Pergi ke kandungan

Arthur Hailey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Arthur Hailey (5 April 192024 November 2004) ialah seorang penulis novel British/Kanada.

Biografi ringkas

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Luton, Bedfordshire, England, Hailey berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja sejak dari permulaan Perang Dunia II pada tahun 1939 sehingga tahun 1947 ketika beliau mendiami di Kanada. Selepas bekerja dalam beberapa pekerjaan di samping menulis secara sambilan, beliau menjadi penulis penuh masa pada tahun 1956 setelah digalakkan oleh kejayaannya dalam drama televisyen CBC, Penerbangan masuk ke Keberbahayaan (Flight into Danger ). Drama itu kemudian dicetak sebagai buku novel yang berjudul Landasan Kapal Terbang Sifar Lapan (Runway Zero Eight ). Menyusul kejayaannya dalam novel Hotel  pada tahun 1965, beliau berpindah ke California tetapi berpindah semula pada tahun 1969 ke Bahamas untuk mengelakkan cukai pendapatan Kanada dan Amerika Syarikat yang menuntut 90% daripada pendapatannya.

Setiap novel Hailey mempunyai latar perindustrian atau komersil yang berbeza. Selain daripada pertikaian yang dramatik, novelnya merangkumi maklumat-maklumat yang diselidik dengan teliti tentang persekitaran-persekitaran dan sistem-sistem yang berkaitan serta bagaimana kesemua ini mempengaruhi atau menjejaskan masyarakat dan penghuninya.

Para pengkritik seringnya mengetepikan kejayaan Hailey kerana gayanya yang berbentuk tetap, dengan setiap krisis tertumpu kepada suatu watak yang biasa, dengan saspensnya kemudian dibesar-besarkan melalui melompat-lompat antara banyak jalan cerita yang berkait. Bagaimanapun, buku-bukunya disukai ramai di kalangan pembaca dan terjamin menjadi buku laris.

Hailey menghabiskan lebih kurang setahun untuk menyelidik sesuatu perkara, disusuli oleh enam bulan mengkaji semula nota-notanya dan akhirnya, lebih kurang 18 bulan untuk menulis buku. Penyelidikannya yang agresif — menjejaki para gerila pemberontak di hutan Peru ketika berumur 67 tahun untuk siaran The Evening News  (1990), atau membaca 27 buah buku mengenai industri hotel untuk novelnya, Hotel  — memberikan novelnya suatu realisme yang menarik hati pembaca, walaupun sesetengah pengkritik merungut bahawa beliau hanya mempergunakan penyelidikan untuk menyembunyikan kekurangan bakat kesusasteraanya.

Banyak daripada buku-bukunya telah mencapai tempat #1 dalam senarai buku laris New York Times. Melebihi 170 juta salinan bukunya telah dijual dalam 40 bahasa diseluruh dunia, dengan banyaknya dijadikan filem. Hotel   dijadikan sebuah siri televisyen yang memakan masa yang lama, manakala Lapangan Terbang   menjadi sebuah filem blokbuster, dengan kesan visual yang amat menakjubkan.

Walaupun seorang warganegara Kanada yang anak-anaknya tinggal di Kanada dan California, Hailey tinggal di Lyford Cay, sebuah tempat kediaman peranginan yang eksklusif di Pulau New Providence di Bahamas dengan isteri keduanya, Sheila (yang menulis "I Married a Best-Seller " pada tahun 1978). Cucu-cucunya termasuk:

  • Paul Hailey, Emma Hailey, dan Charlotte Hailey yang belajar di California Utara;
  • Ryan Hailey, seorang pemain bes yang berbakat, serta penyanyi untuk Erogenous Jones Diarkibkan 2011-09-17 di Wayback Machine, sebuah pancaragam tiga ahli San Francisco yang dikenali kerana menulis lirik yang lucu dan sinis; dan
  • Chris Hailey yan kini mengejar ijazah kejuruteraan audio di Seattle, Washington.

Hailey meninggal dunia pada tahun 2004, disyaki akibat angin ahmar.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]