Pergi ke kandungan

Sultan (ayam)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ayam Sultan)
Sultan
Status pemuliharaanKajian
Nama lainSerai-Tavuk, Serai-Täook
Negara asalTurki
KegunaanHiasan
Ciri-ciri
BeratJantan: Standard 6 lb. / 2.75 kg; Bantam 26 oz. / 740 g
 Betina: Standard 4 lb. / 1.8 kg; Bantam 22 oz. / 625 g
Warna telurputih
Jenis balungDuplex
Klasifikasi

Sultan adalah satu baka ayam yang berasal daripada Turki. Ia tergolong dalam kumpulan ayam yang memiliki balung berjambul. Nama ayam ini dalam bahasa Turki adalah Serai-Tavuk yang mana bermaksud "ayam milik Sultan".[1] Sultan dibiakkan untuk tujuan hiasan, dan dibela di halaman taman kesultanan Uthmaniyyah.[1] Di Barat, ia dibiakkan untuk tujuan pertandingan unggas, di mana ia amat jarang dilihat.[2]

Baka ini mula dieksport keluar daripada negara asalnya pada tahun 1854, apabila Cik Elizabeth Watts daripada Hampstead, London membawa sejumlah kecil ayam ini ke Britain.[2] Ia telah dilihat di Amerika Utara menjelang tahun 1867, dan secara rasminya diiktiraf masuk ke dalam Standard Kesempurnaan, Persatuan Unggas Amerika pada tahun 1874.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c (Ekarius 2007, p. 159)
  2. ^ a b (Graham 2006, p. 173)
  • Ekarius, Carol (2007). Storey's Illustrated Guide to Poultry Breeds. 210 MAS MoCA Way, North Adams MA 01247: Storey Publishing. ISBN 978-1-58017-667-5.CS1 maint: location (link)
  • Graham, Chris (2006). Choosing and Keeping Chickens. 2-4 Heron Quays London E14 4JP: Octopus Publishing. ISBN 978-0-7938-0601-0.CS1 maint: location (link)
  • Heinrichs, Christine (2007). How To Raise Chickens. Voyageur Press. ISBN 978-0-7938-0601-0.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]