Pergi ke kandungan

Arcturus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Starbox sources

Arcturus

Arcturus dalam lingkungan buruj Boötes
Data cerapan
Epok J2000      Ekuinoks J2000
Buruj Boötes
Jarak hamal 14j 15m 39.7s[1]
Keserongan 19° 10′ 56″[1]
Magnitud ketara (V)−0.05[2]
Ciri-ciri
Jenis spektrum K0 III[3]
Magnitud ketara (J) −2.25[2]
U−B indeks warna 1.28[2]
B−V indeks warna 1.23[2]
R−I indeks warna 0.65[2]
Note (category: variability): H and K emission vary.
Astrometri
Halaju jejarian (Rv)−5.19[4] km/s
Gerakan wajar (μ) RA: −1093.45[5] mas/thn
Dec.: −1999.40[5] mas/thn
Paralaks (π)88.83 ± 0.54 mas[1]
Jarak36.7 ± 0.2 tc
(11.26 ± 0.07 pc)
Magnitud mutlak (MV)−0.30±0.02[6]
Perincian
Jisim1.08±0.06[7] M
Jejari25.4±0.2[7] R
Kekilauan170[8] L
Graviti permukaan (log g)1.66±0.05[7] cgs
Suhu4286±30[7] K
Kelogaman [Fe/H]−0.52±0.04[7] dex
Halaju putaran (v sin i)2.4±1.0[6] km/s
Umur7.1 1.5
−1.2
[7] Gyr
Penamaan lain
Alramech, Alramech, Abramech, α Boötis, 16 Boötis, BD 19° 2777, GJ 541, HD 124897, HIP 69673, HR 5340, SAO 100944, LHS 48, GCTP 3242.00
Rujukan pangkalan data
SIMBADdata

Arcturus atau α Boötis (Latin: Alpha Boötis) ialah bintang paling terang dalam buruj Boötes dan tampakan langit malam Hemisfera Utara serta bintang ketiga paling terang di langit malam setelah Sirius dan Canopus dengan magnitud tampak ketara −0.05.

Tetapi jika sistem bintang Alpha Centauri dianggap sebagai satu objek, maka predikat tersebut harus diberikan kepada Alpha Centauri. Sistem bintang Alpha Centauri terdiri dari dua bintang terang yang sangat berdekatan sehingga tidak dapat dipisahkan oleh mata, dan dengan demikian akan tampak lebih terang dibandingkan Arcturus.

Nama-nama dipakai

[sunting | sunting sumber]
Arcturus salah satu bintang paling terang di konstelasi Boötes

Arcturus pinjaman Latin serapan Yunani Kuno Ἀρκτοῦρος (Arktouros) lakuran ἄρκτος (arktos), "beruang"[9] dan onὖρος (ouros), "penjaga"[10] sekaligus "Penjaga Beruang"[11] mendudukkan bintang ini pada kaki kiri sang penggembala dalam buruj Boötes hadapan Beruang Besar dan Beruang Kecil. Ia telah dikenal dengan nama ini setidaknya sejak zaman Hesiodos.[12]

Para ahli falak dunia Arab terlanjut kepada dunia Islam mengecam bintang ini (Arab: السِّماك الرامح, rumi: as-simāk ar-rāmiħ, lit.'pelempar lembing ditinggikan') sebagai salah satu bintang "ditinggikan" (Arab: السِّماك, rumi: as-simāk) selain Spica, nama as-simāk kemudian dilatinkan menjadi nama Azimech yang digunakan ahli Eropah dari Zaman Pertengahan sampai ke Zaman Pembaharuan.[13] Nama Arab lainnya adalah حارس السماءħāris al-samā’ "penjaga langit"[14][15][16] atau حارس الشمال‎ ''ħāris al-shamāl’'' "penjaga utara".[17]

Pemiawaian

[sunting | sunting sumber]

Pada 2016, International Astronomical Union mengatur Kelompok Kerja untuk Nama Bintang (WGSN) untuk membuat katalog dan membakukan nama yang tepat untuk bintang. Buletin pertama WGSN pada Jul 2016 termasuk tabel dari dua kelompok nama pertama yang disetujui oleh WGSN; yang termasuk Arcturus untuk bintang ini. Sekarang ia dimasukkan dalam Katalog Nama Bintang IAU.

Penampakan

[sunting | sunting sumber]

Mengingat letaknya yang tidak terlalu jauh dari khatulistiwa samawi, Arcturus hampir dapat dilihat oleh semua orang di permukaan Bumi, kecuali bagi mereka yang tinggal di atas garis latitud 70.818°S. Penampakan terbaiknya adalah sekitar bulan April, apabila bintang ini mencapai meridian pada tengah malam.

Arcturus adalah sebuah bintang gergasi merah dengan kelas spektrum K1.5 IIIpe. Akhiran "pe" adalah kepanjangan dari "peculiar emission" (pancaran aneh), menunjukkan bahawa spektrum cahayanya tidak biasa dan penuh dengan garis-garis pancaran. Adanya garis-garis pancaran pada spektrum gergasi merah sebenarnya adalah hal yang biasa, tetapipancaranbagi kes Arcturus fenomena tersebut tampak lebih kuat.

Secara visual Arcturus setidaknya 110 kali lebih terang daripada Matahari, tetapi sebenarnya tenaga yang dipancarkannya 180 kali lebih banyak kuat. Hal ini disebabkan kekilauan berkesannya yang rendah kerana suhu permukaannya yang lebih rendah daripada Matahari.

