Astro Nusantara ialah sebuah perkhidmatan satelit televisyen swasta di Indonesia. Astro Nusantara mula dioperasikan oleh PT Direct Vision (yang dibentuk pada 28 Februari2006), hasil kerjasama antara Astro All Asia Networks plc (kini, Astro Malaysia Holdings Berhad) dan PT First Media. Kini, perkhidmatan ini menawarkan 48 saluran televisyen termasuk 5 saluran tempatan Indonesia dimasukkan di bawah jenama Astro. Pada akhir tahun 2007, jumlah pelanggannya mencapai 145 000. Siaran ini sempat berhenti selama lebih kurang 3 hari selama inspeksi.[1]
Menjelang berakhirnya perjanjian lesen penggunaan tanda dagang Astro pada 30 Ogos2008, Astro mengalami kerosakan kongsi kerjasama dengan Kumpulan Lippo kerana mengalami ketidakpersefahaman mengenai kerjasama mereka dalam pelancaran siaran satelit televisyen tersebut.[2] Hal ini menimbulkan persengketaan mengenai kerjasama mereka dalam penyelenggaraan siaran Astro di bawah PT Direct Vision. Astro All Asia Networks meragui rancangan awal mereka untuk menjadi pemegang saham di PT Direct Vision akan terwujud, sementara mereka telah menyediakan pasokan siaran bernilai Rp 2.5 trilion selama lebih 2 tahun. Astro All Asia Networks menginginkan kejelasan mengenai rancangan tersebut, atau, apabila tidak mungkin terwujud, Astro All Asia Networks mengkehendaki PT Direct Vision membayar seluruh jasa yang telah mereka berikan secara gratis tersebut. Akibatnya, Astro Nusantara kehilangan hak siaran Liga Inggeris untuk sesi 2008-2009, yang kini diambil oleh Aora TV.[3]
Walaupun lesen penggunaan tanda dagang Astro sempat dipanjangkan ke 30 September2008 dan kemudian dipanjangkan lagi ke 19 Oktober2008, Astro All Asia Networks dan Kumpulan Lippo tetap tidak dapat mencapai kesepakatan. Hal ini diselesaikan apabila seluruh pasukan siaran dari Astro All Asia Networks dihentikan sepenuhnya pada 20 Oktober2008 pukul 00.01 WIB, bersamaan dengan tamatnya waktu pemanjangan lesen.[4]
Astro di Indonesia, menggunakan nama merek Astro Nusantara dengan nama badan usaha PT. Direct Vision.
Astro Nusantara dijadikan layanan televisyen berbayar nombor satu di Indonesia beberapa jumlah televisyen berbayar yang lain seperti Indovision (sekarang MNC Vision) dan TelkomVision (sekarang Transvision).
Astro Nusantara tidak disaksikan siaran stesen radio hanya saluran televisyen sahaja.
Berisi nombor-nombor secara urutan dan nama saluran ini menggunakan tiga kata (contoh: ARU, KIR, CER, EXP, SUP, TVI dan OAS).
Jaringan saluran televisyen Discovery yang terdiri empat saluran seperti Discovery Channel, Discovery Home & Health, Discovery Real Time dan Discovery Travel & Living di Pakej Citta.
Dua saluran jaringan CCTV dapat disaksikan melalui Astro Nusantara di Indonesia seperti: CCTV-4 (saluran antarabangsa) khusus Pakej Dinasti dan CCTV-9 (saluran berita) di Paket Citta.
Saluran GoalTV terdiri dari dua saluran seperti GoalTV 1 dan GoalTV 2 di Pakej Arena.
Jaringan saluran televisyen dalaman Astro beberapa program unggulan yang ditayangkan meliputi:
Yang berasal dari Indonesia seperti Astro Ceria (saluran untuk kanak-kanak), Astro Oasis (saluran gaya hidup muslim), Astro Awani (saluran berita) Astro Aruna (saluran siri drama dan telefilm) Astro Kirana (saluran filem Asia dan Eropah) dan Astro Xpresi (saluran muzik) di Pakej Citta. Kemudian akan beroperasi di Malaysia.
Selain itu, saluran ini ditambahkan dua dalam versi Indonesia setelah melancarkan siaran pertama di Malaysia pada 1 Jun 1996 untuk pertama kalinya iaitu Astro Supersport (saluran sukan) dan Astro TVIQ (saluran pembelajaran).
Versi Mandarin dan Kanton seperti Astro Shuang Xing (saluran siri drama) dan Astro Wah Lai Toi (saluran hiburan TVB) juga satu saluran TVB ditambahkan iaitu: TVB Xing He (saluran drama) di Pakej Dinasti.
Pakej Sinema yang terdiri dari tiga saluran termasuk Pakej Citta berisi dua saluran lagi.
Siaran televisyen nasional percuma di atas dapat bisa ditonton melalui Astro Nusantara.
Nusantara TV • Jak TV • Jawa Pos TV • DAAI TV • CNN Indonesia • Moji • CTV Banten • ATV Banten • TVRI Aceh • TVRI Lampung • TVRI Jakarta & Banten • TVRI Jawa Barat • TVRI Jambi • TVRI Sports • EnTen TV
Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif: Badri Masri ·Ketua Pegawai Eksekutif (CEO): Augustus Ralph Marshall
Jawatankuasa Eksekutif: Tan Poh Ching · Mohamed Khadar Merican · Bernard Anthony Cragg · Chin Kwai Yoong