Aliran Metropolitan
Warna dalam peta | Magenta Korporat |
Tahun dibuka | 1863 |
Jenis aliran | Aras permukaan |
Pusingan simpanan (Rolling stock) |
A62 Stock dan S Stock |
Stesen dalam perkhidmatan |
34 |
Panjang | 66.7 km (41.4 batu) |
Depoh | Neasden |
Bilangan penumpang | 58 juta (2002) (setahun) |
Perkhidmatan kereta api Transport for London | |
---|---|
Aliran Metropolitan merupakan salah satu daripada perkhidmatan London Underground. Aliran ini diwarnakan dengan warna magenta korporat dalam peta London Underground dan peta-peta lain. Dibuka pada 10 Januari 1863, aliran Metropolitan merupakan perkhidmatan kereta api bawah tanah yang pertama di dunia, namun pada hari ini, sebahagian perkhidmatan asal aliran ini diubah menjadi sebahagian perkhidmatan aliran Hammersmith & City, Circle dan District. Perkhidmatan utama yang disediakan oleh aliran ini ialah dari Aldgate di kota London ke Amersham. Di samping itu, perkhidmatan aliran Metropolitan juga mempunyai cabang perkhidmatan ke Uxbridge, Watford dan Chesham. Hanya sembilan buah stesen yang berada di dalam tanah daripada keseluruhan 34 buah stesen. Dalam sistem London Underground, aliran Metropolitan mencatatkan aliran kesembilan yang paling banyak digunakan.[1]
Aliran ini menyediakan perkhidmatan ke semua stesen, yang juga dirujuk sebagai perkhidmatan separa pantas. Kadangkala terdapat juga perkhidmatan pantas (ekspres) ke Amersham, dengan melangkaui beberapa buah stesen. Hal ini dapat dimungkinkan dengan penggunaan landasan empat lorong di antara stesen Wembley Park dan stesen Moor Park. Stesen penghujung bagi aliran ini ialah Aldgate tetapi kebanyakan perkhidmatan kereta api menamatkan perjalanan di Baker Street.
Dalam perkhidmatan London Underground, aliran Metropolitan merupakan aliran terpantas. Kelajuan yang boleh dicapai dalam perkhidmatan pantas selepas stesen Harrow-on-the-Hill ke Amersham ialah 110 km/j pada sekitar lewat 1990-an dan awal 2000. Namun begitu, kelajuannya telah dihadkan kepada 80 km/j.
Selain aliran Central, aliran Metropolitan merupakan antara perkhidmatan London Underground yang mempunyai stesen di luar lingkungan Greater London dan Jalan Lingkaran M25.
Pusingan simpanan (rolling stock) dalam kegunaan
[sunting | sunting sumber]Pusingan simpanan yang digunakan pada sekarang ialah A Stock yang dihasilkan oleh Cravens di Sheffield. Gerabak ini juga digunakan dalam Aliran London Timur sehingga tahun 2007. Badan gerabak-gerabak ini pada asalnya tidak dicat, tetapi mendapat sentuhan skema warna seragam Underground — biru, putih dan merah. S Stock juga turut digunakan pada hari ini. Gerabak A Stock yang digunakan dalam aliran Metropolitan lazimnya merupakan percantuman dua set gerabak, setiap satu set mempunyai empat buah gerabak, manakala perkhidmatan ulang-alik ke Chesham pula menggunakan satu set empat buah gerabak.
Kereta api Stock A sebenarnya telah diperbuat pada tahun 1960-an, dan gerabak-gerabak ini merupakan yang tertua dalam perkhidmatan London Underground. Set ini dihasilkan sebagai ganti kepada pusingan simpanan (rolling stock) yang lebih berusia seperti T Stock, iaitu kereta api elektrik berbilang unit (digunakan dalam perkhidmatan ke Watford dan perkhidmatan pengangkutan barang-barang ke Aylesbury), F Stock yang dikeluarkan pada tahun 1920 (digunakan dalam perkhidmatan ke Uxbidge) dan P Stock yang dikeluarkan pada tahun 1937.
