finalis Rentak Juara 2010[92]
  • Kumpulan Car Crash Hearts, Finalis Rentak Juara 2010[92]
  • Kumpulan Alternature, Finalis Rentak Juara 2010[92]
  • Kumpulan Brownees, Finalis Rentak Juara 2010[92]
  • Kumpulan Sevendays, Juara Rentak Juara 2017[95][96]
  • Kumpulan Super Massive, Naib Juara Rentak Juara 2017[95]
  • Kumpulan Xzotic, Tempat Ketiga Rentak Juara 2017[95]
  • Kumpulan Reuz, Finalis Rentak Juara 2017[95]
  • Kumpulan DoubleShoes, Finalis Rentak Juara 2017[95]
  • Siti Nur Shazreen Shaharum , Juara Bintang Klasik 2019[97]
  • Noorhidayah Halim, Naib Juara Bintang Klasik 2019[97]
  • Siti Erinshahira Jamaludin, Tempat Ketiga Bintang Klasik 2019 [97]
  • Megat Haikal @ Ahmad Marzuki Megat Nordin, Finalis Bintang Klasik 2019 [97]
  • Siti Nadia Zaini, Finalis Bintang Klasik 2019[97]
  • Nur Hijrah Yahya, Finalis Bintang Klasik 2019[97]
  • Ahmady Mohd Spuan, Finalis Bintang Klasik 2019[97]
  • Nabilah Mohammad, Finalis Bintang Klasik 2019[97]
  1. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (9 Julai 2009). "Selepas 35 tahun - Bintang RTM hilang aura". Kosmo Online. Dicapai pada 2018-10-12.
  2. ^ a b c d e f g h Azhariah Kamin (13 Oktober 2013). "First of its kind". The Star Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  3. ^ "Kerlipan Bintang-Bintang di RTM". Utusan Online. 13 Februari 2008. Dicapai pada 2018-10-14.
  4. ^ "27 September 1971: Sani Abu Yamin johan Bintang RTM". University of Malaya Library. 27 September 2012. Dicapai pada 2018-10-13.
  5. ^ http://arkibnegara.blogspot.com/2012/09/bintang-rtm-sani-abu-yamin-1971.html
  6. ^ Zainuddin Bendahara (3 Oktober 1971). "Pertandingan Bintang RTM tabun ini banyak memberi kesan". Berita Harian. Dicapai pada 2018-10-13.
  7. ^ Zainuddin Bendahara (26 September 1971). "10 PESERTA BINTANG RTM ADU ' NASIB MALAM INI". Berita Harian. Dicapai pada 2018-10-14.
  8. ^ Tajaiyah Ihsan (20 Jun 2004). "September Five imbau nostalgia". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  9. ^ http://zizieali.blogspot.com/2009/07/september-five.html
  10. ^ "Marina kecam Kosmo! dedah sejarah peribadi Yasmin". Malaysiakini. 27 Julai 2009. Dicapai pada 2018-10-13.
  11. ^ Faizal Saharuni (8 Julai 2010). "Lirik bukan sekadar luahan kata-kata". Kosmo! Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  12. ^ Muzlina Abu Bakar (1 Jun 2009). "Kembara seni Dhalan Zainuddin". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  13. ^ Saiful Bahari Ashari (30 Jun 2012). "Dahlan, superstar era 70-an". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  14. ^ Niezam Abdullah (22 Februari 2012). "20 Tahun 'Pergi', Sudirman Masih Tiada Pengganti". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-06. Dicapai pada 2018-10-11.
  15. ^ "Datuk Sudirman Haji Arshad". Arkib Negara Malaysia. Dicapai pada 2018-10-11.
  16. ^ "Pekadin gembira mendiang John Gaisah diberi gelaran Datuk". Sinar Harian. 6 Oktober 2012. Dicapai pada 2018-10-13.
  17. ^ http://arkibnegara.blogspot.com/2011/04/bintang-rtm-rosemaria-1981.html
  18. ^ Amirul Haswendy Ashari (24 Mei 2015). "Kini sibuk dengan kedai jahit". Harian Metro. Dicapai pada 2018-10-13.
  19. ^ http://bluesriders.blogspot.com/2011/06/bintang-rtm-1978.html
  20. ^ Kamsah Sirat (1 April 1981). "Yunizar jaya hasil dari 'kedegilan'". Berita Harian. Dicapai pada 2018-10-13.
