Pergi ke kandungan

Azad Jasmin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azad Jasmin
Pak Azad pada 2015.
Kelahiran
Azad @ Jazmin John Louis bin Jefri
Jazmin John Louis @ John Debreto Louis Joseph

(1976-02-11) 11 Februari 1976 (umur 48)
Nama lainPak Azad, Azad Jasmin
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pelawak
  • pengacara
  • penyanyi
  • penyampai radio
Tahun aktif2004–kini
Majikan
Ketinggian6 ft 1.5 in (1.87 m)
PasanganEira Syazira (k. 2011)
Anak-anak3
IbuRosidah Kadir
BapaJefri Abdullah @ John Louis Debreto Joseph
Saudara
  • Allahyarham Nizar Jefri (adik)
  • Megat Amir Faizal (adik ipar)

Azad @ Jazmin John Louis Jefri (lahir 11 Februari 1976) merupakan seorang pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan penyampai radio Malaysia. Beliau juga lebih dikenali sebagai Azad Jasmin ataupun Pak Azad.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau lahir di Seremban, Negeri Sembilan pada 11 Februari 1976 dengan nama penuhnya Jazmin John Louis @ John Louis Debreto Joseph iaitu kepada ayah bernama John Louis Debreto Joseph @ Jeffri Abdullah (seorang bekas pemain bola sepak keturunan Serani dan ibunya bernama Rosidah Kadir yang berasal dari Parit Buntar.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Azad berkahwin dengan pelakon Eira Syazira pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan yang kesemuanya diakhiri dengan nama Rose—Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose,[1] dan Areisya Suri Rose.[2][3]

Kerjaya Azad Jasmin Bermula daripada sebuah rancangan TV Audition.

lakonan Azad bermula pada 2007 menerusi filem Nana Tanjung 2 arahan Abdul Razak Mohaideen, seterusnya muncul dalam drama Laila Majnun, setahun kemudian.

Pada tahun 2010, beliau berlakon bersama Shaheizy Sam dan Angah Raja Lawak dalam filem seram komedi Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim, filem ini menjadi kejayaan komersial. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Tasnim. Di bawah arahan pelakon berkaliber, Farid Kamil beliau beraksi dalam filem aksi komedi 2011, Kongsi yang mana beliau memegang watak sebagai Mikail. Ia merupakan filem terakhir Azad bersama Metrowealth sebelum mengambil keputusan untuk bergerak sendiri akibat perselisihan faham dengan penerbit David Teo.

Selain itu, beliau ialah salah seorang pelakon utama drama kepolisan Metro Skuad yang disiarkan di TV2, selama 1 musim.[4] Bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof, Azad memegang watak Haikal dalam filem SAM: Saya Amat Mencintaimu lakonan bersama Sam, Syamsul Yusof, Lisa Surihani dan Neelofa.

Azad dan keluarganya menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family! yang bersiaran sebanyak 6 episod bermula pada 11 April 2018 di Astro Ria, Ria HD dan Astro Ceria.[5]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 Nana Tanjung 2 Izad Filem pertama
2009 Sifu & Tongga Azad
2010 Ngangkung Tasnim
2011 Kongsi Mikail
2012 Jalan Kembali: Bohsia 2 Ejat
SAM: Saya Amat Mencintaimu Haikal
Apa Celop Toqq... Black
2013 Gangster Celop Mat Cirit
Kolumpo Rahul
Paku Khalil
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Tompy
Fobia Malam Pertama Ashraf
Suatu Malam Kubur Berasap 2 Chot
Mamak Cupcake Ali Deen
2015 Pilot Cafe Pian
Girlfriend Kontrak Harith
2016 Showdown The Movie Kadir
2017 J Revolusi Herman / Skodeng
2018 7ujuh Konstabel Rasyid
2022 Bunga dan Kayu Encik Badri
2023 Gui Jeffrey
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Laila Majnun Jefri TV3 Drama pertama
2009 Chef Jo Farish
2009–2011 Si Capik Danial TV2
2010 Cinta Balqis Ray TV3
Anak Mami Mek Ani Raouf Astro Warna
Adnan Semp-It The Series Bobby
Roda-Roda Kuala Lumpur Maidin Othman TV2 Episod: "Kaki Pukul"
2011 Ustaz Amirul Bapa Ayam TV3
Gerak Khas (Musim 13) Maidin Othman TV2 Episod: "Geng Tanjung"
2012 Apa Celop! Mako TV3
Metro Skuad (Musim 1) ASP Azad TV2
2013 Tanah Kubur (Musim 6) Kamil Astro Oasis Episod: "Khabar Angin"
2015 Sketso Astro Warna Sitkom
2017 Isteri-Isteri Ayah Halim TV3
2021 Keluarga Baha Don (Musim 3) Tukang Cuci Viu
2022 Fantasia Inn Rafiqie TV Okey

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Loklak Hanif TV1 Telefilem pertama
Sangga Saadah Khai TV3
2009 Dendam Adam Farok TV2
2010 Anak Mamak Menantu Mami Jabbar Astro Prima
2011 Kopi Susu Kopi O TV3
2017 Balik Raya Ke Kita? Farid
Kad Raya Dalam Kolong Awang Astro Mustika HD
Ooops! Terlajak Nikah Astro Citra
2022 Langit Syam TV3
Sabotaj Raya Syahmi TV1
2023 Sekeping Muruku Sebuah Rindu Devan@Yusuf TV2
2024 Dendam Hantu Viral Tok Kelangit Astro Warna

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2004 Audition (Musim 1) Peserta ntv7
2012–2013 Mimpi Ke Bintang Pengacara TV3
2012–2015 Edisi Khas Pelbagai watak Sitkom
2018 Pa&Ma Pengacara Astro Prima
2022 Mystery Ranking Show Malaysia Juri Astro Warna
Anugerah Industri Muzik ke-23 Pengacara Astro Ria mengacara bersama Awal Ashaari & Sherry Alhadad

Radiografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Stesen
2021–kini Petang Era & 3 Pagi Era Era

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Single
Tahun Tajuk
2021 "Sarakkey"
  1. ^ Meen Tahrin (3 Januari 2017). Eira Syazira dan Azad Jasmin timang anak kedua Diarkibkan 2017-02-02 di Wayback Machine Media Hiburan. Diperoleh pada 25 Januari 2017.
  2. ^ Dennis Chua (4 Januari 2018). Eira Syazira and Azad Jazmin welcomed their third child New Straits Times. Dicapai pada 4 Januari 2018.
  3. ^ Feride Hikmet Atak (2 Januari 2018). Eira Syazira sambut puteri ketiga Berita Harian. Dicapai pada 6 Januari 2018.
  4. ^ Budiey (28 Februari 2012). Kisah Unit Elit Polis dalam Metro Skuad Senasi Selebriti. Dicapai pada 19 Jun 2012.
  5. ^ "Lima Keluarga Selebriti Popular Bergabung Dalam 'Oh My Family!'". Astro. 26 Mac 2018. Dicapai pada 3 Mei 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]