Anjing air Romagna
Negara asal | Itali | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing air Romagna[a] ialah satu baka anjing. Ia berasal dari tanah rawa Delta del Po di bahagian timur subrantau Romagna di Itali. Nama aslinya barang kali diterbitkan daripada istilah "lagotto" yang merupakan nama bagi penghuni pekan Lagosanto. Satu lagi teori menyebut bahawa perkataan ini sebaliknya berasal daripada perkataan dialek Romagna can lagòt yang memaksudkan "anjing air".[2] Fungsi tradisionalnya adalah sebagai gundog, khususnya anjing pengutip air; memandangkan terdapat lembangan kawasan besar habitat tanah lembap di kawasan asalnya, ia kini lebih kerap digunakan untuk memburu trufel.[3][1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Lagotto berasal dari tanah pamah Comacchio dan tanah rawa Ravenna di Delta del Po, di bahagian timur sub-rantau Romagna di Itali. Namanya diterbitkan daripada can lagòt dalam dialek Romagnol, yang memaksudkan "anjing air".[2] Fungsi tradisionalnya adalah sebagai gundog, khususnya anjing pengutip air; sejak penyaliran kawasan besar habitat tanah lembap di kawasan asalnya, ia kini lebih kerap digunakan untuk memburu trufel.[3][1] Ia telah dikenali sejak abad keenam belas, tetapi tidak tersebar luas sehingga abad kesembilan belas.[2]
Ia diterima sementara oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1995 dan mendapat penerimaan penuh pada tahun 2005.[4] Pada tahun 2018, Ente Nazionale Cinofilia Italiana merekodkan 2207 pendaftaran baharu.[5]
Ciri
[sunting | sunting sumber]Lagotto bersaiz kecil hingga sederhana, jarang melebihi 50 cm (20 in) pada paras kelasa,[2] terbina dengan berkuasa dan berpenampilan desa. Ia kira-kira bergaris luar segi empat sama, iaitu panjang tubuhnya lebih kurang sama dengan ketinggian. Lapis bulunya tebal, mirip wul, dan berkeriting halus menjadi gelung. Lapis bulunya mungkin sepenuhnya putih pudar, atau putih pudar dengan tompok-tompok jingga atau perang atau kemerah-merahan, atau jingga padu atau perang sama ada dengan tanda-tanda putih atau tanpa tanda-tanda putih.[3][6]
Lagotto biasanya hidup sehingga kira-kira lima belas tahun.[6] Gangguan neurologi yang telah dikenal pasti pada baka ini termasuk abiotrofi serebelum[7]:308 dan epilepsi idiopati.[7]:250[8]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: انجيڠ اءير روماڽ ; Itali: lagotto romagnolo , sebutan bahasa Itali: [laˈɡɔtto romaɲˈɲɔːlo]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing air Romagna |
- ^ a b c d e f "FCI-Standard N° 298 LAGOTTO ROMAGNOLO (Romagna Water Dog)" [Piawaian FCI No. 298 Anjing Air Romagna] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Morsiani, Antonio; Sporre-Willes, Renée; Triquet, Raymond. Disemak oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana dan Renée Sporre-Willes. Disemak oleh Pejabat Besar FCI. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 11 Oktober 2019. Dicapai pada 24 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ a b c d Lagotto (dalam bahasa Itali). Enciclopedie online. Rom, Itali: Istituto dell'Enciclopedia Italiana. Dicapai pada 24 Januari 2024.
- ^ a b c Lagotto Romagnolo (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 24 Januari 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: LAGOTTO ROMAGNOLO (298)" [Tatanama baka FCI: ANJING AIR ROMAGNA (298)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 24 Januari 2024.
- ^ Lagotto Romagnolo (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 24 Januari 2024.
- ^ a b Pickeral, Tamsin (15 Oktober 2014). Dogs Unleashed [Anjing Dilepaskan] (dalam bahasa Inggeris). San Diego, California, Amerika Syarikat: Thunder Bay Press. ISBN 9781626860681. OCLC 880370238.
- ^ a b Dewey, Curtis W.; da Costa, Ronaldo C., penyunting (8 September 2015). Practical Guide to Canine and Feline Neurology [Panduan Amali untuk Neurologi Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). New York, New York, Amerika Syarikat: Wiley. ISBN 9781119062042. OCLC 932058378.
- ^ Jokinen, Tarja S.; Metsähonkala, L.; Bergamasco, L.; Viitmaa, Ranno; Syrjä, Pernilla; Lohi, Hannes; Snellman, Marjatta; Jeserevics, Janis; Cizinauskas, Sigitas (Mei 2007). "Benign Familial Juvenile Epilepsy in Lagotto Romagnolo Dogs" [Epilepsi Juvenil Kekeluargaan Benigna pada Anjing Air Romagna]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 21 (3): 464–471. doi:10.1111/j.1939-1676.2007.tb02991.x. ISSN 1939-1676. PMID 17552452. S2CID 25207857.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Seppälä, Eija H.; Jokinen, Tarja S.; Fukata, Masaki; Fukata, Yuko; Webster, Matthew Thomas; Karlsson, Elinor K.; Kilpinen, Sami K.; Steffen, Frank; Dietschi, Elisabeth; Leeb, Tosso; Eklund, Ranja; Zhao, Xiaochu; Rilstone, Jennifer J.; Lindblad-Toh, Kerstin; Minassian, Berge A.; Lohi, Hannes (28 Julai 2011). Horwitz, Marshall S. (penyunting). "LGI2 Truncation Causes a Remitting Focal Epilepsy in Dogs" [Pemangkasan LGI2 Menyebabkan Epilepsi Fokus Ringan pada Anjing]. PLOS Genetics (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 7 (7): e1002194. doi:10.1371/journal.pgen.1002194. ISSN 1553-7404. PMC 3145619. PMID 21829378. S2CID 12030404.