Pergi ke kandungan

Batu Bersurat Padang Roco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Padang Roco Inscription
Arca Amoghapasa terukir di bagian depan batu bersurat.
BahanBatu Andesit
Dicipta1208 Saka atau 1286 MA
DitemuiPadangroco, nagari Siguntur, kecamatan Sitiung, Dharmasraya Regency, West Sumatra, Indonesia (1911)
Lokasi terkiniMuseum Nasional Indonesia, Jakarta
PendaftaranD.198-6468

'Batu Bersurat Padang Roco atau Prasasti Padang Roco adalah sebuah batu bersurat dengan tarikh 1286 M, yang ditemukan di penghampiran sumber sungai Batanghari, kompleks candi Padang Roco, Nagari Siguntur, negeri Dharmasraya, Sumatera Barat, Indonesia.

Batu bersurat tersebut dinamakan sempena lokasi di mana ia ditemui; Padang Roco, iaitu bahasa tempatan bahasa Minangkabau, diterjemahkan kepada "medan patung". Padang bermaksud "lapangan", manakala roco disamakan dengan arca atau murti, imej dewa Hindu-Buddha.

Penghuraian

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1911 batu bersuratnya ditemu di sekitar sumber sungai Batanghari.[1] Di hampiran di kawasan tersebut juga ditemukan sebuah alas arca Amoghapāśa yang pada empat sisi berbentuk segi empatnya terdapat Batu Bersurat Amoghapasa bertarikh dari tempoh kemudian pada 1347 MA (NBG 1911: 129, 20e). Suratnya dipahatkan 4 baris tulisan dengan aksara Jawa Tua, dan memakai dua bahasa iaitu bahasa Melayu Tua dan bahasa Sanskrit (Krom 1912, 1916; Moens 1924; dan Pitono 1966). Kini batu bersurat tersebut disimpan di Museum Nasional Indonesia, Jakarta, dengan nombor kod inventori D.198-6468 (bahagian dasar atau prasasti) dan D.198-6469 (bahagian patung).

Kandungan

[sunting | sunting sumber]

Kandungan dari manuskrip itu diterjemahkan[2]:

  1. Bahagia ! Pada tahun Śaka 1208[3], bulan Bādrawāda, hari pertama bulan naik, hari Māwulu wāge, hari Kamis, Wuku Madaņkungan, letak raja bintang di baratdaya ...
  2. .... tatkalai itulah arca paduka Amoghapāśa lokeśwara dengan empat belas pengikut serta tujuh ratna permata dibawa dari bhūmi jāwa ke swarnnabhūmi, supaya ditegakkan di dharmmāśraya,
  3. sebagai hadiah śrī wiśwarūpa kumāra. Untuk tujuan tersebut pāduka śrī mahārājādhirāja kŗtanagara wikrama dharmmottunggadewa memerintahkan rakryān mahā-mantri dyah adwayabrahma, rakryān śirīkan dyah sugatabrahma dan
  4. samagat payānan hań dīpankaradāsa, rakryān damun pu wīra untuk menghantarkan pāduka Amoghapāśa. Semoga hadiah itu membuat gembira segenap rakyat di bhūmi mālayu, termasuk brāhmaņa, ksatrya, waiśa, sūdra dan terutama pusat segenap para āryya, śrī mahārāja śrīmat tribhuwanarāja mauliwarmmadewa.

Tambahan Adityawarman

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1347, Adityawarman memindahkan arca tersebut lebih jauh ke atas tapak Rambahan berhampiran Sungai Langsat, sumber sungai Batanghari. Baginda juga menambahkan persuratan bertulisan di bahagian belakang arcanya, persuratan ini dirujuk sebagai Batu Bersurat Amoghapasa bertarikh 1347 CE. Sedangkan pangkal segi empat disebut prasasti Padang Roco tetap berada di kawasan Padang Roco.

  1. ^ Hendrik Kern, 'De Wij-inscriptie op het Amoghapâça-beeld van Padang-tjandi (Midden-Sumatra) 1269 Caka', Tijdschrift voor Indische taal-, land- en volkenkunde, Uitgegeven door het Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetenschappen (TBG), 49, 1907, pp.159-171; also Hendrik Kern, 'De Wij-inscriptie op het Amoghapaca-beeld van Padang Candi (Midden-Sumatra) 1269 Caka', Verspreide Geschriften, The Hague, Martinus Nijhoff, Vol. VII, 1917, pp.165-75.
  2. ^ Muljana, Slamet, 1981, Kuntala, Sriwijaya Dan Suwarnabhumi, Jakarta: Yayasan Idayu, hlm. 223.
  3. ^ bererti 1286 Masihi