Pergi ke kandungan

Barah payudara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Barah payudara
Sumber-sumber pengelasan & sumber-sumber luar
ICD-10 C50
ICD-9 174-175
OMIM 114480
DiseasesDB 1598
MedlinePlus 000913
ePerubatan med/2808 

Penyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut petikan daripada utusan harian pada ( 20 Oktober 1998 )[1]. Ada diantara puncanya adalah disebabkan pesakit lebih suka mendapatkan rawatan tradisi dan hanya bersetuju mendapatkan rawatan klinikal apabila sudah parah. Ini berbeza dengan negara maju di mana statistik di negara maju menunjukkan 80 hingga 85 peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan biasa setelah menjalani rawatan awal, berbanding hanya 58 peratus di Malaysia.[1]

Sejarah Kanser Payudara

[sunting | sunting sumber]

Barah payudara merupakan kanser yang paling tua di dunia yang diketahui oleh manusia sebagai kanser ketumbuhan dalam manusia. Penghuraian tentang kanser telah pun diketahui oleh orang Mesir purba sejak berkurun lamanya (walaupun istilah kanser/barah tidak digunakan ketika itu) iaitu lebih kurang 1600 S.M.

Papyrus Edwin Smith telah menghuraikan 8 kes ketumbuhan atau ulser pada payudara yang dirawat dengan kaedah pengkauteran, dengan menggunakan "fire drill" (gerudi dan bakar tisu kanser yang bertujuan untuk membunuh sel-sel kanser), konsep ini juga masih digunakan sekarang walaupun tanpa pembakaran. Daripada maklumat yang terdapat pada Papyrus Edwin Smith, penyakit ini, tidak mempunyai cara untuk dirawat dan terdapat satu kes lelaki telah menghidapi penyakit ini. Selama berabad-abad, para doktor tidak mampu merawat penyakit ini.

Tetapi, tidak lama kemudian, apabila pemahaman tentang sistem peredaran darah pada kurun ke-17, doktor telah berjaya memahami tentang hubungan antara kanser payudara dan nodus limfa di ketiak. Pakar bedah berbangsa Perancis Jean Louis Petit (1674-1750) dan kemudian pakar bedah berbangsa Scottish Benjamin Bell (1749-1806) merupakan pakar bedah yang terawal yang berjaya membuang nodus limfa, (kanser) tisu payudara, dan otot dasar dada.

Kejayaan mereka telah diteruskan oleh William Stewart Halsted yang memulakan mastektomi (merupakan prosedur pembedahan) di 1882. Beliau dikenali kerana Halsted mastektomi yang radikal, satu prosedur pembedahan yang kekal popular sehingga 1970-an.

Jenis-jenis Kanser Payudara

[sunting | sunting sumber]

Epidemiologi

[sunting | sunting sumber]

Risiko mendapat penyakit barah meningkat dengan usia. Bagi wanita yang hidup sehingga usia 90 tahun kemungkinan mendapat barah payudara sepanjang usiannya sekitar 12.5% atau 1 dari 8 orang. Lelaki turut diserang barah payudara, walaupun risiko mereka adalah kurang daripada 1 dari 1000 (lihat seks dan penyakit). Risiko ini berganng kepada faktor yang berlainan. Dalam sesetengah keluarga, terdapat risiko keturunan barah payudara. Sesetengah kaum lebih berisiko tinggi mendapat penyakit barah payudara - terutamanya, wanita keturunan Eropah dan Afrika lebih cenderung berbanding wanita Asia. (ankga dari breastcancer.org)

Faktor risiko lain yang telah dikenal pasti termasuk tidak mempunyai anak, anak pertama lambat, tidak menyusukan anak, haid pertama awal, menopause lewat dan pengambilan rawatan penggantian hormon (hormone replacement therapy).

Kebangkalian barah payudara meningkat dengan peningkatan usia tetapi barah payudara cenderung lebih aggresif apabila ia berlaku kepada wanita muda. Sejenis barah payudara yang amat agresif dan kerap berlaku dikalangan wanita usia muda adalah barah payudara keradangan - (inflammation). Ia pada awanya berlaku pada Tahap III atau IV (Stage IIIb or Stage IV). Ia juga unik disebabakan ia tidak membentuk ketulan, dengan itu tidak dikesan melalui mammografi atau ultrasonografi perubatan. Ia hadir dengan tanda dan simptom jangkitan payudara seperti (mastitis).

Dua gen, BRCA1 dan BRCA2, telah dikaitkan kepada bentuk biasa barah payudara. Wanita dalam keluarga yang memiliki mutasi dalam gen ini mempunyai risiko lebih tinggi mendapat barah payudara berbanding wanita lain. Berserta dengan sindrom Li-Fraumeni (mutasi p53), kelainan gen ini membentuk sekitar 5% daripada ksemua kes barah payudara, mencadangkan bahawa bakinya adalah tidak menentu (sporadic). Kounseling genetik (Genetic counseling) dan ujian genetik patut dipertimbangkan bagi keluarga yang mungkin mempunyai bentuk barah warisan..

