Belur, Hassan
Belur ಬೇಲೂರು | |
— town — | |
Koordinat | 13°09′46″N 75°51′26″E / 13.1629°N 75.8571°EKoordinat: 13°09′46″N 75°51′26″E / 13.1629°N 75.8571°E |
Negara | India |
Negeri | Karnataka |
Daerah | Daerah Hassan |
Penduduk | 8,962 (2001[kemas kini]) |
Zon masa | IST (UTC 5:30) |
Keluasan |
• 915 m (3,002 kaki) |
Belur (Bahasa Kannada: ಬೇಲೂರು, bēlũru, or Beluru ) ialah sebuah kawasan perbandaran di daerah Hassan, negeri Karnataka, India.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Belur merupakan ibu kota terawal Empayar Hoysala. Di samping Halebidu yang terletak hanya 16 km jauh dari sini, Beluar ialah salah sebuah destinasi pelancongan utama di Karnataka, India. Belur Menurut catatan-catatan purba yang ditemui di sini, Belur juga pernah dinamakan Velapuri.
Tarikan utama di Belur ialah kompleks kuil Chennakesava yang merangkumi Kuil Chennakesava (didedikasikan kepada Chennakeshava atau "Vishnu Tampan") sebagai binaan pusat yang dikelilingi oleh kuil Kappe Chennigraya yang dibina oleh Shantaladevi, permaisuri kepada raja Vishnuvardhana.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Belur terletak di titik 13°10′N 75°52′E / 13.17°N 75.87°E[1], dengan ketinggian purata of 962 meter (3156 kaki).
Demografi
[sunting | sunting sumber]Mengikut banci India 2001[2], Belur diduduki 20,225 orang, iaitu 51% lelaki dan 49% wanita. Seramai 77% penduduk Belur celik huruf (54% lelaki dan 46% wanita), iaitu melebihi purata kebangsaan pada 59.5%. 11% penduduknya berumur 6 tahun ke bawah.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Shravanabelagola
- Halebidu
- Somanathapura
- Daerah Hassan
- Seni bina Hoysala
- Doddagaddavalli
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Belur, Hassan |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Belur. |