Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21 | ||||
---|---|---|---|---|
Jenis | Upacara anugerah | |||
Penerangan | Pelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio | |||
Tarikh | 30 Mac 2008 | |||
Lokasi | Arena of Stars, Genting Highlands | |||
Negara | Malaysia | |||
Pengacara | Raja Azura Fauziah Ahmad Daud | |||
Ganjaran | Kereta Peugeot 407 (2.0) Set barang kemas, tajaan Habib Jewels Sdn. Bhd. | |||
Kali pertama | 1987 | |||
Anugerah terbanyak | Mawi (2) Fara Fauzana (2) | |||
Liputan televisyen/radio | ||||
Rangkaian | TV3 | |||
Tempoh tayangan | 2 jam ½ | |||
Jumlah penonton | 4.5 juta | |||
Diterbitkan oleh | Leo Rauf | |||
Diarahkan oleh | Leo Rauf | |||
Tapak web | ||||
abp | ||||
Kronologi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21 diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 30 Mac 2008.[1] Majlis ini dikendalikan oleh Fauziah Ahmad Daud dan Raja Azura sebagai pengacara. Secara keseluruhannya, terdapat 16 anugerah dipertandingkan. Kategori "Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat" menjadi ganti kepada tiga anugerah khas yang diberikan kepada tokoh seni veteran sebelum ini, iaitu "Anugerah Biduan Veteran", "Anugerah Seniwati Veteran" dan "Anugerah Khas Bintang Popular".
Mawi terus menyerlah apabila merangkul gelaran "Bintang Paling Popular" untuk kali ketiga berturut-turut sejak tahun 2005. Beliau hanya meraih 119,268 undian keseluruhan, kurang jumlahnya berbanding dua tahun sebelumnya, iaitu 351,570 undi (2005) dan 261,555 undi (2006). Walau bagaimanapun, beliau berjaya membawa pulang kereta Peugeot 407 (2.0) bernilai RM 185,000 tajaan Nasim Sdn. Bhd. serta set barang kemas eksklusif daripada Habib Jewels Sdn. Bhd. bernilai RM 150,000 selain trofi.[2]
Majlis ini juga turut melakar sejarah tersendiri dengan mencatat 4.5 juta penonton ketika disiarkan secara langsung selama dua jam setengah di TV3, iaitu mewakili 63.5 % daripada keseluruhan penonton, sekali gus mengatasi jumlah penonton tahun lalu seramai 4.41 juta orang.[3]
Penyampai dan penghibur
[sunting | sunting sumber]Penyampai
[sunting | sunting sumber]Penghibur
[sunting | sunting sumber]Nama | Mempersembahkan |
---|---|
Ramli M. S. | Pengarah muzik |
Tarian | |
Siti Nurhaliza | "Ku Mahu" |
Mawi Heliza |
"Doa Dalam Lagu" |
Liza Hanim | "Merawat Luka Terpendam" |
Meet Uncle Hussain | "Lagu Untukmu" |
Jalaluddin Hassan Dynas Fasha Sandha Fouziah Gous |
"Beautiful Maria" |
Bob | "Jangan Bersedih Lagi" |
Atilia | "Mungkin" |
Anuar Zain | "Ketulusan Hati" |
Amy Awie Hattan Ramli Sarip Ella |
Tribute untuk M. Nasir "Kepadamu Kekasih" |
Ning Baizura | "Age of Pollution" |
Pemenang
[sunting | sunting sumber]- Bintang Paling Popular: Mawi
- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: M. Nasir
- Pelakon Filem Lelaki Popular: Rusdi Ramli
- Pelakon Filem Wanita Popular: Fasha Sandha
- Penyanyi Lelaki Popular: Mawi
- Penyanyi Wanita Popular: Siti Nurhaliza
- Artis Berkumpulan/Duo Popular: Sofaz
- Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani
- Pelakon TV Lelaki Popular: Rosyam Nor
- Pelakon TV Wanita Popular: Dynas Mokhtar
- Artis Komedi Lelaki Popular: Saiful Apek
- Artis Komedi Wanita Popular: Sheila Rusly
- Artis Baru Lelaki Popular: Dafi
- Artis Baru Wanita Popular: Mila
- Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Nawawi
- Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
- Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail
- Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "[FULL] Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007". Dicapai pada 2020-05-20.
- ^ Nurulhisham Abdul Latiff; Serimah Mohd Sallehuddin; Farihad Shalla Mahmud (7 April 2008). "Aura Mawi masih kukuh". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-03. Dicapai pada 28 Disember 2009.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ "4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007". Berita Harian. 11 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-03. Dicapai pada 28 Disember 2009.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Senarai Berita ABP 2008 Diarkibkan 2014-02-01 di Wayback Machine
- Arkib Pemenang ABP (2008) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine