Begitukah Cinta
Begitukah Cinta | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Ditulis oleh | Sharifah Abu Salem |
Pengarah | Haris Khadir |
Dibintangi oleh | Ainul Aishah Nazim Othman Ramona Zam Zam Zulin Aziz Aida Khalida Ku Fridah Wan Nor Azlin |
Lagu pembukaan | Sungai Lui - Aizat Amdan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 24 Episod |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit | Rosyam Nor |
Tempoh siaran | 42 Minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Siaran asal | 14 Februari 2011 – 24 Mac 2011 |
Kronologi | |
Mengikuti | Tiramisu |
Diikuti oleh | Cinta Antara Kita |
Begitukah Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Haris Khadir, dibintangi oleh Nazim Othman, dan Ainul Aishah. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 14 Februari 2011 menggantikan Tiramisu.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Riana dan Nazril yang pada mulanya kawan biasa, akhirnya menjalinkan cinta. Namun, darjat menjadi benteng besar umpama pemisah untuk hidup bahagia. Nazril adalah anak keluarga berada dan ternama, sedangkan Riana pula dilahirkan yatim piatu, dan dibesarkan nenek sejak kematian ibu bapanya.
Belajar di kolej sama, Nazril menjadi buruan gadis sebaya, manakala Riana terpaksa memendam rasa kerana kedudukan mereka yang jauh berbeza. Namun, panggilan cinta merapatkan perasaan yang selama ini menjadi rahsia, akhirnya tidak mampu dibendung lagi. Nazril meluah rasa cinta, dan Riana menerima dengan perasaan yang berbelah bagi.
Akibat kesempitan hidup, Riana terpaksa berhenti belajar. Neneknya, Halimah, menyesali keputusan drastik Riana dan menganggap tindakan itu satu kesilapan besar. Selepas menerima ugutan daripada ibu Nazril yang mahu Riana menjauhi anaknya, bapa saudara Riana, Malik pula memaksa dia untuk berkahwin dengan seorang rakannya yang kaya. Riana enggan, tetapi dipaksa kerana Malik sudah `menjual’ Riana dengan harga RM100,000. Akibat ugutan perkosa oleh Malik, Riana melarikan diri dari rumah, tanpa diketahui Halimah dan Nazril.
Satu malam, kehormatan Riana hampir tergadai angkara seorang lelaki dan teman rapatnya, Roza. Apakah kemungkinan yang bakal terjadi? Hayati kuasa utuh cinta dan kasih sayang yang mampu mengubah nasib?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Nazim Othman sebagai Nazril
- Ainul Aishah sebagai Riana
- Ramona Zamzam sebagai Erin
- Zulin Aziz sebagai Roza
- Aida Khalida sebagai Hanim
- Ku Faridah sebagai Halimah
- Wan Nor Azlin sebagai Datin Maisara
- Khairil Anwar Aman sebagai Dato' Raiz
- Sahronizam Noor sebagai Malik
- Hasnah Hashim sebagai Mak Timah
- Azman Nor sebagai Latif
- Ghazal Abu Noh sebagai Pak Tahir
- Hafiz Halim sebagai Amran
- Mandy Chong sebagai Madam Anne