Azira Shafinaz
Azira Shafinaz | |
---|---|
Kelahiran | Azira Shafinaz binti Ramlan 26 September 1991 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2012–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Hip hop, R&B |
Instrumen | Vokal |
Pengkarya berkait | De Fam |
Azira Shafinaz Ramlan (lahir 26 September 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Beliau dikenali sebagai salah seorang penyanyi utama kumpulan pop wanita Malaysia, De Fam.[3] Sebagai pelakon, beliau terkenal dengan drama TV lakonannya termasuk Married Tapi Benci, Mr. Donat Karamel dan Seribu Rindu.[4]
Kehidupan awal
Azira Shafinaz dilahirkan pada 26 September 1991 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Azira memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[5][6]
Kerjaya
De Fam (2015–kini)
Azira Shafinaz merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam bersama dua rakannya, Nurshazwani Shamsuddin (Cik Manggis) dan Sophiatul Liana Mohd Sobri (Sophia Liana).[7][8] Single sulung kumpulan ini, "#Supergirls" mendapat tontonan melebihi 1 juta di YouTube dalam masa tiga minggu sahaja sekaligus memperkenalkan Azira dan De Fam kepada perhatian umum dan media.[9][10]
Lakonan
Lakonan pertama Azira hadir pada 2012 apabila beliau melakonkan peranan kecil sebagai Ayra dalam drama Dan Bila Esok di TV3. 3 tahun kemudian, beliau memegang watak utama sebagai Mira dalam siri drama waktu perdana TV3, Mimpi Mira. Profil beliau dalam bidang lakonan dikenali umum apabila beliau bergandingan bersama Syafiq Kyle menerusi drama Married Tapi Benci di Slot Lestary TV3, di mana beliau memegang watak sebagai Rina, seorang pelajar baharu di kolej mempunyai raut wajah yang jelita dan mempunyai perasaan benci dengan lelaki.[11]
Kerjaya filem beliau bermula dengan memegang watak sebagai Anna dalam filem Penunggang Agama arahan Syafiq Yusof. Untuk filem ini, beliau menggunakan khidmat seorang ustaz untuk menekuni al-Quran dengan baik.[12]
Diskografi
- "#Supergirls" (2015) - bersama De Fam
- "With You" (2015) - bersama De Fam & Brandon Deal
- "Bila Ada Kamu" (2017) - bersama De Fam
- "Bukan Cinta Malaikat" (2017) - duet bersama Ryfell
- "Panas" (2019) - bersama De Fam
- "Berubah" (2022) - bersama De Fam
- "Mula" (2022) - bersama De Fam
- "Alamak Raya Lagi!" (2024) - bersama De Fam
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2021 | Penunggang Agama | Anna | Filem pertama |
Penunggang Agama 2 | |||
2022 | Bunga dan Kayu | Bunga | |
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa | Hana | ||
Talbis Iblis | Hajar | ||
2024 | Sheriff: Narko Integriti | ASP Shazlin | |
Indera | Nisa |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Dan Bila Esok | Ayra | TV3 | Drama pertama |
2015 | Mimpi Mira | Mira | FEEFO.TV | Nanowhite: Web Series |
Stella | Tasha | TV9 | Slot Aurora (bergandingan dengan Redza Rosli) | |
2016 | Married Tapi Benci | Rina | TV3 | Slot Lestary (bergandingan dengan Syafiq Kyle) |
Mr. Donat Karamel | Anggun Qairah | Slot Lestary (bergandingan dengan Hafidz Roshdi) | ||
2018 | Vila Ghazara | Ariana | Slot Akasia (bergandingan dengan Shukri Yahaya) | |
Doa Ku Mohon | Puan Karmila | Slot Iris | ||
Seribu Rindu | Maisara | Slot Akasia (bergandingan dengan Zul Ariffin) | ||
2019 | Serikan Hatimu | Hani | Garnier: Mini Series (bergandingan dengan Syafiq Kyle) | |
Pia | Qis | Slot Lestary (bergandingan dengan Alif Satar) | ||
