Pergi ke kandungan

Balkisyh Semundur Khan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Balkisyh Khan
Kelahiran
Balkisyh binti Semundur Khan

(1987-07-13) 13 Julai 1987 (umur 37)
Nama lainBalkis, Balqis, Kiss
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2001–kini
Terkenal keranaZaidatul dalam drama Mak Cun
PasanganMohd Aizad Rosli (k. 2007)
Anak-anak2

Balkisyh Semundur Khan (lahir 13 Julai 1987) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan sejak 2001 dan telah membintangi beberapa telefilem dan drama.[1] Balkisyh juga merupakan pemenang tempat ketiga pencarian Gadis Metro pada 2004.[2]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Balkisyh dilahirkan dan dibesarkan di Lahad Datu, Sabah. Beliau merupakan anak perempuan tunggal daripada empat beradik kepada pasangan Semundur Khan Ghulam dan Harijah Tiang. Ibu bapa beliau bercerai atas faktor usia, sejak itu Balkisyh jarang berhubung dengan bapanya.[3]

Balkisyh berkahwin dengan Mohd Aizad Rosli, adik kepada pengarah dan penerbit Jurey Latiff Rosli pada 2007, dan dikurniakan dua cahaya mata.[4] Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2017. Pada Julai 2018, satu rakaman video menunjukkan Balkisyh dan bekas suami bergaduh menjadi tular di media sosial, berikutan pertengkaran berlaku antara mereka, malah insiden itu turut disaksikan oleh anak-anak mereka.[5] Balkisyh kemudiannya meluahkan rasa kecewanya di laman Twitternya bahawa video itu sengaja dirakam bagi menjatuhkan dirinya.[5]

Balkisyh bersama dua anaknya disahkan negatif COVID-19 selepas 14 hari dikuarantin di Hotel Amansari, Nusajaya, Johor. Beliau dilaporkan terpisah dengan dua anaknya selama 48 jam di Singapura.[6]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Tak Ori Tapi Ok
2007 Diva Eja
2018 Dukun Wanita Batak

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Bunga Rampai Musim Tengkujuh Mardhiah TV1
Di Mana Isteriku Seri TV3
2012 Landasan Cinta
2014 Spain Uolls Saidatul/Atul
Bidadari Walid TV9
2015 Sut Putih
2016 Batu Nisan Ibu TV3
Auta
Pujaan Malaya TV9
Mak Cun Pi New York Saidatul/Atul TV3
2017 Aku Tak Sesat TV1
Mak Cun Pi Lombok Saidatul/Atul TV3
2018 Mak Cun Pi Amerika Lagi
2021 Misteri Mona : Kuserumu Kembali Raihana
2022 Bukan Serapuh Mimpi Shimah TV1
2023 Durjana Pujaan
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005 Gila-Gila Pengantin NTV7
2008 Nek Nak Anak Hassan Astro Ria
Klon Teja
Laila Majnun Sally TV3
2009–2010 Suraya Tengku Amanina
2010 Gelora Di Hati Sara TV2
2011 Songkok TV1
Kem Pink Cikgu Aziah TV3
2012 Pulau TV9
Lara Hati Azrina
2013 Cinta Jannah Amina TV3
Bangkitnya Seorang Perempuan Azah
Menjinak Ombak Khadeeja
2014 Besan Tiga Segi Zarina
Rindu Awak 200% Penampilan khas
Melarik Awan Maria
Tanah Kubur (Musim 9) Sarah Astro Oasis Episod: "Mushahaqah"
Baby Ana Milik Siapa? Ziela TV3
2015–2018 Mak Cun Saidatul/Atul
2015 Ajaibnya Cinta Saidatul
Waris Kasih
Bidadari
Akulah Balqis
Kifarah Mistik Episod: "Mandi Bunga"
Cinta Berkalung Duri 2 TV2
2016 Uda & Dara Rokiah Astro Prima
Gerak Khas (Musim 16) Kakak Aireen TV2 Episod: "Tomboy"
2017 Coklat TV1
2018 Cinta Koko Coklat ntv7
Cintaku di Bumi Izmir Unifi TV
2019 Adam Chempaka Che Shima TV3
2020 Bukan Gadis Biasa Idora
Bicara Cinta Nomi
Tanya Sama Pokok Edah Astro Warna
2021 Gerak Khas (Musim 20) Citra TV3 Episod: "Gadis Lari"
Rindu Awak Separuh Nyawa Jah Kelip Astro Ria
Sabarlah Duhai Hati Mak Teh Zana TV3
Cukup Derita Itu Lijah
Kampung Kolestrol Aina TV9
Lockdown Sue Astro Ria
Malaysian Ghost Stories Maria Episod: “Hantu Air”
Kak Nab Episod: “Hantu Public Phone”
Mr. Bibik Siti TV3
Keluarga Untuk Disewa TV9
Dukun Diva Aisyah Astro Citra
2023 4 Musim Cinta Azizah TV Okey
Perempuan Itu Musalmah Tonton Penampilan khas
Darah Merdeka Salmah TV1
Surat Dari Tuhan Cik Leha TV3
Tahun Tajuk Watak
2015 Teater Muzikal Mak Cun Saidatul/Atul

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2007 Festival Filem Malaysia ke-20 Pelakon Harapan Wanita Diva Tercalon
  1. ^ Zaidi Mohamad (16 November 2015). "Mak Cun kembali naikkan populariti Balkisyh". Berita Harian. Dicapai pada 9 September 2016.
  2. ^ "Kriss tak gentar". Harian Metro. 9 Jun 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-06-08. Dicapai pada 26 Mei 2004.
  3. ^ Suraya Roslan (10 September 2020). "Balkisyh Mak Cun cari bapa jadi wali". Harian Metro. Dicapai pada 10 September 2020.
  4. ^ Zaidi Mohamad (7 Mac 2018). "'Saya dan suami bahagia' - Balkisyh". Berita Harian. Dicapai pada 9 September 2016.
  5. ^ a b Zaidi Mohamad (7 Mac 2018). "Video bergaduh dengan bekas suami, Balkisyh buat penjelasan". Sinar Harian. Dicapai pada 9 September 2018.
  6. ^ Ahmad Rabiul Zulkifli (20 Mei 2020). "Balkisyh, dua anak syukur bebas COVID-19". Berita Harian. Dicapai pada 29 Mei 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]