Arcturus terkenal akan gerakan wajar dirinya yang besar, lebih besar dari semua bintang bermagnitud 1 selain α Centauri. Saat ini Arcturus hampir[18] berada dalam titik terdekat dengan Matahari, dan bergerak sangat cepat (122 km/detik) relatif terhadap Sistem Suria. Arcturus adalah bintang tua di pinggir Bima Sakti, dan tampak bergerak bersama dalam sebuah kelompok 52 bintang sejenis. Jisimnya sukar disukat, tetapi mungkin sama dengan jisim matahari, tetapi tidak lebih dari 1.5 kalinya. Dengan jisim tersebut Arcturus bererti lebih tua daripada Matahari, dan menggambarkan rupa Matahari saat mencapai fasa gergasi merah.

Berdasarkan pengukuran satelit Hipparcos, Arcturus berjarak 43.9 tahun cahaya (11.3 parsek) dari Bumi, jarak yang relatif dekat dalam skala astronomi. Hipparcos juga menyarankan Arcturus sebagai sebuah sistem bintang ganda, dengan komponen sekunder 20 kali lebih malap dan mengorbit cukup dekat sehingga berada dalam batas kemampuan kita untuk mengesannya. Hasil kajian terkini masih kurang meyakinkan, tetapi mendukung pengesanan marginal dari Hipparcos.[19]

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Hawaii menganggap Arcturus (Hawaii: Hōkūleʻa dari hōkū leʻa, "bintang terang/riang"[20][21]) sebahagian daripada rasi Hoku-iwa "bintang simbang" yang menunjuk arah pulang Hawaiʻiloa selepas jauh berlayar di Lautan Teduh.[22] Kedudukannya juga setegak atas kepulauan mereka pada musim panas, pelayar-pelayar leluhur Polinesia dari Tahiti dan Kepulauan Marquesa berabad-abad sebelumnya menjadikan Arcturus penunjuk arah mereka mencari pulau baru hendak diduduki selain berpandukan angin pasat yang akhirnya membawa mereka ke Pulau Hawaii. Para penduduk Kepulauan Masyarakat menganggap Arcturus yang bernama Ana-tahua-taata-metua-te-tupu-mavae ("tiang sandar") itu antara bintang segugus melambangkan sepuluh kayangan yang dimasuki roh-roh orang tersayang mereka yang telah meninggal dunia.[23]

  1. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama vanLeeuwen2007
  2. ^ a b c d e Ducati, J. R. (2002). "VizieR Online Data Catalog: Catalogue of Stellar Photometry in Johnson's 11-color system". CDS/ADC Collection of Electronic Catalogues. 2237: 0. Bibcode:2002yCat.2237....0D.
  3. ^ Gray, R. O.; Corbally, C. J.; Garrison, R. F.; McFadden, M. T.; Robinson, P. E. (2003). "Contributions to the Nearby Stars (NStars) Project: Spectroscopy of Stars Earlier than M0 within 40 Parsecs: The Northern Sample. I". The Astronomical Journal. 126 (4): 2048. arXiv:astro-ph/0308182. Bibcode:2003AJ....126.2048G. doi:10.1086/378365.
  4. ^ Massarotti, Alessandro; Latham, David W.; Stefanik, Robert P.; Fogel, Jeffrey (2008). "Rotational and Radial Velocities for a Sample of 761 HIPPARCOS Giants and the Role of Binarity". The Astronomical Journal. 135 (1): 209–231. Bibcode:2008AJ....135..209M. doi:10.1088/0004-6256/135/1/209.
  5. ^ a b Perryman; dll. (1997). "HIP 69673". The Hipparcos and Tycho Catalogues.
  6. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama aj135_3_892
  7. ^ a b c d e f Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ramirez_prieto_2011
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama aaa465_2_593
  9. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert. "ἄρκτος". A Greek-English Lexicon. Dicapai pada 2019-01-16.
  10. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert. "οὖρος". A Greek-English Lexicon. Dicapai pada 2019-01-16.
  11. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert. "Ἀρκτοῦρος". A Greek-English Lexicon. Dicapai pada 2019-01-16.
  12. ^ Rogers, John H. (1998). "Origins of the Ancient Constellations: II. The Mediterranean Traditions". Journal of the British Astronomical Association. London, England: British Astronomical Association. 108 (2): 79–89. Bibcode:1998JBAA..108...79R.
  13. ^ Kunitzsch, Paul; Smart, Tim (2006). A Dictionary of Modern star Names: A Short Guide to 254 Star Names and Their Derivations (ed. 2nd rev.). Cambridge, MA: Sky Pub. m/s. 19. ISBN 978-1-931559-44-7.
  14. ^ "List of the 25 brightest stars". Jordanian Astronomical Society. Diarkibkan daripada yang asal pada March 16, 2012. Dicapai pada March 28, 2007.
  15. ^ Allen, Richard Hinckley (1936). Star-names and their meanings. m/s. 100–101.
  16. ^ Wehr, Hans (1994). Cowan, J. Milton (penyunting). A dictionary of modern written Arabic.
  17. ^ Davis Jr., G. A. (October 3, 1944). "The Pronunciations, Derivations, and Meanings of a Selected List of Star Names". Popular Astronomy. 52: 13. Bibcode:1944PA.....52....8D.
  18. ^ "Hampir" dalam skala waktu astronomi adalah sangat panjang. Titik terdekat akan dicapai Arcturus sekitar 4000 tahun yang akan datang, 99,9% dari jaraknya sekarang.
  19. ^ Verhoelst, T.; Bordé, P. J.; Perrin, G.; Decin, L. (2005), "Is Arcturus a well-understood K giant?", Astronomy & Astrophysics, 435: 289, doi:10.1051/0004-6361:20042356, beserta referensi lainnya dalam artikel tersebut.
  20. ^ Makemson 1941, m/s. 280.
  21. ^ Makemson 1941, m/s. 210.
  22. ^ Makemson 1941, m/s. 209.
  23. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama makemson

Sumber utama