Peta
[sunting | sunting sumber]Stesen
[sunting | sunting sumber]Dalam turutan dari sebelah timur ke sebelah barat
Perkongsian dengan aliran Hammersmith & City | |||
Stesen | Imej | Tahun dibuka | Maklumat tambahan |
---|---|---|---|
Aldgate | 18 November 1876 | Terminus (stesen pengakhiran)peta 1 | |
Liverpool Street | 12 Julai 1875 | Dibuka pada asalnya sebagai Bishopsgate, dinamakan sebagai Liverpool Street pada 1 November 1909peta 2 | |
Moorgate | 1865 | Kereta api daripada utara atau barat boleh menamatkan perkhidmatan di stesen ini, tetapi diatur supaya tidak berbuat demikian dalam jadual waktu sekarang.peta 3 | |
Barbican | 1865 | Dibuka pada asalnya sebagai Aldersgate Street, dinamakan sebagai Aldersgate pada tahun 1910, ditukar menjadi Aldersgate and Barbican pada tahun 1923, dan dinamakan kepada nama sedia ada pada 1968peta 4 | |
Farringdon | 10 Januari 1863 | peta 5 | |
King's Cross St. Pancras | 1863 | peta 6 | |
Euston Square | 1863 | Dibuka pada asalnya sebagai Gower Streetpeta 7 | |
Great Portland Street | 10 Januari 1863 | Dibuka pada asalnya sebagai Portland Roadpeta 8 | |
Stesen-stesen Teras | |||
Aliran Metropolitan berpisah daripada gabungan aliran Circle—Hammersmith & City di sebelah timur stesen Baker Street. Stesen untuk perkhidmatan aliran Metropolitan dibina dengan kedudukan lebih kurang 45 darjah daripada stesen untuk perkhidmatan aliran Circle—Hammersmith & City | |||
Baker Street | 10 Januari 1863 | Kebanyakan kereta api bergerak ke arah utara dari stesen inipeta 9 | |
Finchley Road* | 30 Jun 1879 | peta 10 | |
Wembley Park** | 14 Oktober 1893 | Dibuka sepenuhnya pada 12 Mei 1894peta 11 | |
Preston Road | 21 Mei 1908 | Aliran ini merentasi sini untuk ke Harrow, 2 Ogos 1880peta 12 | |
Northwick Park | 28 Jun 1923 | Pada asalnya dibuka sebagai Northwick Park and Kenton. Aliran ini merentasi sini untuk ke Harrow, 2 Ogos 1880peta 13 | |
Harrow-on-the-Hill | 2 Ogos 1880 | Di stesen Harrow, aliran ini berpisah kepada dua cabang — iaitu laluan utama ke Watford, cabang ke Amersham dan cabang ke Uxbridgepeta 14 | |
*Landasan kereta api aliran Metropolitan di antara stesen Finchley Road dan stesen Wembley Park terletak di sebelah luar landasan kereta api aliran Jubilee. Kereta api aliran Metropolitan bergerak dengan pantas di landasan ini dan tidak berhenti di stesen West Hampstead, Kilburn, Willesden Green, Dollis Hill dan Neasden. Stesen Willesden Green dan Neasden mempunyai platform untuk aliran Metropolitan tetapi mana-mana kereta api aliran Metropolitan hanya akan berhenti dalam kes-kes kecemasan sahaja, ataupun sekiranya masalah berkaitan di aliran Metropolitan atau aliran Jubilee atau kedua-duanya sekali timbul. | |||
**Di stesen Wembley Park, dua landasan kereta api aliran Metropolitan berpecah menjadi empat landasan. Kereta api laju (lazimnya ke Amersham) dan separa laju (lazimnya ke Watford) tidak akan berhenti di stesen Preston Road atau stesen Northwick Park. Pada waktu puncak, terdapat perkhidmatan tanpa henti daripada stesen Finchley Road ke stesen Harrow-on-the-Hill apabila kereta api melangkau stesen Wembley Park. |
Cabang Uxbridge
[sunting | sunting sumber]Daripada stesen Harrow on the Hill | |||
Stesen | Imej | Tahun dibuka | Maklumat tambahan |
---|---|---|---|
West Harrow | 17 November 1913 | peta 15 | |
Rayners Lane | 26 Mei 1906 | Aliran Metropolitan berkongsi landasan dengan aliran Piccadilly dari stesen Rayners Lane ke Uxbridge peta 16 | |
Eastcote | 26 Mei 1906 | Stesen ini pada awalnya dikenali sebagai Eastcote Haltpeta 17 | |
Ruislip Manor | 5 Ogos 1912 | Stesen ini pada awalnya dikenali sebagai Ruislip Manor Haltpeta 18 | |
Ruislip | 4 Julai 1904 | peta 19 | |
Ickenham | 25 September 1905 | Stesen ini pada awalnya dikenali sebagai Ickenham Haltpeta 20 | |
Hillingdon | 10 Disember 1923 | peta 21 | |
