Pergi ke kandungan

Bendera Brazil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera Brazil

Bendera kebangsaan Brazil terdiri daripada sebuah cakera biru yang bergambarkan langit yang berbintang dan diliputi sebuah jalur di mana moto kebangsaannya, "Ordem e Progresso" (ungkapan Bahasa Portugis bermaksud "Keteraturan dan Kemajuan") tertulis di situ, dalam bentuk berlian kuning berlatarbelakangkan lapangan hijau. Reka bentuk bendera ini digunakan secara rasmi oleh kerajaan Brazil pada 19 November 1889.

Lapangan hijau dan berlian kuning merupakan peninggalan daripada bendera Empayar Brazil - warna hijau mewakili Maharaja Pedro I melalui Kerabat Braganza manakala warna kuning mewakili isterinya, Maharani Maria Leopoldina melalui Kerabat Habsburg. Bintang-bintang yang ada dalam cakera biru mewakili gambaran langit malam di Rio de Janeiro pada 15 November 1889, tarikh pembentukan Brazil sebagai sebuah negara republik - setiap bintang mewakili setiap negeri yang ada dalam pemerintahan persekutuan itu termasuk Wilayah Persekutuan Brazil sendiri.

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]

Warna-warna yang digunakan dalam bendera ia tidak begitu diperincikan dengan jelas mahupun rasmi, namun ada penganggaran yang lazim diberikan:[1]

Hijau Kuning Biru Putih
RGB 0/156/59 255/223/0 0/39/118 255/255/255
Hexadecimal #009c3b #ffdf00 #002776 #ffffff
CMYK 100/0/100/0 0/13/100/0 100/67/0/54 0/0/0/0

Perlambangan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebanyak 27 bintang dalam bulatan biru di tengah bendera melambangkan kesemua kesemua negeri-negeri di Brazil termasuk Wilayah Persekutuan negara tersebut:[2]

Negeri Bintang Buruj induk Saiz
(1 = paling besar)
Tahun
penubuhan
Tahun
"pembintangan"
Amazonas Alpha Canis Minoris (Procyon) Canis Minor 1 1889 1889
Mato Grosso Alpha Canis Majoris (Sirius) Canis Major 1 1889 1889
Amapá Beta Canis Majoris (Mirzam) Canis Major 2 1991 1992
Rondônia Gamma Canis Majoris (Muliphen) Canis Major 4 1982 1992
Roraima Delta Canis Majoris (Wezen) Canis Major 2 1991 1992
Tocantins Epsilon Canis Majoris (Adhara) Canis Major 3 1989 1992
Pará Alpha Virginis (Spica) Virgo 1 1889 1889
Piauí Alpha Scorpii (Antares) Scorpius 1 1889 1889
Maranhão Beta Scorpii (Graffias) Scorpius 3 1889 1889
Ceará Epsilon Scorpii (Larawag)[3] Scorpius 2 1889 1889
Alagoas Theta Scorpii (Sargas) Scorpius 2 1889 1889
Sergipe Iota Scorpii Scorpius 3 1889 1889
Paraíba Kappa Scorpii Scorpius 3 1889 1889
Rio Grande do Norte Lambda Scorpii (Shaula) Scorpius 2 1889 1889
Pernambuco Mu Scorpii (Xamidimura & Pipirima)[3] Scorpius 3 1889 1889
Mato Grosso do Sul Alpha Hydrae (Alphard) Hydra 2 1979[note] 1960[note]
Acre Gamma Hydrae Hydra 3 1962 1968
São Paulo Alpha Crucis (Acrux or Estrela de Magalhães) Crux 1 1889 1889
Rio de Janeiro Beta Crucis (Mimosa) Crux 2 1889 1889
Bahia Gamma Crucis (Gacrux) Crux 2 1889 1889
Minas Gerais Delta Crucis (Imai)[4] Crux 3 1889 1889
Espírito Santo Epsilon Crucis (Ginan[3]) Crux 4 1889 1889
Rio Grande do Sul Alpha Trianguli Australis (Atria) Triangulum Australe 2 1889 1889
Santa Catarina Beta Trianguli Australis Triangulum Australe 3 1889 1889
Paraná Gamma Trianguli Australis Triangulum Australe 3 1889 1889
Goiás Alpha Carinae (Canopus) Carina 1 1889 1889
Wilayah Persekutuan (Distrito Federal) Sigma Octantis (Polaris Australis) Octans 5 1889[note] 1889

Cogan kata Ordem e Progresso ("Keteraturan dan Kemajuan") merupakan suatu ungkapan berunsur humanis yang datang daripada fahaman positivis diasaskan Auguste Comte: [5]

"L'amour pour principe et l'ordre pour base; le progrès pour but
("Cinta sebagai prinsip dan keteraturan sebagai asas; kemajuan sebagai matlamat").

Cogan kata tersebut terletak pada suatu jalur yang dibentuk hampir mirip bentuk laluan Matahari merentasi ufuk bumi. Hanya satu sahaja bintang terletak di atas motto tersebut melambangkan Pará yang terletak di utara laluan ini menghampiri Khatulistiwa.

Rekaan yang pernah dipakai sepanjang zaman

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ TBendera ini tidak pernah dipakai namun rekaan ini didasarkan bendera sebelumnya untuk kerajaan gabungan Portugal, Brazil dan Algarve.
  1. ^ "Brazilian flag". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-06.
  2. ^ Duarte, Paulo Araújo. "Astronomia na Bandeira Brasileira". Universidade Federal de Santa Catarina. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2008. Dicapai pada 9 Julai 2009.
  3. ^ a b c "Naming Stars". IAU.org. Dicapai pada 16 December 2017.
  4. ^ "IAU Catalog of Star Names". International Astronomical Union. Dicapai pada 17 September 2018.
  5. ^ Bandeiras e significados Historianet. Diakses pada 9 Oktober 2010. (dalam bahasa Portugis).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]