Pergi ke kandungan

Angkatan Tentera Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
اڠكتن تنترا مليسيا

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Aktif1 Mac 1933 - kini
NegaraMalaysia
KesetiaanSeri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
CawanganBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Bendera tentera laut Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia
Bendera Tentera Udara Diraja Malaysia Tentera Udara Diraja Malaysia
SaizAktif - 113,000 [1]
Simpanan - 51,600
PangkalanMarkas Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan
Nama samaranATM
Warna      Biru Muda
      Merah
      Biru Tua
KawatTentera Benteng Pertahanan Negara
Peringatan16 September
PertempuranPerang Dunia Kedua
Darurat
Konfrontasi Indonesia-Malaysia
Pencerobohan Lahad Datu 2013
Komander
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera MalaysiaKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
Panglima Angkatan Tentera MalaysiaJeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar
Ketua Staf Markas Angkatan Tentera MalaysiaLeftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad
Tanda kebesaran
Simbol
pengenalan
Lambang ATM


Angkatan Tentera Malaysia (Tulisan Jawi: اڠكتن تنترا مليسيا; singkatan: ATM) ialah satu ketumbukan tentera negara Malaysia yang bertanggungjawab terhadap kedaulatan dan keselamatan negara Malaysia dari anasir luar. ATM meliputi tiga cabang perkhidmatan iaitu; Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ialah Panglima Angkatan Tentera dan ATM dinaungi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku pemimpin tertinggi ATM.

Organisasi

[sunting | sunting sumber]

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) berpangkat Jeneral, Laksamana atau Jeneral TUDM. Beliau adalah ketua profesional ATM yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Beliau memerintah dan mentadbir ATM melalui Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP).

YBhg. Jeneral Tan Sri Dato" Seri Haji Affendi Buang TUDM
Panglima Angkatan Tentera
(PAT)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal
Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan
Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia
(MDIO)
 
 
 
 
Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Haji Yadi
Ketua Staf Markas ATM
Markas Angkatan Tentera Malaysia
(MK ATM)
 
Leftenan Jeneral Dato" Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM
Panglima Angkatan Bersama
Markas Angkatan Bersama
(MK AB)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jeneral Tan Sri Dato" Seri Zamrose bin Mohd Zain
Panglima Tentera Darat
Markas Tentera Darat
(MK TD)
 
Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany
Panglima Tentera Laut
Markas Tentera Laut
(MK TL)
 
Jeneral Dato" Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM
Panglima Tentera Udara
Markas Tentera Udara
(MK TU)
 

Markas ATM

[sunting | sunting sumber]

Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) adalah markas pemerintahan tertinggi yang diketuai oleh seorang Ketua Staf berpangkat Leftenan Jeneral, Laksamana Madya atau Leftenan Jeneral TUDM. Beliau bertindak sebagai perancang korporat, menyelaraskan segala aspek operasi dan pentadbiran ketiga-tiga perkhidmatan dan melapor terus kepada Panglima Angkatan Tentera. Struktur organisasi Markas ATM disusun mengikut kod antarabangsa seperti berikut:

  1. Sekretariat (J1)
  2. Perkhidmatan Anggota (J2)
  3. Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (J3)
  4. Bahagian Logistik Pertahanan (J4)
  5. Bahagian Perancangan Pertahanan (J5)
  6. Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (J6)
  7. Bahagian Hal Ehwal Awam (J7)
  8. Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8)
  9. Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (J9)

Sekretariat (J1)

[sunting | sunting sumber]

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.

Bahagian Operasi & Latihan (J3)

[sunting | sunting sumber]

Bahagian ini dibahagikan kepada tiga cawangan iaitu Bilik Gerakan Pertahanan, Cawangan Latihan dan Cawangan Pemetaan. Bahagian ini bertanggungjawab dalam merancang, mengkoordinasi dan mengawasi latihan-latihan yang dijalankan bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain atau dengan angkatan tentera luar negeri. Setakat ini beberapa latihan dan eksesais dua hala dan berbilang hala telah berjaya dilaksanakan. Antara negara-negara yang terlibat ialah Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, United Kingdom dan negara-negara ASEAN.

