Aksara Cinta
"Aksara Cinta" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Wani Kayrie | ||||
Dilancarkan | 1 Oktober 2020 | |||
Dirakamkan | 2020 | |||
Format | Muat turun digital, media penstriman | |||
Genre | Pop, balada | |||
Panjang | 3:14 | |||
Syarikat | Suria Records | |||
Penulis | ||||
Penerbit |
| |||
Kronologi single Kronologi single Wani Kayrie | ||||
| ||||
"Aksara Cinta" di YouTube | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Aksara Cinta" ialah lagu oleh penyanyi wanita Malaysia, Wani Kayrie.[1][2] Lagu ini ialah hasil nukilan Hael Husaini dan Ezra Kong. Ia dikeluarkan pada 1 Oktober 2020 oleh Suria Records.[3]
Latar belakang dan komposisi
[sunting | sunting sumber]Dalam temuramah bersama Harian Metro pada 7 Oktober 2020, Wani Kayrie berkata "Aksara Cinta" ialah sebuah karya yang cukup istimewa buatnya dan hasratnya untuk bekerjasama dengan Hael Husaini dan Ezra Kong menjadi kenyataan.[3] Katanya: "Lagu "Aksara Cinta" ini sangat istimewa buat saya. Sebaik mendengar melodinya, saya terus suka dan tak sabar untuk merakamkannya. Ditambah lagi, sebelum ini lagu saya lebih kepada genre pop, namun untuk "Aksara Cinta", boleh dikatakan sangat berbeza secara keseluruhannya".[3]
"Aksara Cinta" berkisarkan tentang pergolakan perasaan yang dihadapi oleh seseorang ketika mengenangkan cinta yang dipertahankan sekian lama akhirnya dipersia-siakan dan mula merasa putus harapan dalam mencari kebahagiaan, namun bukanlah sebuah pengakhiran hidup.[4]
Muzik video
[sunting | sunting sumber]Muzik video rasmi untuk "Aksara Cinta" dikeluarkan di saluran YouTube Suria Records pada 1 Oktober 2020.[5] Sejak pelancarannya, ia telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 10,000 tontonan. Ia turut menampilkan pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled.[5] Pemilihan Aisar sebagai model dalam muzik video ini menerima pertikaian daripada warganet yang rata-ratanya mahu rakan seperjuangan Wani dalam Big Stage musim pertama, Afieq Shazwan sebagai model untuk muzik video itu.[5]
Persembahan secara langsung
[sunting | sunting sumber]Untuk mempromosikan "Aksara Cinta", Wani Kayrie mempersembahkan lagu itu secara langsung dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 pada 24 Oktober 2020.[6]
Format dan senarai runut
[sunting | sunting sumber]- Muat turun digital[7]
- "Aksara Cinta" – 3:14
Sejarah keluaran
[sunting | sunting sumber]Negara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Malaysia | 1 Oktober 2020 | Muat turun digital[7] Penstriman digital[8] |
Suria Records |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Fatin Farhana Ariffin (1 Oktober 2020). "Wani trauma kena buli siber". Berita Harian. Dicapai pada 1 November 2020 – melalui MSN News.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (3 Oktober 2020). "Wani sudah serik". Berita Harian. Dicapai pada 1 November 2020 – melalui MSN News.
- ^ a b c Norhayati Nordin (7 Oktober 2020). "Jiwai lirik lagu puitis". Harian Metro. Dicapai pada 1 November 2020.
- ^ Budiey (5 Oktober 2020). "Selepas Magika, Wani Kayrie makin matang muncul dengan single Aksara Cinta". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 November 2020.
- ^ a b c Norhayati Nordin (22 Oktober 2020). "Wani Kayrie pilih Aisar Khaled". Harian Metro. Dicapai pada 1 November 2020 – melalui MSN News.
- ^ "Wani Kayrie - Aksara Cinta (Live) @ Selamat Pagi Malaysia". Wani Kayrie. 24 Oktober 2020. Dicapai pada 1 November 2020.
- ^ a b "Aksara Cinta, single oleh Wani Kayrie". iTunes (MY). 1 Oktober 2020. Dicapai pada 1 November 2020.
- ^ "Aksara Cinta, a song by Wani Kayrie". Spotify. 2 Oktober 2020. Dicapai pada 1 November 2020.