Anuwar Ali
Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali (lahir 1946), merupakan seorang ahli ekonomi dan pakar dalam pengajian tinggi di Malaysia. Beliau kini bertugas sebagai Naib Canselor dan Presiden Universiti Terbuka Malaysia. Pengalamannya yang meluas dalam bidang pendidikan bermula apabila menjadi tutor di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1973. Dengan penuh tekad dan kesabaran beliau kemudiannya mendapat kenaikan pangkat dan dilantik sebagai Dekan di Fakulti dan akhirnya menjadi Naib Canselor UKM pada 1 Mei 1998. Di samping itu, beliau juga merupakan Pengarah Pengajian Tinggi di Kementerian Pendidikan (1995-1998) dan Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (2001-2003).
Anuwar bin Ali | |
---|---|
Canselor University of Cyberjaya | |
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia | |
Dalam jawatan 1 Ogos 2017 – 31 Julai 2020 | |
Digantikan oleh | Syed Razlan Syed Putra Jamalullail |
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia ke-8 | |
Dalam jawatan 1 Mei 1998 – 1 Mei 2003 | |
Didahului oleh | Mohd Sham Mohd Sani |
Digantikan oleh | Mohamed Salleh bin Mohamed Yasin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1946 (umur 78–79) Jasin, Melaka |
Tempat belajar |
|
Pekerjaan | Ahli Akademik & Ahli Ekonomi |
Dilahirkan di Jasin, Melaka pada 11 Julai 1946, beliau mendapat pendidikan menengahnya di Melaka High School. Selepas tamat alam persekolahan beliau melanjutkan pelajaran di universiti terkenal iaitu Queen's University of Belfast, United Kingdom di mana beliau dianugerahkan BSc (Econs) pada 1970. Semasa berada di UKM sebagai seorang tutor dan pensyarah, beliau melanjutkan pelajarannya dan memperolehi sarjana dan kedoktoran dari University of Leicester dan University of Kent, Canterbury, United Kingdom.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Malaysia's industrialization : The Quest for Technology, Singapura , Oxford University Press, 1992.
- Wajah dan Karisma Anuwar Ali:Rampaian Cetusan Pemikiran Diarkibkan 2011-07-19 di Wayback Machine. Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003.