Batu Berendam
Koordinat: 2°15′N 102°15′E / 2.250°N 102.250°E
Batu Berendam terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka, Malaysia.
Di sini terletaknya sebuah lapangan terbang bagi negeri Melaka iaitu Lapangan Terbang Batu Berendam. Lapangan terbang ini sedang dalam proses pembesaran. Dijangka siap pada tahun 2009. Apabila siap kelak Boeing 737 dan 'airbus' boleh mendarat di sana. Terdapat bekas laluan kereta api yang telah dibongkar oleh tentera Jepun pada tahun 1942.Bekas landasan kereta api ini akan dibuka semula dalam Rancangan Malaysia ke-10 melalui projek landasan kereta api berkembar Pulau Sebang/Tampin ke Bandaraya Melaka. Walau bagaimanapun pihak KTMB dan kerajaan Negeri Melaka belum menetapkan (sekiranya projek ini diluluskan Kementerian Pengangkutan) sama ada landasan kereta api akan berakhir di Batu Berendam berdekatan dengan Terminal Lapangan Terbang Batu Berendam yang sedang dinaiktaraf atau dipanjangkan lagi sehingga ke Melaka Sentral. Pemanjangan hingga ke Melaka Sentral mengakibatkan pengambilan tanah taman perumahan dan perkampungan. Pada dasarnya projek ini sedang diteliti serius oleh pihak KTMB dan Kementerian Pengangkutan. Jika diluluskan akan dimasukan dam Rancangan Malaysia ke-10.