Baset grifon besar Vendée
Nama ringkas | GBGV | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Perancis | ||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Baset grifon besar Vendée[a] ialah satu baka anjing dari Perancis.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Baset grifon besar Vendée diterbitkan daripada grifon besar. Pilihan-pilihan pertama dibuat pada penghujung abad ke-19 oleh Comte d'Elva yang mencari subjek-subjek dengan "tungkai lurus". Walau bagaimanapun, Paul Dézamy menjadi orang yang terutamanya bertanggungjawab atas penetapan jenis. Beliau memahami bahawa untuk menangkap kelinci, anjing dengan saiz tertentu diperlukan. Beliau menetapkan saiz pada sekitar 43 cm (17 in). Anjing ini, yang kini digunakan terutamanya apabila berburu dengan senjata, mampu memburu semua buruan mamalia, daripada arnab hingga babi hutan. Sepasukan baset besar memenangi edisi kelima Piala Eropah untuk kelinci.[1][2] Baka ini merupakan salah satu antara baka jenis baset yang diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI).[3]
Perihal
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Baset grifon besar Vendée ialah baka anjing pemburu bertungkai pendek dan berbelakang panjang daripada jenis hound yang berasal dari wilayah Vendée di Perancis. Ia masih digunakan kini untuk memburu babi hutan, rusa, dan untuk menjejak arnab dan kelinci tetapi lebih kerap dipelihara sebagai haiwan peliharaan rumah.
Perangai
[sunting | sunting sumber]Ia merupakan anjing kawanan. Maka, para pemilik sama ada patut meluangkan banyak masa bersamanya atau menyediakan anjing kedua atau kucing untuknya. Ia mempunyai keperibadian gembira dan yakin, yang kadang-kadang boleh terlihat seperti keingkaran. Dengan pelatihan kepatuhan dan kesabaran, ia dapat menjadi sahabat baik.
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Kelanjutan usia
[sunting | sunting sumber]Purata kelanjutan usia bagi 76 ekor baset grifon Vendée (kedua-dua kecil dan besar) yang telah mati dalam tinjauan UK Kennel Club 2004 ialah 12.1 tahun (maksimum 17.3 tahun).[4] Punca kematian paling utama merupakan kanser (33%), usia lanjut (24%), dan masalah jantung (7%).
Berbanding dengan kelanjutan usia baka-baka lain dengan saiz serupa, baset grifon Vendée mempunyai jangka hayat tipikal atau lebih tinggi sedikit berbanding dengan purata.[5]
Dalam kalangan 289 ekor baset grifon Vendée hidup (kedua-dua kecil dan besar) dalam tinjauan UKC 2004, isu kesihatan paling umum yang diperhatikan oleh para pemilik merupakan masalah pembiakan, masalah dermatologi (dermatitis dan tungau), dan masalah telinga (otitis luaran, lelilin telinga berlebihan, dan tungau telinga).[4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Senarai baka anjing
- Anjing pemburu baset
- Baset biru Gascogne
- Baset perang Bretagne
- Baset Artois Normandie
- Baset grifon kecil Vendée
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Standard FCI N°33 GRAND BASSET GRIFFON VENDEEN" [Piawaian FCI No. 33 Baset Grifon Besar Vendée] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 14 Februari 2001. Dicapai pada 20 Disember 2023.
- ^ "FCI-Standard N° 33 GRAND BASSET GRIFFON VENDEEN" [Piawaian FCI No. 33 Baset Grifon Besar Vendée] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Miller, John; Triquet, Raymond. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 14 Februari 2001. Dicapai pada 20 Disember 2023.
- ^ Fogle, Bruce (1 Mac 2002). Dogalog (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 48. ISBN 9780789483942. OCLC 49559015.
- ^ a b "Purebred Dog Health Survey" [Tinjauan Kesihatan Anjing Baka Tulen] (dalam bahasa Inggeris). Jawatankuasa Sains The Kennel Club/British Small Animal Veterinary Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2013. Dicapai pada 20 Disember 2023.
- ^ "Weight and longevity page" [Halaman berat dan kelanjutan usia]. K. M. Cassidy (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Disember 2023.