Bahagian Logistik (J4)

[sunting | sunting sumber]

Bahagian Logistik Pertahanan ini telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan Logistik Tiga Khidmat di dalam aspek-aspek Operasi, Latihan dan Pentadbiran. Ia memainkan peranan untuk merancang, pembangunan, penggubalan dasar, bantuan dan latihan bersama/gabungan, pergerakan dan pengangkutan bersama/gabungan, penyelarasan dan pengurusan sumber-sumber logistik di dalam ATM. Bahagian ini diketuai oleh Asisten Ketua Staf (AKS) berpangkat Brigedier Jeneral atau setaraf. Bahagian ini mempunyai tujuh cawangan di bawahnya dan piagam bagi setiap satu adalah seperti berikut:

Cawangan Dasar Logistik
[sunting | sunting sumber]

Cawangan ini bertanggungjawab untuk merancang dan menggubal dasar-dasar logistik untuk mencapai sistem logistik yang efektif dan efisien merangkumi bidang-bidang pergerakan dan pengangkutan, sumber material, kejuruteraan,bekalan, stor ordnans, peralatan pengswastaan dan perumahan ATM.

Cawangan Penyelarasan Bantuan Logistik
[sunting | sunting sumber]

Cawangan ini mengendalikan segala tugas-tugas pengurusan logistik serta pengurusan kewangan bagi Markas ATM serta unit-unit 3 khidmat di bawahnya.

Cawangan Perancangan Dan Operasi Bersama
[sunting | sunting sumber]

Cawangan ini bertanggungjawab ke atas perancangan dan pembangunan logistik di dalam ATM. Manakala diperingkat nasional dan antarabangsa serta bantuan logistik kepada operasi dan eksesais ATM, ia dikendalikan di dalam konteks bersama.

Cawangan Perumahan Dan Pembinaan
[sunting | sunting sumber]

Cawangan ini berfungsi sebagai staf dan agensi perlaksanaan bagi projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan. Peranannya adalah untuk menyediakan keperluan perumahan dan pembangunan teknikal, serta pemyediaan kemudahan ATM. Ia juga menguruskan penyelenggaraan kem-kem dan kemudahan ATM yang berkaitan.

Projek Simpanan Petroleum
[sunting | sunting sumber]

Tim Projek bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Panglima-Panglima di dalam semua perkara ketenteraan dan keperluan bantuan operasi (Petroleum) dan Jawatankuasa Pemandu Petroleum ATM di dalam semua Sistem Bantuan Petroleum sehingga ke tahap akhir operasi depot.

Cawangan Penguasa Katalog ATM
[sunting | sunting sumber]

Peranan utama cawangan ini adalah untuk menyelaras, mengawal dan menyatukan serta mengembangkan "NATO Codification System" di dalam pengurusan inventori ketiga-tiga perkhidmatan ATM dan mengembang ke Jabatan Kerajaan lain apabila berupaya berbuat demikian.

Cawangan Sistem Komputer Logistik
[sunting | sunting sumber]

Cawangan Sistem Komputer Logistik (CSKL) berfungsi untuk menyelaras keperluan pengkomputeran dibidang logistik untuk ketiga-tiga perkhidmatan.

Bahagian Perancangan Pertahanan (J5)

[sunting | sunting sumber]

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.

Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (J6)

[sunting | sunting sumber]

Bahagian ini yang juga dipanggil KOMLEK berperanan untuk memberi kemudahan komunikasi termasuk penghantaran persuratan/utusan ATM secara efektif dan efisien di samping menyelaraskan hal-hal elektronik, komputer, pengurusan maklumat ATM, peperangan elektronik dan informasi. KOMLEK bertanggungjawab dalam perkara-perkara berikut :

  1. Menyelaras semua aspek sistem komunikasi dan elektronik bantuan pemerintahan dan kawalan dalam melaksanakan operasi latihan.
  2. Menggubal dan mengemaskini dasar, doktrin dan prosedur komunikasi dan elektronik peperangan dan latihan bersama serta gabungan.
  3. Merancang dan menyelaraskan pembangunan aset serta prosedur peperangan elektronik dan informasi ATM termasuk penyediaan doktrin, pangkalan data dan penyeragaman sistem dan prosedur KESKOM (Keselamatan Komunikasi) serta kriptografi.
  4. Menentukan penyeragaman semua aspek elektronik dan teknologi alat-alat komunikasi dan elektronik termasuk alat-alat radar dan pengesan menerusi piawaian untuk mewujudkan "inter-operability".
  5. Mengurus semua sistem komunikasi strategik dan perhubungan trunk, termasuk sistem P4 dan telefon.
  6. Mengkoordinasi dan membangunkan sistem maklumat pengurusan ATM.
  7. Bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan swasta berhubungkait dengan hal-hal komunikasi dan elektronik bagi kepentingan ATM.
  8. Menyelaraskan pengurusan dan pelaksanaan fungsi Lembaga Perhubungan Pertahanan (Defence Signal Board).
  9. Bekerjasama dengan negara-negara sahabat keatas semua aspek komunikasi dan elektronik bagi kepentingan bersama, melalui Kelompok Kerja dan Jawatankuasa Kecil.
  10. Wakil ATM dalam "Frequency Assignment Committee Singapore, Malaysia and Brunei" (FACSMAB). #Wakil ATM dalam "Telecommunication Coordinating Committee" (TTC).
  11. Menyelaraskan semua pembangunan dan pengurusan Sistem Komputer ATM, termasuk sebagai ahli tetap kepada Jawatankuasa Teknologi Maklumat KEMENTAH.

