Belibir bahu
Penampilan
Belibir bahu ialah sejenis tali paut di atas bahu. Ia kerap dipasang pada pakaian wanita bagi menyokong beratnya atau sebagai sebahagian gayanya. Istilah itu juga digunakan untuk menyangkut beg.
Belibir bahu tentera (polis, bomba, dll)
[sunting | sunting sumber]Banyak pakaian seragam tentera, jaket, tunik, atau kot labuh mempunyai belibir bahu. Pada asalnya direka untuk menahan tali beg galas atau pemegang tali kantung peluru atau penahan tali bayonet melorot dari bahu. Ia sering memaparkan lencana pangkat, lencana bahu, insignia rejimen atau epaulet.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Lencana bahu – Jenis gelung yang memegang papan bahu, slaid bahu, slaid pangkat, slip-on, sarung epaulet, atau epaulet pada pakaian seragam tentera.
- Epaulet