  21. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (9 Julai 2009). "Rugi jika setakat bergelar juara". Kosmo! Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  22. ^ http://bluesriders.blogspot.com/2011/06/jamal-abdillah-juara-bintang-rtm-1979.html
  23. ^ http://bluesriders.blogspot.com/2011/06/rohana-jalil-berjaya-menjadi-juara.html
  24. ^ Angelina Sinyang (5 Februari 2015). "Penyanyi jadi tauke batik". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  25. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (30 Mac 2002). "Bintang RTM - Catat kenangan manis". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  26. ^ "Apabila bintang-bintang bertemu". Utusan Online. 18 April 2004. Dicapai pada 2018-10-13.
  27. ^ Norliza Mohamad Zakaria (23 Oktober 2007). "Hayat pembantu kaunselor Pengasih". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  28. ^ "Lagu khazanah dari Malaya". Sinar Harian. 7 Julai 2017. Dicapai pada 2018-10-13.
  29. ^ Arif Nizam Abdullah (7 September 2009). "Ayai sudah jauh berubah". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  30. ^ "Bintang RTM '99 tebus 'maruah' peserta lelaki". Utusan Online. 28 November 1999. Dicapai pada 2018-10-12.
  31. ^ "Bintang RTM diwujudkan semula". Utusan Online. 15 September 1999. Dicapai pada 2018-10-13.
  32. ^ "Bintang RTM '99 tebus 'maruah' peserta lelaki". Utusan Online. 28 November 1999. Dicapai pada 2018-10-13.
  33. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (5 November 2001). "Bintang RTM berjaya cungkil bakat berkualiti". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  34. ^ Saharudin Musthafa (27 Jun 2004). "Rina Azahar juara Bintang RTM 2004". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  35. ^ "Seremban lass wins Bintang RTM". The Star. 27 Jun 2004. Dicapai pada 2018-10-13.
  36. ^ Abd. Aziz Itar (6 Julai 2005). "Bintang RTM 2005 - Juaranya dipertikaikan". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  37. ^ Khadijah Ibrahim (3 Julai 2007). "Suara Emas Bintang RTM 2007 lahirkan bintang baru". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  38. ^ Abd. Aziz Itar (29 Jun 2009). "Ernie juara Bintang RTM 2009". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  39. ^ "Aisha juara Bintang RTM 2012". Utusan Online. 9 Julai 2012. Dicapai pada 2018-10-13.
  40. ^ Aqmar Mustaza (8 Februari 2016). "Bintang RTM kembali bersiaran - Wawancara". Sinar Harian. Dicapai pada 2018-10-12.
  41. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (3 April 2016). "Rosario Ninih Juara Bintang RTM 2016". Berita Harian. Dicapai pada 2018-10-13.
  42. ^ Affan Rostam (25 Februari 2024). "Roxy Ixzy juara Bintang RTM 2024". Berita Harian. Dicapai pada 2024-02-26.
  43. ^ Madley Pop Yehyeh (19 Februari 2021). "RTM: Bintang Radio 1964 Akhir". Malaysiakini. Dicapai pada 2021-04-09.
  44. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w https://www.facebook.com/photo?fbid=2999644646933255&set=basw.AbroNIH-OCSKIEXiQ34UWwubsrqffAJ19ZuwjiPxOVbRlkRPl_6RJ4IEYkJQjCoWAdHWYuBZPJ0h43kYUjX3gW7Zv50BmhgD8eJMXdh27cgZNKjTYabL7kE4FHY2Hfzb5fQw3oO08_P6qoCcQneWQZ48ewUz00oGTFJ59kOyqzUGRg&opaqueCursor=Abq0qd7FRBKStRMPI-pjIVZ15Qq97PfG6hBL1ZCr8xCn97aX89ttrj-ui3qSGkSTiaM6iC0DgwOY51B1mWDfC3rV_Klrsm78FmKQqvhssTDjMa78L_g3rG_XURRIbmiCsWTVtvWdZi0fKaTcBPFd8dgOfctKZjgXin0DY_N0qY1-GHKl7M8yx64by8JzB-F65WcValm7ly5foVxTiDDdcIDj4hMdR9Lhm0bT0Ry50IpvgvahxoxhiN6myQAorePNZpOHgXdQw-FTks3C4jOkgFEMi11fvX8WRbbPGaxOcP9EwPC7jjn2w1n6bKhIPw3TgnB9coCdHJzNiDP3jTUFIkq_xRvbksTsOh3IarfrUaB1b54jZA650MnS9r8qbqbJJlie1wWjQK-bzyg8AwZfSEef0YLXSli-LYAMF9RYPsIa7WqbN6La_ord0zFNdN_GjlxccAZq9Aclp73jIgWh5eF56zlB-LKWmnbHv9u8rEWPqJdjwN6j6s4ZKr66KmOmiMEBt45kK4HAADb9BYtz5MZmTrqKGVBLWcI9FyGAXZyJ-DPrxVqvLdFiw2X8olD8h0gy4Ttm4B4zMpnA-RKgBrAlXrD9fLtC5lbEjQbcW5Ak1Lkrx5_nE_cK6DYRhCmFW0PDoN2s-7gce7nErQwj6Q2Y
  45. ^ Mohamad Letfee Ahmad, Bernama (28 Disember 2013). "RTM: Liputan TV M'sia di tahap kredibiliti tinggi". Malaysiakini. Dicapai pada 2018-10-14.
