Beg plastik
Beg plastik, beg poli atau kantung ialah sejenis bekas yang diperbuat daripada filem plastik nipis, fleksibel, fabrik bukan tenunan atau tekstil plastik. Beg plastik digunakan untuk memuatkan dan mengangkut barangan seperti makanan, hasil bumi, serbuk, ais, majalah, bahan kimia dan bahan buangan. Ia merupakan bentuk pembungkusan yang biasa.
Kebanyakan beg plastik dilekatkan haba pada kelim, manakala sebahagiannya diikat dengan pelekat atau dijahit.
Banyak negara sedang memperkenalkan undang-undang untuk menghapuskan beg plastik ringan secara berperingkat, kerana plastik tidak pernah rosak sepenuhnya, menyebabkan pencemaran plastik dan kesan alam sekitar yang berkekalan. Setiap tahun, kira-kira 1 hingga 5 trilion beg plastik digunakan dan dibuang di seluruh dunia. Dari tempat jualan ke destinasi, beg plastik mempunyai jangka hayat selama 12 minit. Kira-kira 320 beg per kapita telah digunakan pada tahun 2014 di Amerika Syarikat.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Yam, K. L., "Encyclopedia of Packaging Technology", John Wiley & Sons, 2009, ISBN 978-0-470-08704-6
- Selke, S, "Packaging and the Environment", 1994, ISBN 1-56676-104-2
- Soroka, W, "Fundamentals of Packaging Technology", IoPP, 2002, ISBN 1-930268-25-4
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Beg plastik di Wikimedia Commons