Uxbridge | 4 Julai 1904 | Terminuspeta 22 |
Cabang Northwood
[sunting | sunting sumber]Daripada stesen Harrow on the Hill | |||
Stesen | Imej | Tahun dibuka | Maklumat tambahan |
---|---|---|---|
North Harrow | 22 Mac 1915 | peta 23 | |
Pinner | 25 Mei 1885 | peta 24 | |
Northwood Hills | 13 November 1933 | peta 25 | |
Northwood | 1 September 1887 | Stesen terakhir yang terletak dalam kawasan Greater Londonpeta 26 | |
Moor Park | 9 Mei 1910 | Dibuka sebagai stesen Sandy Lodge, sebelum ditukar menjadi Moor Park & Sandy Lodge pada 18 Oktober 1923. Nama yang digunakan sekarang digunakan sejak 25 September 1950peta 27 | |
Selepas stesen Harrow-on-the-Hill, landasan kereta api diatur menjadi dua landasan selari berpasangan. Satu daripadanya landasan ke utara yang berkelajuan perlahan dan satu lagi landasan untuk perkhidmatan kereta api laju. Landasan laju ini turut digunakan oleh perkhidmatan National Rail ke Aylesbury bawah pengurusan Kereta Api Chiltern. Semua stesen di antara Harrow-on-the-Hill dan Moor Park hanya mempunyai platform untuk perkhidmatan kereta api berkelajuan perlahan dan separa pantas (lazimnya ke Watford). Di stesen Moor Park, landasan tadi berpisah. Landsan perkhidmatan laju menuju ke Amersham dan dan landasan perkhidmatan berkelajuan perlahan menuju ke Watford. |
Cabang Watford
[sunting | sunting sumber]Daripada stesen Moor Park | |||
Stesen | Imej | Tahun dibuka | Maklumat tambahan |
---|---|---|---|
Croxley | 2 November 1925 | Stesen ini dahulunya dinamakan sebagai Croxley Green sebelum nama ditukar menjadi Croxley pada 23 Mei 1949peta 28 | |
Watford | 4 November 1925 | peta 29 | |
Terdapat perkhidmatan kereta api tiga segi, iaitu perkhidmatan di antara stesen Watford dan stesen Rickmansworth. Perkhidmatan ini disediakan oleh beberapa buah kereta api pada awal-awal pagi dan lewat malam. |
Menuju ke Amersham atau Chesham
[sunting | sunting sumber]Daripada stesen Moor Park | |||
Stesen | Imej | Tahun dibuka | Maklumat tambahan |
---|---|---|---|
Rickmansworth | 1 September 1887 | peta 30 | |
Chorleywood | 8 Julai 1889 | Dibuka dengan nama Chorley Wood, ditukar kepada Chorley Wood & Chenies pada 1 November 1915 sebelum berbalik kepada nama asal pada tahun 1934. Nama sekarang ditukar pada tahun 1964peta 31 | |
Chalfont & Latimer | 8 Julai 1889 | Dibuka dengan nama Chalfont Road, sebelum nama sekarang mula diguna pada 1 November 1915peta 32 | |
Stesen-stesen di antara Rickmansworth and Amersham juga dalam laluan perkhidmatan kereta api Chiltern ke Aylesbury. | |||
Kereta api dari sini akan terus menuju ke stesen Amersham atau terus menuju ke stesen Chesham ketika waktu puncak melalui cabang lain. Pada waktu-waktu lain terdapat perkhidmatan ulang-alik daripada stesen Chalfont & Latimer dan stesen Chesham dengan pertukaran daripada kereta api Amersham. Kekerapan perkhidmatan di antara stesen Chalfont & Latimer dan stesen Chesham ialah kira-kira 30 minit. |
Daripada stesen Chalfont & Latimer | |||
Stesen | Imej | Tahun dibuka | Maklumat tambahan |
---|---|---|---|
Chesham | 8 Julai 1889 | Stesen pengakhiran Perkhidmatan Kereta Api Metropolitan di sebelah utara; daripada Baker Streetpeta 33 |
Daripada stesen Chalfont & Latimer | |||
Stesen | Imej | Tahun dibuka | Maklumat tambahan |
---|---|---|---|
Amersham | 1 September 1892 | Dinamakan menjadi Amersham & Chesham Bois pada 12 Mac 1922, sebelum berbalik kepada nama asal pada tahun 1937peta 34 |
Depoh
[sunting | sunting sumber]Depoh bagi aliran Metropolitan terletak di Neasden.[2]peta 35
Bekas stesen dalam aliran Metropolitan
[sunting | sunting sumber]Bahagian St John's Wood
[sunting | sunting sumber]- Lord's (ditutup pada tahun 1939)
- Marlborough Road (ditutup pada tahun 1939)
- Swiss Cottage (ditutup pada tahun 1940)
- Stesen-stesen ini digantikan dengan stesen-stesen dalam perkhidmatan aliran Jubilee.