  46. ^ a b c d e http://filemklasikmalaysia.blogspot.com/2015/05/muzik-muzik-muzik-1969.html
  47. ^ Hasnurul Mohamed (18 Januari 2011). "Orkestra RTM terima pengiktirafan". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-12.
  48. ^ a b c d "Juara Bakat TV Malaysia ka-London". Berita Harian. 26 Ogos 1971. Dicapai pada 2018-10-13.
  49. ^ "Dondang Sayang cetus minat". Utusan Online. 8 Mei 2016. Dicapai pada 2018-10-13.
  50. ^ "Andre Goh ikuti kursus diploma pemasaran". Berita Minggu. 5 Mac 1989. Dicapai pada 2018-10-13.
  51. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-27. Dicapai pada 2012-11-27.
  52. ^ Abd. Aziz Itar (27 Disember 2013). "Ulang tahun ke-50 TV1". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  53. ^ Abd. Aziz Itar (26 Oktober 2012). "Pengalaman kahwin tujuh kali". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  54. ^ a b c d e f g h i j http://bluesriders.blogspot.com/2011/08/pertandingan-akhir-bakat-tv-1979.html
  55. ^ a b c d e f g h i http://arkibnegara.blogspot.com/2013/01/bakat-rtm-1985.html
  56. ^ a b c d Zaharian Osman (19 November 1989). "Fauziah Latiff dedah rahsia terpilih sebagai penghibur terbaik". Berita Minggu. Dicapai pada 2018-10-13.
  57. ^ "Perancangan Nora untuk 2017". Harian Metro. 8 Januari 2017. Dicapai pada 2018-10-14.
  58. ^ "Mami Mas Idayu pernah 'reject' offer duet bersama Salman Khan". Harian Metro. 15 Mei 2021. Dicapai pada 2021-05-15.
  59. ^ "Mas beats the boys". Malay Mail. 21 June 1991. Dicapai pada 2021-05-31.
  60. ^ a b c d e f g https://www.klik.com.my/item/story/960309/singers-to-battle-it-out-for-bintang-hmi-title
  61. ^ Michelle Gun (5 Oktober 2017). "Orkestra veteran, muda bergabung". Harian Metro. Dicapai pada 2018-10-13.
  62. ^ "Mekarnya sebutir bintang". Sinar Harian. 22 Mac 2015. Dicapai pada 2018-10-14.
  63. ^ "Siti Nurhaliza nikah Datuk K 21 Ogos". Malaysiakini. 17 Julai 2006. Dicapai pada 2018-10-14.
  64. ^ . 2 April 2020 https://twitter.com/animayuni/status/1245540815977566214. Missing or empty |title= (bantuan)
  65. ^ "Nazazame wins Golden Teen title". Malay Mail. 23 Dec 1996. Dicapai pada 2021-05-31.
  66. ^ "Liza Hanim juara Gegar Vaganza 2017? Yang pasti, 'Saya sudah bersedia kembali'". MediaCorp. 18 November 2017. Dicapai pada 2018-10-14.
  67. ^ Kenneth Chaw (28 April 2016). "Dayang Nurfaizah wants to give fans more ballads". Star2.com. Dicapai pada 2018-10-14.
  68. ^ "Norhaida tidak tumpang Senario". Utusan Online. 8 Januari 1999. Dicapai pada 2018-10-14.
  69. ^ "Norhaida tidak tumpang Senario". Utusan Online. 8 Januari 1999. Dicapai pada 2018-10-14.
