Anjing penuding Bourbonnais
Negara asal | Perancis | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing penuding Bourbonnais[a] ialah satu baka gundog berpenampilan desa, kadang-kadang lahir dengan ekor pendek, dengan lapis bulu berbintik berwarna hati, perang kekuning-kuningan, hitam, atau putih.
Kelenyapan
[sunting | sunting sumber]Selepas Perang Dunia Kedua, bilangan kelahiran menurun dan kelab itu menjadi kurang aktif sehingga tidak lagi berfungsi. Dari tahun 1963 hingga tahun 1973, tiada anjing yang didaftarkan dalam LOF (buku pembaka Perancis). Sebabnya barang kali ialah pemilihan ciri-ciri sekunder (warna lapis bulu, ekor pendek) dan bukannya keupayaan perburuan dan binaan umum anjing ini; ini menyebabkan wujudnya anjing penuding Bourbonnais yang kurang sesuai untuk berburu berbanding dengan baka lain.
Penghasilan semula
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1970, Michel Comte berkeputusan untuk mencari anjing terakhir yang mempunyai sedikit darah anjing penuding Bourbonnais. Beliau hanya menemukan anjing baka kacuk yang mempunyai sesetengah ciri anjing penuding Bourbonnais (saiz, bentuk kepala, ekor pendek). Selepas sesetengah perinduk yang lebih kurang terbiak baka secara dalaman, beliau mendaftarkan anjing penuding Bourbonnais pertama beliau dalam LOF (di bawah tatacara Titre Initial) pada tahun 1973, tahun 1974, dan tahun 1975; sejak itu, beberapa orang pembiak baka menyertai beliau, yang, daripada anjing-anjing itu, menghasilkan susur galur mereka sendiri dan bilangan kelahiran meningkat.[1][2]
Pada tahun 1981, Club du Braque du Bourbonnais ("Kelab Anjing Penuding Bourbonnais") diwujudkan semula.[3] Michel Comte menjadi presidennya sehingga tahun 2001. Mulai saat ini, kejayaan anjing penuding Bourbonnais dalam ujian padang menjadikan baka ini bangkit.
Pada tahun 1988, anjing penuding Bourbonnais pertama diperkenalkan ke Amerika Syarikat. Sejak itu, baka ini telah berkembang di negara itu, yang menjadi pengeluar kedua anjing penuding Bourbonnais selepas Perancis.[4]
Perihal
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Kepala
[sunting | sunting sumber]Membulat di setiap arah, dengan bahagian sisi membulat, dengan tulang parietal dan lengkung zigoma yang cukup terbentuk. Paksi tengkorak dan muncung adalah selari atau sedikit mencapah ke arah hadapan.
Bulu
[sunting | sunting sumber]Dua warna lapis bulu wujud pada anjing penuding Bourbonnais, setiap satu mempunyai nama spesifik kerana warna tersebut spesifik untuk baka ini:
- Hati, yang juga dikenali sebagai "wine dregs" atau "ungu lembut pudar".
- Perang kekuning-kuningan, yang juga dipanggil «peach blossom».
Tompok-tompok besar ditoleransi pada tubuh jika tidak lebih besar daripada tapak tangan. Pada kepala, kedua-dua mata tidak boleh berada di dalam tompok sama.
-
jantan hati
-
betina hati
-
jantan perang kekuning-kuningan
-
betina perang kekuning-kuningan
Perbezaan seks
[sunting | sunting sumber]Betina pada umumnya lebih kurus, lebih anggun, dan lebih panjang daripada jantan (lihat gambar di atas).
Ekor pendek
[sunting | sunting sumber]Pada masa lalu dipanggil "anjing penuding ekor pendek", anjing penuding Bourbonnais kadang-kadang lahir dengan ekor pendek (brakiuri) atau tanpa ekor sama sekali (anuri). Gen yang bertanggungjawab untuk ciri ini telah dikenal pasti sebagai gen sama dengan yang pada brittany, iaitu daripada jenis dominan autosom.
Kedudukan kepala
[sunting | sunting sumber]Tinggi atau memanjangkan bahu.
Perangai
[sunting | sunting sumber]Ia mempunyai perangai baik dan dapat menjadi anjing baik. Ia sangat setia kepada keluarga mereka dan suka berada di sisi pemiliknya, tetapi sebaik keluar berburu, ia sangat penuh perhatian dan bermotivasi, perpaduan sekata antara anjing keluarga penyayang dengan pemburu rajin.
Daya penarik dan gaya
[sunting | sunting sumber]Ia menunjukkan banyak aktiviti, walaupun jika tidak menjauh. Rentak semula jadinya ialah derapan, tetapi di bawah semak, ia dapat menggunakan ligasan. Ia mampu mengubah arah dengan cepat, seperti polo.
Penudingan
[sunting | sunting sumber]Ia mesti menuding dengan kuasa, dalam kedudukan klasik.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ بوربوني ; Perancis: braque du Bourbonnais ; bahasa Inggeris: Bourbonnais pointing dog; Bourbonnais pointer
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Breed profile: Braque du Bourbonnais" [Profil baka: Anjing penuding Bourbonnais]. Fieldsportsmagazine.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2018. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ Manson, Chad S. (2000). Back from the brink: the Braque du Bourbonnais [Kembali dari ambang: Anjing penuding Bourbonnais] (dalam bahasa Inggeris). Gun Dog magazine.
- ^ "Braque du bourbonnais – a dog with a genuine sporting pedigree" [Anjing penuding Bourbonnais – anjing dengan pedigri sukan sejati]. shootinguk.co.uk (dalam bahasa Inggeris). 6 Mei 2021. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ "Braque du Bourbonnais" [Anjing Penuding Bourbonnais]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 4 Mac 2024.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Anjing penuding Bourbonnais. |
- Genealogi penuh, piawaian, foto, lukisan, dan genetik bagi baka ini (dalam bahasa Inggeris)