Bahagian Hal Ehwal Awam (J7)

[sunting | sunting sumber]

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas hal ehwal perhubungan awam.

Perkhidmatan Perhubungan mempunyai peranan tiga perkhidmatan iaitu perkhidmatan Tentera Darat, Laut dan Udara.

Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8)

[sunting | sunting sumber]

Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8) berperanan sebagai penyelaras kepada ketiga-tiga Bahagian /Cawangan dan Jabatanarah Pasukan Simpanan ATM dalam aspek pembangunan Angkatan Sukarela dan Simpanan AngkatanTetap.

Bahagian ini bertanggungjawab:

  1. Menggubal dan mengemaskini dasar dan peraturan berkaitan dengan Angkatan Sukarela dan Simpanan Angkatan Tetap. Ini termasuk dasar berkaitan syarat-syarat Perkhidmatan, latihan, gaji, elaun dan kemudahan-kemudahan lain.
  2. Bertindak sebagai Liason atau penghubung dengan agensi sektor awam dalam aspek keperluan sumber manusia dan logistik.
  3. Merancang dan menyelaras dasar latihan dan operasi PSAT.
  4. Sebagai Pusat Maklumat mengenai PSAT.
  5. Menyelaras aktiviti latihan bagi Pasukan Simpanan ketiga-tiga Perkhidmatan.
  6. Sebagai penasihat kepada PAT dalam hal-hal yang berkaitan PSAT.

Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (J9)

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan Kesihatan mempunyai peranan memberikan perkhidmatan kesihatan kepada Tentera Darat, Laut dan Udara.

Organisasi Perkhidmatan Kesihatan terdiri daripada :

  1. Organisasi Pemerintah - Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Medan, Markas Divisyen,Markas Briged dan Batalion dan Rejimen.
  2. Organisasi Medan.
  3. Organisasi Hospital Angkatan Tentera.
  4. Organisasi Pergigian.
  5. Organisasi Kesihatan.
  6. Organisasi Latihan.

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Keanggotaan

[sunting | sunting sumber]

Dari segi kekuatan anggota, ATM agak kecil dibandingkan dengan tentera negara-negara jiran terdekat kecuali Singapura. Namun, Tentera Singapura jika dikira kerahan tenaga akan melebihi Angkatan Tentera Malaysia dari segi keanggotaan keseluruhan. Berikut adalah perbandingan anggota aktif semasa 2021.

Negara Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara Tentera Marin
Indonesia[3][4] 348 000 74 000 27 800 29 000
Thailand[5] 190 000 59 500 45 000 19 700
Singapura[6] 40 000 4 000 6 000 Tiada
Malaysia[7] 80 000 18 000 15 000 Tiada

Kekuatan tempur ATM mengalami sedikit pengecilan dari segi keanggotaan berikutan berakhirnya Perang Dingin dan ancaman komunis. Belanjawan peruntukkan pertahanan negara pada tahun 2009 juga dijangka mengalami penurunan sehingga 300 juta ringgit[8] dan sehingga 20 peratus untuk 2010[9]. Tunggak kekuatan ATM ialah Tentera darat Malaysia yang berkekuatan empat divisyen infantri dibawah pemerintahan kor yang dikenali sebagai Markas Medan Tentera Darat. Di bawah empat divisyen ini, Markas Medan boleh menggerakkan kira-kira 48 000 anggota tentera. Di peringkat operasi, Tentera Laut Diraja Malaysia mempunyai tiga markas wilayah laut di bawah kelolaan Markas Armada. Kekuatan teras Tentera Udara Diraja Malaysia terletak pada Markas Operasi Udara yang memerintah tiga divisyen udara. Bagi menyepadukan operasi bersama ATM satu Markas Angkatan Bersama telah diwujudkan[10].

