Pergi ke kandungan

Beras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beras butir panjang.
Anatomi beras.
Pelbagai jenis beras dibungkus untuk dijual.

Beras (Jawi: برس) ialah padi dari spesies Oryza sativa atau Oryza glaberrima yang telah diproses dan dibuang kulitnya. Beras akan mengembang apabila dimasak bersama air yang kemudian akan menjadi nasi; sekiranya jumlah air yang digunakan untuk memasak beras melebihi butir-butir beras ini, beras tersebut akan menjadi bubur. Beras yang mengandungi kanji tinggi lebih melekit berbanding beras biasa, beras ini dikenali sebagai "pulut" atau "ketan".

Beras ialah makanan ruji paling banyak ditanam dan dimakan lebih separuh penduduk manusia seluruh dunia, terutamanya di Asia dan Afrika. Ia komoditi pertanian dengan pengeluaran ketiga tertinggi di dunia selepas tebu dan jagung.[1]

Varieti beras

[sunting | sunting sumber]

Beras boleh didapati dalam lebih kurang 40,000 varieti. Varieti yang paling banyak digunakan di Malaysia ialah beras putih tempatan, Thai dan Vietnam; beras wangi Thai; beras basmati Pakistan dan India; beras Bario, beras pulut dan lain-lain beras jenis istimewa.[2]

Bentuk dan jenis beras

[sunting | sunting sumber]
Bentuk dan jenis beras Penerangan
Padi Bijian beras masih di dalam kulitnya.
Beras perang Bijian beras yang telah dikupas kulit; kaya dengan serat dan vitamin B, riboflavin dan niasin.
Beras putih Kulit padi dan lapisan bran terkupas sepenuhnya setelah diproses.
Beras rebus Padi yang direbus melalui proses tekanan wap untuk mengurangkan kandungan kanji sebelum dikilang menjadi beras.
Beras hancur Semasa proses pengilangan, beras hancur diasingkan daripada bijian penuh. Bijian hancur mengandungi kandungan serat dan nutrisi yang rendah.
Beras bijian panjang Saiz bijian panjang dan tirus - ukurannya empat kali lebih panjang daripada lebarnya. Nasi yang dimasak adalah lembut dan berderai.
Beras bijian sederhana Saiz bijian adalah dua hingga tiga kali lebih panjang daripada lebarnya. menghasilkan tekstur nasi yang lembut dan mempunyai kecenderungan untuk melekit.
Beras bijian pendek Bentuk bijian yang pendek, gemuk dan hampir bulat. Menghasilkan tekstur nasi yang lembut dan melekit.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Crops/Regions/World list/Production Quantity (pick lists), Rice (paddy), 2018". UN Food and Agriculture Organization, Corporate Statistical Database (FAOSTAT). 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2017. Dicapai pada 11 Oktober 2019.
  2. ^ __, (20??) RICEpedia: Rice types in Malaysia Diarkibkan 21 September 2012 di Wayback Machine. Bernas official website. Capaian 1 Julai 2012.

Bibliogrfi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Wikibooks
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi