Pergi ke kandungan

Bahasa Gondi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Gondi
KawasanIndia
Penutur bahasa
2 juta
Dravidian
  • Bahasa Gondi
Kod bahasa
ISO 639-2gon
ISO 639-3Pelbagai:
gon – Gondi (generik)
ggo – Gondi Selatan
gno – Gondi Utara

Bahasa Gondi yang dituturkan oleh kaum Gondi merupakan salah satu bahasa Dravidia Tengah yang terpenting yang dituturkan oleh sekitar dua juta orang — terutamanya di negeri Madhya Pradesh, Andhra Pradesh, Maharastra, Chhattishgarh, dan sebilangan negeri di India utara. Walaupun ia merupakan bahasa kaum Gondi, hanya separuh daripada mereka masih menuturkannya.

Bahasa Gondi tidak mempunyai sebarang kesusasteraan tertulis, tetapi adalah kaya dengan kesusasteraan rakyat, umpamanya lagu-lagu perkahwinan serta kisah. Ia mempunyai sistem dua jantina, dengan kata-kata nama yang terdiri daripada kata nama maskulin atau bukan maskulin. Bahasa Gondi menyimpang daripada bahasa Proto-Dravidia induk dengan mengembangkan konsonan hentian permulaan bersuara (g, j, ḍ, d, b) serta hentian berhembusan (kh, gh, jh, dh, ph)

Kebanyakan loghat Gondi masih tidak dicatat dan dihuraikan dengan sempurna. Loghat-loghat yang lebih penting termasuk loghat Dorla, Koya, Maria, Muria, dan Raj Gond. Sesetengah ciri fonologi asas membezakan loghat-loghat barat laut daripada loghat-loghat tenggara. Salah satu pengolahan s permulaan yang asli dikekalkan dalam loghat-loghat Gondi utara dan barat, tetapi di selatan dan timur, ia ditukar menjadi h; manakala dalam sebilangan loghat yang lain, ia telah hilang sama sekali. Kelainan-kelainan loghat yang lain dalam bahasa Gondi termasuk perubahan r  permulaan dengan l  permulaan, dan pertukaran e  dan o  menjadi a.