Alkohol merupakan faktor risiko barah payudara yang lain. Wanita yang minum separuh gelas wain setiap hari meningkatkan risiko barah payudara sehingga 6% sementara wanita yang minum dua atau lebih setiap hari meningkatkan risiko mendapat barah payudara sehingga 37% 1

International Agency for Research on Cancer (IARC) di Lyon, Perancis pada Jun 2005, menjemput 21 orang pakar sains daripada 8 negara untuk menilai risiko barah bagi mereka yang mendapat rawatan menopausal gabungan estrogen-progestogen dan gabungan pencegah kehamilan estrogen-progestogen. Kumpulan Kerja (Working Group) mendapati terdapat sedikit peningkatan perbandingan risiko pada pengguna semasa dan pengguna baru pencegah kehamilan gabungan. Risiko ini berkurangan bagi mereka yang tidak pernah atau berhenti melebihi 0 tahun. Pakar sains menggambarkan pencegah kehamilan gabungan estrogen-progestogen oral sebagai “karsinogenik kepada manusia”. Mereka juga mendapati peningkatan risiko barah payudara yang sedang mendapatkan rawatan terapi menopausal gabungan., yang terhad kebanyakannya kepada pengguna semasa atau pengguna baru, meningkat dengan tempoh penggunaan dan melebihi berbanding wanita dengan terapi estrogen-sahaja.. Kumpulan Kerja (The Working Group) mendapati bahawa terapi menopausal estrogen-progestogen gabungan sebagai “karsinogenik kepada manusia”. [2] Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine

Stage grouping:

  • Stage 0: Tis
  • Stage I: T1,N0,M0
  • Stage IIA: T0-1,N1,M0 or T2,N0,M0
  • Stage IIB: T2,N1,M0 or T3,N0,M0
  • Stage IIIA: T3,N1,M0 or T0-3,N2,M0
  • Stage IIIB: T4,any N,M0
  • Stage IIIC: any T,N3,M0
  • Stage IV: any T,any N,M1

Tahap barah bergantung kepada faktor yang merangkum saiz tumour, samaada terdapat pembabitan nod lymph atau tidak dan samaada terdapat penyebaran sel barah jarak jauh. Tahap merupakan gabungan TNM. Tahap I adalah tumor kecil (T1) tanpa penyebaran, sementara tahap IV adalah penyakit metastatic. Tahap berkait dengan prognosis jangka panjang, dan keputusan rawatan seringkali bergantung kepada asas tahap barah.

Rawatan utama barah payudara merupakan pembedahan, dengan kemungkinan diikuti oleh kimoterapi dan/atau radioterapi.

Bergantung kepada tahap dan jenis tumour, hanya lumpektomi (hanya pembuangan ketulan) sahaja diperlukan atau pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan. Pembedahan membuang keseluruhan payudara dikenali sebagai mastektomi.

Langkah biasa memerlukan pakar bedah memastikan bahawa tisu yang dibuang dalam operasi mempunyai lebih bebas dari barah, menunjukkan barah telah dibuang sepenuhnya. Jika tisu yang dibuang tidak sepenuhnya, pembedahan lanjut bagi membuang lebih banyak tisu diperlukan. Kadang-kala ini memerlukan penyingkiran sebahagian daripada otot utama pektoralis (pectoralis major muscle) yang merupakan otot utama dinding dada anterior (anterior chest wall).

Semasa pembedahan, nodus limfa pada axilla juga dipertimbangkan untuk dibuang. Pada masa lalu, operasi axillary besar membuang 10-40 nodus limfa untuk memastikan samaada (mengelak daripada) barah merebak - malangnya ini memberikan kesan sampingan iaitu menyebabkan lymphedema pada tangan sebelah yang sama pada pemindahan ini kerana banyak nodus limfa bersambungan dengan saliran sistem limfa telah dibuang. Lebih baru-baru ini teknik pengawal diseksi nodus limfa telah menjadi popular kerana rawatan ini hanya memerlukan pemindahan nodus limfa yang jauh lebih sedikit, (risiko) kesan sampingan lebih sedikit yang bakal dihadapi.

Penyaringan

[sunting | sunting sumber]

Akibat kejadian barah payudara yang tinggi dikalangan wanita berusia, penyaringan kini dicadangkan dikebanyakan negara. Kaedah penyaringan yang dicadangkan termasuk pemeriksaan payudara diri (breast self-examination) dan mammografi. Hanya mammografi terbukti mengurangkan kematian akibat barah payudara. Pada sesetengah negara mammografi (tahunan) bagi wanita berusia digalakkan sebagai kaedah penyaringan bagi diagnos awal barah payudara. Ini bagi memastikan ia dikesan seawal mungkin dan dirawat pada peringkat awal.