Anggaran 2021 meletakkan kekuatan keseluruhan ATM sekitar 113 000 anggota tetap dan sekitar 51 600 anggota simpanan.[1] Bagaimanapun dari 113 000 anggota tetap, anggota tempur dianggarkan tidak lebih dari 90 000 orang keseluruhan untuk ketiga-tiga perkhidmatan, selebihnya elemen-eleman bantuan dan logistik. Namun, pasukan simpanan akan diperbesar bagi menampung kekurangan anggota tetap sekiranya keperluan. Cadangan menubuhkan pasukan Wataniah di kesemua 222 kawasan parlimen dijangka akan melonjakkan jumlah simpanan sehingga 600 000 anggota[11].

Kelengkapan

[sunting | sunting sumber]

ATM juga tidak mempunyai kelebihan yang ketara berbanding kelengkapan tentera negara-negara jiran terutama Singapura. Walaupun ketika ini, ATM menerima perolehan kelengkapan senjata baru yang agak canggih seperti kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi Su-30MKM, namun dalam tempoh tiga hingga lima tahun, kelebihan ini dijangka akan dapat diatasi oleh Indonesia dan Thailand. Disebabkan kelembapan ekonomi, beberapa program pembangunan ATM turut menerima kesan, sama ada ditangguhkan atau tidak diketahui statusnya. Sebagai contoh Program Kapal Ronda Generasi Baru, kumpulan kedua kapal-kapal ini diberitakan akan diteruskan[12], pada penghujung tahun 2010 kerajaan telah menyerahkan surat hasrat kepada syarikat BNS untuk membina kumpulan kedua kapal peronda yang lebih berupaya dan dikenali sebagai SGPV-LCS. Begitu juga perolehan kapal frigat kelas Lekiu kumpulan kedua. Di pihak TUDM pula perolehan skuadron pesawat tempur pelbagai fungsi, dan di pihak TDM perolehan kenderaan perisai baru, masih belum dapat dipastikan tahap pembangunannya. Pada masa yang sama tentera negara jiran dilaporkan, melalui program pembangunan yang proaktif, akan memperolehi aset tempur moden seperti pesawat tempur[13][14][15][16], kapal perang permukaan[17][18] dan kapal selam[19][20][21].

Perolehan aset bagi ATM juga, apabila berlaku, adalah dalam jumlah sedikit barangkali untuk tidak menggusarkan negara-negara jiran. Namun dikhuatiri jumlah perolehan yang sedikit tidak dapat membawa manfaat dari segi kemampuan beroperasi apa lagi untuk mengimbangi kekuatan negara-negara serantau. Sebagai contoh, Tentera Darat Malaysia hanya memperolehi 48 unit kereta kebal utama Bumar Łabędy PT-91M "Pendekar". Jumlah satu rejimen[22] ini mungkin cukup untuk TDM melakukan penyelidikan bagi memperkembangkan doktrin peperangan konvensional mereka, tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan untuk diintegrasikan dalam rangka kerja pertahanan yang menyeluruh. Apabila kerajaan mengumumkan penggantian helikopter Nuri dengan pembelian Eurocopter EC725[23], hanya 12[24] buah akan diperolehi bagi menggantikan sejumlah 28 helikopter Nuri. Sama ada pembelian lanjutan akan dibuat atau tidak, belum lagi dapat dipastikan. Setakat ini hanya enam buah kapal akan diperolehi manakala TLDM telah kehilangan 18 buah kapal ronda kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia[25].

Perbandingan aset ATM

[sunting | sunting sumber]

Angka-angka dibawah adalah angka semasa 2021 dan dijangka berubah dalam masa 3 hingga 5 tahun disebabkan program perolehan senjata yang rancak oleh negara-negara terbabit.

Tentera Darat
[sunting | sunting sumber]
Negara Kereta kebal utama Kenderaan berperisai lain Artileri medan Pesawat
Indonesia 103 1519 582 122
Thailand 381 1839 653 303
Singapura 170 2977 480 161
Malaysia 48 1545 250 20
Tentera Laut
[sunting | sunting sumber]
Negara Kapal kombatan utama¹ Kapal kombatan¹ Kapal kombatan kecil¹ Kapal selam Pesawat
Indonesia[26][27][28] Tiada 30 60 4 86
Thailand[29] 1 13 17 Tiada 42
Singapura[30] Tiada 12 10 6 6
Malaysia Tiada 8 26 2 15

