Pergi ke kandungan

Anjing Kuchi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing gembala Afghan
Anjing gembala Afghan (anjing Kuchi) di Kabul
Nama lainAnjing Kuchi
Sag-e jangi
De kochyano spai
Negara asalAfghanistan
Pengelasan dan piawaian
Tidak diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Kuchi ([سگ کوچی, sag-e Kūchī] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); bahasa Inggeris: Kuchi dog) atau anjing gembala Afghan (bahasa Inggeris: Afghan shepherd dog) ialah satu baka anjing gembala Afghan, mengambil nama sempena orang Kuchi dari Afghanistan. Ia juga merupakan anjing pengawal dan pekerja yang mengikuti orang nomad, melindungi kafilah dan kawanan biri-biri, kambing, unta dan haiwan ternakan lain daripaa serigala, kucing besar dan pencuri. Ia kadang-kadang dikenali sebagai varian tempatan anjing gembala Asia Tengah dan statusnya sebagai baka tersendiri boleh dipertikaikan.

Anjing Kuchi, atau namanya dalam bahasa Parsi baku sag-e Kūchī atau dalam bahasa Pashto de Kochyano spai, dan sag-e jangi atau jangi spai bererti "anjing orang nomad" dan "anjing laga" masing-masing. Ia dijumpai di sekitar bahagian tengah dan utara Afghanistan, di Pakistan, dan di rantau sekitar di Asia Tengah. Anjing gunung ini mengongsi latar belakang genetik serupa dengan anjing gembala Asia Tengah.

Oleh sebab anjing ini serumitnya berkaitan dengan kehidupan nomad di rantau pedalaman dan berceranggah, tempat teknik pembiakbakaan Barat tidak digunakan, pengenalpastian jenis Kuchi "benar" bagi anjing adalah sukar. Peperangan dan keresahan umum di rantau berkenaan juga telah mempengaruhi orang Kuchi, yang ramai daripadanya telah berpindah ke kota untuk mendapatkan banyak peluang untuk anjing Kuchi membiak silang dengan anjing lain. Tiada badan pertubuhan untuk anjing di Afghanistan dan sesetengah anjing Kuchi telah dieksport ke Eropah.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Dohner, Jan Vorwald (2007). Livestock Guardians: Using Dogs, Donkeys, and Llamas to Protect Your Herd. Storey Publishing. m/s. 156. ISBN 1-58017-696-8. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan) Juga di Gbooks
  • Choron, Harry (2005). Planet dog. Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 174. ISBN 0-618-51752-9. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]