Aku Bukan Ustazah
Aku Bukan Ustazah ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Idora Abdul Rahman terbitan Global Station Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh MK K-Clique, Erysha Emyra dan Zahiril Adzim. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 dari 3 Mei hingga 11 Jun 2024, menggantikan Wanita Syurga.
Aku Bukan Ustazah | |
---|---|
Genre | Melodrama Cinta Agama Misteri |
Berdasarkan daripada | Aku Bukan Ustazah karya Lyna Masud |
Ditulis oleh | Ayuni Zamani |
Pengarah | Idora Abdul Rahman |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Hening Rindu" - Marsha Milan |
Lagu penutup | "Hening Rindu" - Marsha Milan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Dato Zaiton Muhd Jiwa |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 43 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Akasia) Tonton RTB Aneka (Brunei) |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 3 Mei 2024 – 11 Jun 2024 |
Kronologi | |
Mengikuti | Wanita Syurga |
Diikuti oleh | Dua Darjat |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Drama ini mengisahkan perjalanan seorang gadis bernama Aminah (Erysha Emyra) yang mengenakan niqab, tetapi berpaling dari pegangan agamanya akibat fitnah manusia.
Akibat tindakan seorang lelaki bernama Adam (MK K-Clique), martabatnya sebagai seorang niqabis tercalar dan diinjak-injak, menyebabkan dia bertekad untuk mencari jalan hidupnya sendiri.
Dari situlah bermula perjalanan hidupnya bersama teman-teman yang memiliki keyakinan yang berbeza. Aminah hampir terjerumus ke dalam lembah kesalahan akibat perasaannya yang terkeliru.
Dia pun membuat keputusan untuk mengubah dirinya, menanggalkan identiti "Aminah" dan mengambil nama baru, "Miya". Dalam perjalanan ini, dia akan menemukan cinta sejati dan menghadapi konflik dalam hubungan serta ujian keimanan.
Cabaran demi cabaran datang apabila Aminah berusaha membimbing teman-temannya keluar dari kegelapan hidup mereka.
Sementara itu, Adam dan Omar (Zahiril Adzim), dua pemuda dengan latar belakang hidup yang sangat berbeza, masing-masing berusaha merebut cinta Aminah.
Adam adalah seorang pemilik kelab malam yang hidupnya penuh dengan dosa, manakala Omar adalah seorang doktor lulusan universiti di Mesir yang sangat menjaga agama dan prinsip hidupnya.
Di antara kedua pemuda ini, hanya satu yang paling dekat dengan Aminah, namun dia sering menyangkal perasaannya sendiri.
Akankah Aminah berjaya membantu teman-temannya keluar dari kegelapan hidup mereka? Dan mampukah Adam mencintai Aminah meskipun jauh dari agama?
Apakah kesudahan bagi cinta seorang niqabis ini?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- MK K-Clique sebagai Adam, seorang pemilik kelab malam kemudian menjadi pemilik syarikat Tuan Hamid dan suami kepada Aminah "Miya" (Episod 1-28)
- Erysha Emyra sebagai Aminah / Miya, seorang graduan di salah sebuah universiti yang memakai Niqab namun meninggalkan kerana peristiwa dengan Adam di saat awal perkenalan namun Aminah menolak permintaan Adam untuk mengahwininya langsung berkawin dengan Omar tetapi tidak berpanjangan.Dia lahir daripada keluarga beragama dan seorang keras kepala mengikut emosi (Episod 1-28)
- Zahiril Adzim sebagai Dr. Omar, Seorang graduan doktor dari sebuah universiti di Mesir yang menyukai Aminah namun selepas berkahwin dengan dia Omar melakukan penderaan secara diam terhadap Aminah dan Zahira (isteri kedua "skandal". Omar ditahan oleh polis atas kesalahan mendera Zahira
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Husna Mustaffa sebagai Zahirah, Isteri kedua kepada Omar yang bekerja sebagai Staf Jururawat di tempat kerja Omar tetapi bercerai selepas berlaku penderaan dilakukan oleh Omar (Episod 14-25)
- Shaza Bae sebagai Sam / Salmah, Seorang tomboi namun bersikap positif dan berkawan dengan Aminah
- Qistina Khaled sebagai Zaza,Kawan kepada Sally, Aminah dan Sam. (Antagonist #2) seorang melakukan perbuatan jahat, Zaza mati dalam kemalangan bersama Sally ketika cuba menggangu Adam dan Aminah
- Haneesya Hanee sebagai Salimah/Sally (Antagonist utama), bekas teman wanita Adam dan berdendam dengan Aminah malah suka ikut emosi dan tidak boleh terima kenyataan. Beliau cedera parah selepas dilanggar semasa cuba menggangu Adam dan Aminah di Pulau Pinang kemudian hilang ingatan
- Danial Dashuki sebagai Anas,Kawan kepada Adam dan Pembantu Peribadi Tuan Hamid
- Fikhree Bakar sebagai Ustaz Aslam "Along" "Abi", Abang kepada Aminah dan anak kepada Ustaz Ahmad & Ustazah Fatimah , bapa kepada Dahlia. Seorang mudhir di madrasah milik keluarganya dan duda serta mempunyai fikiran positif
- Ahmad Syafiq sebagai Ustaz Azhar "Angah" abang no 2 kepada Aminah, kawan Omar dan suami Haziqah. Seorang mudah terpedaya
- Syad Mutalib sebagai Ustazah Haziqah, Kawan kepada Aminah dan isteri kepada Azhar .Bersikap judgemental,tikam dalam diam
- Razak Ahmad sebagai Ustaz Ahmad "Walid", pengetua madrasah dan Bapa kepada Aslam, Azhar, Aminah dan mentua kepada Adam, Omar (bekas Menantu) dan Haziqah
- Azhar Sulaiman sebagai Tuan Hamid, Ayah kepada Adam dan mentua kepada Aminah yang juga pemilik syarikat pembinaan
- Mas Anizan sebagai Puan Habibah, Isteri Tuan Hamid dan Ibu kepada Adam & mentua kepada Aminah
- Fadilah Mansor sebagai "Ummi" Ustazah Fatimah, Ibu kepada Aminah, Adam (Menantu),Omar (bekas) dan isteri Ustaz Ahmad
- Penampilan khas
- Amin Idris sebagai dirinya sendiri,Kawan kepada Ustaz Aslam "Along"
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Hening Rindu" - Marsha Milan
- "Kekasih Untukku" - Nubhan
- "Arah Cinta" - Siti Nordiana
- "Terus Bersinar" - Hafiz Suip
- "Pejam" - Khai Bahar & Adira
- "Milik Kita" - Adira
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]TV3: Slot Akasia, Isnin–Jumaat, 7:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Aku Bukan Ustazah | Berikutnya |
Wanita Syurga | Dua Darjat |