  70. ^ https://www.youtube.com/watch?v=_QFibFscWRw
  71. ^ "Dayang Nurfaizah gilap nama di Asia". Utusan Online. 19 April 1999. Dicapai pada 2018-10-14.
  72. ^ a b c https://www.youtube.com/watch?v=sPWc3B9TWac
  73. ^ "Nurfatimah popularkan Selembut Sutera". Utusan Online. 19 Februari 2001. Dicapai pada 2018-10-14.
  74. ^ Nor Azurin Ali (11 Februari 2016). "Dia Fadilla mahu kembali aktif". Kosmo! Online. Dicapai pada 2018-10-14.
  75. ^ a b c d e f g "Liza Hanim Penghibur Terbaik RTM". Utusan Online. 18 Julai 1999. Dicapai pada 2018-10-13.
  76. ^ "RTM mencipta penghibur". Utusan Online. 15 Julai 1999. Dicapai pada 2018-10-13.
  77. ^ a b c d e f g h "Bintang HMI melahirkan penyanyi berbakat". Utusan Online. 25 Julai 2000. Dicapai pada 2018-10-13.
  78. ^ a b c d e f g h "Betcy...juara Teen Star 2000". Utusan Online. 27 November 2000. Dicapai pada 2018-10-13.
  79. ^ a b c d e f g h Rosli Manah (17 Julai 2001). "Dayang Nurfaizah -- Kejayaan meniup semangat". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-13.
  80. ^ a b c d e f g "Intan Remaja ...juara Bintang Kugiran RTM". Utusan Online. 4 Julai 2001. Dicapai pada 2018-10-14.
  81. ^ a b c d e f g h Norzaila Rosli (17 Oktober 2004). "Rentak Juara 2004 juara kualiti bukan populariti". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-14.
  82. ^ a b c d e f Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (22 Jun 2008). "Siapa juara Rentak Juara?". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-14.
  83. ^ "Rentak Juara - Pertandingan kumpulan muzik profesional". Utusan Online. 6 Ogos 2004. Dicapai pada 2018-10-14.
  84. ^ a b c d e f g h "Fenomena beats seven others in band contest". The Star. 26 Jun 2006. Dicapai pada 2018-10-14.
  85. ^ Wanda Idris (1 Julai 2006). "Persembahan pemenang Rentak Juara malam ini". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-14.
  86. ^ a b c d e f "Muhaizam, Anis juara Bintang Klasik Nasional". Utusan Online. 4 Ogos 2007. Dicapai pada 2018-10-14.
  87. ^ a b c d e f g h Shazryn Mohd. Faizal (8 September 2007). "Malaysia, Singapura juara Bintang Klasik Nusantara". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-14.
  88. ^ a b c Khadijah Ibrahim (13 Ogos 2007). "Idola Patriotik 2007 bawa tuah pada Rosmawati". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-14.
  89. ^ Khadijah Ibrahim (9 Ogos 2007). "Idola Patriotik 2007 bentuk jati diri generasi baru". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-14.
  90. ^ a b c Haryati Karim (23 Jun 2008). "Kumpulan Aisunam menang Rentak Juara 2008". Kosmo! Online. Dicapai pada 2018-10-14.
  91. ^ a b c d e f Shazryn Mohd. Faizal (4 Ogos 2007). "Azwan, Sabihah juara Bintang Klasik Nasional". Utusan Online. Dicapai pada 2018-10-14.
  92. ^ a b c d e f g h "Kumpulan E-6 johan Rentak Juara 2010". Utusan Online. 19 Julai 2010. Dicapai pada 2018-10-14.
  93. ^ Syed Ahmad Zulkarnain Syed Ali (23 Julai 2010). "Kematangan Rentak Juara 2010". Kosmo! Online. Dicapai pada 2018-10-14.
  94. ^ "Lapan Kumpulan Terpilih Ke Peringkat Akhir Rentak Juara Akhir 2010". mStar. 9 Julai 2010. Dicapai pada 2018-10-14.
  95. ^ a b c d e Wawann Mohd (15 Mei 2017). "Rentak Juara 2017: Sevendays diangkat sebagai juara". Sinar Harian. Dicapai pada 2018-10-14.
  96. ^ "10 kumpulan muzik bersaing dalam Rentak Juara 2017". Utusan Borneo Online. 27 Mac 2017. Dicapai pada 2018-10-14.
  97. ^ a b c d e f g h . 20 Oktober 2019 https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/10/617512/siti-nur-shazreen-ulangi-kejayaan-kakak. Missing or empty |title= (bantuan)

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]