Selepas stesen Amersham
[sunting | sunting sumber]- Great Missenden (perkhidmatan dihentikan ke sini pada tahun 1961)
- Wendover (perkhidmatan dihentikan ke sini pada tahun 1961)
- Stoke Mandeville (perkhidmatan dihentikan ke sini pada tahun 1961)
- Aylesbury (perkhidmatan dihentikan ke sini pada tahun 1961)
- Waddesdon (stesen ditutup pada tahun 1936)
- Quainton Road (perkhidmatan dihentikan ke sini pada tahun 1948, stesen ditutup pada tahun 1966)
Cabang Verney Junction
[sunting | sunting sumber]- Granborough Road (stesen ditutup pada tahun 1936)
- Winslow Road (stesen ditutup pada tahun 1936)
- Verney Junction (perkhidmatan dihentikan ke sini pada tahun 1936, stesen ditutup pada tahun 1967)
Selain itu stesen-stesen di antara Brill dan Quantain Road yang membentuk Landasan Trem Brill (juga sebahagian perkhidmatan Kereta Api Metropolitan) pada sekitar tahun 1871 dan ditutup perkhidmatannya pada 30 November 1935.[3][4]
Ciri-ciri aliran Metropolitan
[sunting | sunting sumber]Aliran Metropolitan mempunyai ciri-ciri unik yang tidak didapati oleh aliran-aliran London Underground yang lain. Aliran Metropolitan lebih bercirikan sebuah perkhidmatan aliran kereta api utama berdasarkan ciri-ciri berikut:
- Landasan bawah tanah yang panjangnya 9.7 km, manakala landasan atas tanah sepanjang 57.1 km.[5]
- Perkhidmatan aliran Metropolitan merangkumi perkhidmatan berkelajuan perlahan, separa laju dan laju tidak seperti semua aliran London Underground yang lain.[6]
- Aliran ini merentasi luar London dan menyediakan perkhidmatan ke bandar-bandar dan kampung-kampung di wilayah Hetfordshire dan Buckinghamshire.
- Jadual perkhidmatan terperinci ke Watford dan North Harrow (juga bahagian perkhidmatan Amersham/Chesham ke Rickmansworth) yang lengkap juga turut dikeluarkan oleh London Underground.[6] Maklumat perkhidmatan ke Uxbridge dan West Harrow turut dimasukkan tetapi secara tidak terperinci.
Pola kekerapan perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah pola kekerapan perkhidmatan luar waktu puncak dalam tempoh sejam:
- 6 perkhidmatan kereta api Uxbridge - Aldgate (melalui semua stesen)
- 6 perkhidmatan kereta api Watford - Baker Street (melalui semua stesen)
- 2 perkhidmatan kereta api Amersham - Baker Street (perkhidmatan pantas). Laluan ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan Kereta Api Chiltern di antara Marylebone dan Aylesbury dengan kekerapan dua perkhidmatan dalam tempoh sejam. Secara amnya terdapat empat perkhidmatan kereta api antara Amersham dan London.
- 2 perkhidmatan kereta api Chesham - Baker Street (perkhidmatan pantas).[7]
Koordinat stesen dalam peta geografi
[sunting | sunting sumber]
|
|
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ London Underground. "FAQ". Transport for London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-16. Dicapai pada 2009-05-12.
- ^ "London Underground Key Facts". Transport for London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-15. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ Simpson, Bill (2005). A History of the Metropolitan Railway. 3. Witney: Lamplight Publications. ISBN 1899246134.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Melton, Ian (1984). R. J., Greenaway (penyunting). "From Quainton to Brill: A history of the Wotton Tramway". Underground. Hemel Hempstead: The London Underground Railway Society (13). ISSN 0306-8609.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ "Line facts - Metropolitan". Transport for London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-02. Dicapai pada 2010-12-18.
- ^ a b "Metropolitan Line services, tracks, ..." John Francis Rowland. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-27. Dicapai pada 2010-12-18.
- ^ Transport for London: Chesham trains to run direct to Central London Dicapai pada 3 Jun 2011.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Foxell, Clive (2010). The Metropolitan Line. History Press. ISBN 978 0 7524 5396 5.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Aliran Metropolitan |
- (Inggeris)"Metropolitan line facts". Transport for London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-02. Dicapai pada 2008-07-11.
- (Inggeris)"Metropolitan Line". Clive's Underground Line Guide. Dicapai pada 2008-07-11.
- (Inggeris)"Railways Around Amersham & The Metropolitan Line". Metro-land. Dicapai pada 2008-07-11.