¹Kapal kombatan utama; pengangkut pesawat, kruiser, pembinasa
Kapal kombatan; frigat, korvet
Kapal kombatan kecil; kapal ronda, OPV

Tentera Udara
[sunting | sunting sumber]
Negara Pesawat tempur Pesawat pengangkut Helikopter Amaran awal UAV
Indonesia 101 59 46 Tiada 6
Thailand 129 41 38 2 24
Singapura 100 25 88 4 12+
Malaysia 39 30 25 Tiada 9

Aturgerak Angkatan Tentera Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Semenjak penubuhannya, Angkatan Tentera Malaysia telah diaturgerak dalam berbagai-bagai konflik dan pertempuran. Bermula dengan Perang Dunia Kedua, ATM seterusnya berkhidmat ketika Darurat bagi menghapuskan ancaman komunis. Darurat berakhir pada 1960 manakala insurgensi komunis tamat pada 1989. Pembentukan Malaysia pada 1963 mendapat tentangan Indonesia dan mencetuskan Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Konfrontasi berlarutan sehingga 1966 apabila Sukarno digulingkan. Bermula pada 1960 juga ATM telah mula menyertai misi-misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sehingga kini ATM telah menyertai tidak kurang dari 15 misi antarabangsa di bawah panji-panji PBB.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b International Institute for Strategic Studies (25 February 2021). The Military Balance 2021. London: Routledge. m/s. 281. ISBN 9781032012278.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af ag ah "Arms Transfers". Stockholm International Peace Research Institute. Dicapai pada 30 August 2015.
  3. ^ Dari wikipedia bahasa Inggeris, bagaimanapun data bercanggah
  4. ^ "Center for Strategic and International Studies, 2008" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-09-11. Dicapai pada 2009-09-27.
  5. ^ Thailand National Security
  6. ^ Singapore Armed Forces, Encyclopedia of the Nations
  7. ^ International Institute for Strategic Studies (15 February 2023). The Military Balance 2023. London: Taylor & Francis. m/s. 272. ISBN 1000910709.
  8. ^ Perbelanjaan operasi tentera dikurangkan 10 peratus, Utusan Malaysia Online, 7 September 2008
  9. ^ ATM menggalas amanah rakyat, Utusan Malaysia Online, 16 September 2009
  10. ^ Trend terkini angkatan tentera, Utusan Malaysia Online, 16 Julai 2008
  11. ^ "Penempatan Askar Wataniah Di Kawasan Parlimen Bukan Untuk Raih Undi, Bernama.com, 29 April 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-26. Dicapai pada 2009-09-28.
  12. ^ Kerajaan Akan Teruskan Pembinaan Kumpulan Kedua Kapal Ronda Generasi Baru TLDM, Bernama.com 24 November 2008
  13. ^ Gripen agreement between Sweden and Thailand signed, Saab Technologies
  14. ^ Sukhoi to supply six fighters to Indonesia - company, RIA Novosti
  15. ^ Indonesia Wants F-16 Fighters, DefenceNews
  16. ^ Boeing gets F-15 order from Singapore-report, ReutersUK
  17. ^ Singapore Completes Frigate Fleet, DefenceNews
  18. ^ Indonesian Navy`s corvette arrives from Netherlands, ANTARANEWS
  19. ^ Singapore Navy Launches Its First Archer-Class Submarine, Defence Talk, 19 Jun 2009
  20. ^ Indonesia set to buy Russian submarines - news agency, RIA Novosti 19 Oktober 2006
  21. ^ Thailand"s submarine ambitions back on agenda, Janes.com
  22. ^ Kor Armor Diraja - Pasukan tempur yang semakin digeruni, Utusan Malaysia Online, 30 Ogos 2003
  23. ^ "Eurocopter Dapat Tender Ganti Nuri, Bernama.com, 27 September 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-26. Dicapai pada 2009-09-28.
  24. ^ Parlimen Ke-12, Penggal Pertama, Mesyuarat Ketiga[pautan mati kekal]
  25. ^ Maritim Malaysia Terima Sebuah Lagi Kapal TLDM, 18 Disember 2008
  26. ^ Indonesian Navy Fleet
  27. ^ Indonesia wants bigger fleet, Buzzle.com
  28. ^ "Inonesia"s security burden-Stanley A. Weiss, The Malaysian Insider". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-06. Dicapai pada 2009-10-05.
  29. ^ Thailand to build offshore patrol vessels, Baird Maritime, 25 Ogos 2009
  30. ^ RSN Assets