Asmak Husin
Ustazah Asmak Husin | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 1 Julai 2018 – 30 Jun 2021 | |
Didahului oleh | Khairiah Mohamed |
Digantikan oleh | Wan Martina Wan Yusoff |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Tapang, Kota Bahru, Kelantan | 16 Mei 1978
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Gabungan politik lain | (2020-kini) |
Pasangan | Mohd Fakaruddeen Che Omar |
Kediaman | Kelantan |
Pekerjaan | Ahli politik, Pendakwah |
Ustazah Asmak Husin adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Negara yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan[1]. Asmak merupakan lulusan Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Sarjana dalam bidang Undang-undang dan Pentadbiran Agama Islam dari Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Penglibatan dalam masyarakat
[sunting | sunting sumber]Beliau aktif dalam aktiviti wanita dan masyarakat khususnya di negeri Kelantan. Antaranya beliau merupakan ahli penggubal Dasar Kanak-kanak Fitrah Negeri Kelantan, ahli jawatankuasa semakan Dasar Wanita Kelantan, dan ahli Jawatankuasa Induk Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan Negeri Kelantan sejak tahun 2013. Selain itu, beliau juga merupakan ahli Persatuan Ulama Malaysia dan pernah muncul di kaca televisyen Malaysia sebagai ahli panel bagi rancangan Tanyalah Ustazah di TV9 dan Fiqh Wanita di TV3