Pada tahap ini mammografi masih merupakan pilihan terbaik bagi penyaringan awal barah payudara. Ia merupakan piwaian emas bagi kaedah pengimejan lain seperti ultrasound, pengimbas MRI dan pengimbas CT yang kurang berkesan disebabkan resolusi ruang(spatial) yang lebih rendah. Pengimbas CT secara sendirian hampir tidak berguna bagi penyaringan barah kerana pengimbas MRI memberikan resolusi dan kualiti lebih baik, tetapi dengan kos yang lebih tinggi.

Institute Barah Kebangsaan ([National Cancer Institute U.S. mencadangkan penyaringan mammografi dengan garis asas mammogram pada usia 35, mammogram setiap dua tahun bermula pada usia 40, dan kemudiannya mammogram tahunan pada usia 50. Wanita dengan sejarah keluarga mempunyai barah payudara perlu memulakan penyaringan mammografi pada usia lebih awal, dan ia biasanya dicadangkan memulakan penyaringan pada usia 10 tahun lebih awal berbanding keluarga yang dikesan dengan barah payudara.

Barah payudara dikesan melalui mammografi biasanya lebih kecil berbanding yang dikesan secara klinikal, dan wanita yang menjalani mammografi lebih berkemungkinan layak bagi terapi mengekalkan payudara. Kebanyakan wanita di Malaysia lewat mendapatkan rawatan yang menyebabkan kematian kerana terlalu percayakan bomoh.[2]

Diagnosis

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan barah payudara masa kini dikesan melalui mammografi sebelum ia cukup besar untuk berkembang (palpated), tetapi walaupun dengan usaha penyaringan, ramai wanita didiognosa mempunyai barah payudara selepas mereka mengesan ketulan ataupun mengalami simptom akibat penyakit metastatik.

Barah payudara boleh disyaki selepas sejarah klinikal teliti, pemeriksaan fizikal, dan pengimejan (samaada mammografi atau ultrasound). Diagnosis hanya boleh dipastikan apabila ketulan disyaki di biopsi untuk pemasian histologikal samaada ia malignant atau tidak. Biopsi biasanya dilakukan samaada dengan jarum halus dipandu oleh ultrasound atau dengan jarum "teras" yang lebih besar. Sesetengah kes memerlukan biopsi terbuka selepas pembiusan setempat selepas wayar menggunakan x-ray.

Lapuran patologi biasanya mengandungi gambaran jenis sel dan gred. Maklumat berguna lain disimpulkan dari laporan makmal patologi termasuk status penerima (receptor ) estrogen dan penerima (receptor) progesteron dan status HER2Neu; kesemua ini membantu memastikan jenis rawatan. Jenis sel barah menyerang (invasive) paling biasa adalah infiltrating ductal carcinoma. Jenis lain termasuk ductal carcinoma in situ (DCIS), lobular carcinoma in situ (LCIS), infiltrating lobular carcinoma, medullary carcinoma.

Selepas diagnosa, fasa berikutnya adalah pemastian tumour - ia bertujuan bagi menimbang tahap tumour dan samaada ia belum atau telah metastasis (merebak ketempat lain).

Untuk kes disyaki, berisiko tinggi, kaedah penyiasatan lain termasuk imbasan CT (CT scans), pengimej perubatan nuklear, X-ray dada dan ujian darahdilakukan bagi memastikan sekiranya berlakunya metastasis atau barah kedua (secondary) yang merebak jauh dariada tempat tumor utama.

Cara piawaian mengkelaskan tumour adalah dengan memastikan tahapnya dengan menggunakan sistem TNM (Tumour, Node dan Metastasis), yang kemudiannya menentukan cadangan rawatan. Sistem TNM adalah khusus bagi setiap jenis barah. Sesetengah ciri biological barah seperti penerima estrogen dan HER2-neu gambaran oncogene juga ditentukan kerana ia turut mempengaruhi cadangan rawatan.

Pengkelasan TNM bagi barah payudara:

  • Saiz tumor:
    • T0 tiada barah utama dijumpai
    • Tis in situ
    • T1 =< 2 cm
      • T1mic ≤ 0.1 cm (mikroinvasive)
      • T1a > 0.1 hingga 0.5 cm
      • T1b > 0.5 hingga 1 cm
      • T1c > 1 hingga 2 cm
    • T2 > 2 hingga 5 cm
    • T3 > 5 cm
    • T4 Dinding dada/kulit
      • T4a Dinding dada
      • T4b Oedema kulit (peau d'orange), ulceration, atau module kulit satelit (satellite skin modules)
      • T4c Kedua-dua 4a dan 4b
      • T4d Keradangan carcinoma
  • Nodus limfa:
    • N0 Tiada Nodus limfa
    • N1 Axillari boleh gerak
    • N2a Axillari kekal
    • N2b seperti klinikal mammari dalaman
    • N3a Infraklavikular
    • N3b seperti klinikal mammari dalaman dengan penglibatan nod lymph
    • N3c Supraklavikular nod lymph
  • metastasis jauh:
    • M0 Tidak
    • M1 Ya

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Kaedah Rawatan Payudara.
  2. ^ "Pesakit barah payudara lebih percayakan bomoh, Oleh Ismail Mat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-01. Dicapai pada 2010-06-30.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]