Bartje van Houten
Bartje van Houten | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Barce |
Kelahiran | 21 Februari 1950 Ambon, Maluku, Indonesia |
Meninggal dunia | 5 Mei 2017 (umur 67) Bogor, Indonesia |
Genre | |
Pekerjaan | Pemuzik |
Instrumen | |
Tahun aktif | 1969–2017 |
Pengkarya berkait |
Bartje van Houten (21 Februari 1950 - 5 Mei 2017), juga dikenali sebagai Barce merupakan seorang ahli muzik Indonesia, terkenal sebagai pemain gitar utama selaku ketua utama dan pengasas kumpulan D'Lloyd yang mencipta fenomena di Indonesia dan Malaysia pada 1970an dan 1980an.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Bartje dilahirkan pada 21 Februari 1950 di Ambon, Maluku, Indonesia.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]D’Lloyd (1969–2017)
[sunting | sunting sumber]Bartje bersama-sama vokalis Syamsuar Hasyim menubuhkan D'Lloyd pada awal tahun 1969. Bartje sebagai ketua kumpulan dan gitaris, Syamsuar (Sam) sebagai vokalis utama sejak penubuhan kumpulan ini. Kumpulan ini dinamakan dari nama syarikat perkapalan Djakarta Lloyd. Ahli asal kumpulan ini terdiri daripada Bartje (gitar utama), Andre Gultom (saxophone, flute, vokal), Yustian (gitar irama), Sam (vokal utama), Chairoel Daud (dram), Budiman Pulungan (keyboard), dan Sangkan “Papang” Panggabean (bass).
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Bartje meninggal dunia pada 5 Mei 2017 di Bogor, Indonesia pada usia 67 tahun.[1][2]