2020 | Isteri Misteri | Lisa | Slot Drama Pukul 6 (bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad) | |
2021 | Penjara Janji | Rozita | Slot Samarinda (bergandingan dengan Alif Satar) | |
2022 | One Cent Thief | Intan | Astro Ria | |
Ijab Kabut | Deanna | Viu | ||
2024 | Kiblat Ke Syurga | Nina | Astro Ria | |
Nafsu | Dina | Viu |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Nur 3 Pagi | Nur Jannah | TV3 | bergandingan dengan Syafiq Kyle |
Syawal Yang Kuinginkan | Hani | berlakon bersama Dato' Fauziah Haji Ahmad Daud dan Izreen Azminda | ||
2018 | Simpang Sejenak | Manis | bergandingan dengan Syazwan Zulkifly | |
Din Sardin Beraya | Riana | bergandingan dengan Izzue Islam | ||
2019 | Karma Cinta | Anis Sofea | TV1 | bergandingan dengan Izzue Islam |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Bonda Bonding | Artis Jemputan | Astro Prima | bersama Cik Manggis |
Ketuk Ketuk Ramadan | TV1 | |||
2017 | Perang Jantina | Astro Ria | ||
Padan Muka | Astro Warna | |||
Karaoke Boom | TV9 | |||
5 Rencah 5 Rasa vs Dapur Panas | TV3 | |||
2018 | Gara Gara Nurul & Shahril | Mediacorp Suria | bersama Sophia Liana | |
Drop The Beat | Peserta | ntv7 | ||
Pop! TV | Pengacara | |||
Rojak | Artis Jemputan | |||
It's Alif | ||||
Feel Good Show | ||||
Sembang Sahur | ||||
2019 | J-Pop | Pengacara Jemputan | Astro Warna | |
2020 | Vokal Mania | Pengacara | TV3 | bersama Dato' AC Mizal |
2021 | Shuk Nak Tanya 2 | Artis Jemputan | Awesome TV |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2017 | Pasangan Pilihan (bersama Hafidz Roshdi) | Mr. Donat Karamel | Tercalon | |
Artis Baharu Wanita Popular | — | Tercalon | ||
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Versatil Popular | — | Tercalon |
2019 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 | Aktress Pilihan | Seribu Rindu | Tercalon |
Pasangan Pilihan (bersama Zul Ariffin) | Tercalon |
Rujukan
- ^ Azira vows to get act together The Star Online. Retrieved December 5, 2016.
- ^ Amirah Amaly Syafaat (19 Mac 2017). Bergaduh kerana populariti bukan cara Azira Diarkibkan 2018-09-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 14 Jun 2017.
- ^ Nor Fatihah Ismail (28 Januari 2018). "Perjalanan indah karier Azira Shafinaz". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-31. Dicapai pada 27 Mac 2018.
- ^ Zaini Zaa (2 Mac 2016). Selepas nyanyi, Azira jadi pelakon Diarkibkan 2018-09-08 di Wayback Machine Agenda Daily. Diperoleh pada 14 Jun 2017.
- ^ Biografi Azira Shafinaz Azhan.co. 16 November 2016.
- ^ Berkenalan dengan Azira Shafinaz heroin Dalam Drama Mr Donat Karamel. EncikShino
- ^ Kenneth Chaw (January 14, 2016). Feel the girl power with De Fam Star2. Retrieved on June 14, 2017.
- ^ Aqmar Mustaza (18 Oktober 2016). De Fam bukti kemampuan Sinar Harian. Dicapai pada 14 Jun 2017.
- ^ Farhan Ikram (14 April 2017). Azira Shafinaz Tidak Dicemburui Rakan De'Fam mSTAR Online. Dicapai pada 14 Jun 2017.
- ^ Farhana Ab Rahman (12 Oktober 2016). Anggota De Fam tiada masalah Azira berlakon Berita Harian. Dicapai pada 14 Jun 2017.
- ^ Norhayati Nordin (4 Disember 2016). Aneka watak peluang asah bakat Harian Metro. Diperoleh pada 14 Jun 2017.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (23 Mac 2021). "Bawa watak ustazah, Azira Shafinaz pasang niat untuk berhijab – "Kena betulkan diri dulu, Insya-Allah, satu hari nanti bila sudah bersedia"". mStar Online. Dicapai pada 27 Mac 2021.