Pergi ke kandungan

Alex Rodriguez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alex Rodriguez
Rodriguez pada tahun 2011
Shortstop / Third baseman
Dilahirkan: (1975-07-27) 27 Julai 1975 (umur 49)
Manhattan, New York City, A.S.
Pukulan: Kanan Balingan: Kanan
MLB debut
8 Julai, 1994, untuk Seattle Mariners
Penampilan MLB terakhir
12 Ogos, 2016, untuk New York Yankees
Statistik MLB
Purata pukulan.295
Pukulan3,115
Home run696
RBI2,086
Pasukan
Kerjaya cemerlang dan anugerah

Alexander Emmanuel Rodriguez (lahir 27 Julai 1975), digelar "A-Rod", ialah bekas pemain besbol profesional Amerika yang beraksi sebagai shortstop dan third baseman. Beliau juga seorang ahli perniagaan dan dermawan. Rodriguez telah beraksi selama 22 musim di Major League Baseball (MLB) bersama pasukan Seattle Mariners (1994–2000), Texas Rangers (2001–2003) dan New York Yankees (2004–2016). Rodriguez ialah pengerusi dan ketua pengarah eksekutif bagi A-Rod Corp serta pengerusi bir Presidente.[1] Beliau merupakan sebahagian daripada pemilik bagi pasukan National Basketball Association, Minnesota Timberwolves.[2] Rodriguez memulakan karier besbolnya sebagai antara prospek yang paling menarik tumpuan dan dianggap sebagai antara pemain besbol terhebat sepanjang zaman.[3][4][5]

Beliau kini menjadi pemain pertama dalam jumlah larian dan tapak diperoleh; kedua dalam pukulan tapak tambahan dan RBI, keempat dalam besbol bagi semua pemain dalam sejarah besbol sejak hari lahirnya ke-31. Rodriguez juga memiliki lebih HR, RBI, jumlah larian dan pukulan berbanding pemain terbanyak meraihnya sepanjang zaman iaitu Hank Aaron (RBI), Barry Bonds (HR), Rickey Henderson (jumlah larian) dan Pete Rose (pukulan) yang melakukannya sebelum hari lahirnya ke-31.[6] Beliau juga menjadi pemain termuda yang meraih 500 home run sekali gus meleburkan rekod Jimmie Foxx yang meraihnya pada tahun 1939.[7]

Pada tahun 2009, beliau telah mengaku telah mengambil steroid dari tahun 2001 sehingga 2003 semasa beliau bersama Texas Rangers untuk menjadi pemain yang lebih hebat dalam besbol.[8] Karier beliau telah tamat pada Ogos 2016.[9]

  1. ^ Swant, Marty (January 23, 2020). "Alex Rodriguez Joins Presidente As Chairman And Co-Owner To Pitch Dominican Beer To The Masses". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 16, 2020.
  2. ^ Draper, Kevin (2021-07-21). "Alex Rodriguez Joins Ownership Group for Timberwolves and Lynx". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2022-05-25.
  3. ^ Barra, Allen (August 22, 2006). "Atlas slugged". The Village Voice. Diarkibkan daripada yang asal pada May 5, 2008. Dicapai pada March 11, 2014.
  4. ^ McNeal, Stan (April 5, 2004). "Alex the greatest for the second straight year, general managers put A-Rod at the top of our list of baseball's 50 best players". Sporting News. Diarkibkan daripada yang asal pada July 13, 2006. Dicapai pada March 11, 2014.
  5. ^ Graves, Gary (July 9, 2002). "Players tab Bonds as game's best player". USA Today. Dicapai pada March 11, 2014.
  6. ^ "Alexander Emmanuel Rodriguez". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-03. Dicapai pada 2008-07-17.
  7. ^ "500 Home Runs Club". Dicapai pada 2008-07-17.
  8. ^ "Rodriguez reveals he cheated, lied | MLB.com: News". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-11. Dicapai pada 2009-02-10.
  9. ^ Gabe Lacques (2016-08-08). "Alex Rodriguez announces retirement, will play final game Friday". USA Today.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Baseballstats