Aidil Alias
Aidil Alias Pelakon Lelaki Malaysia.
Aidil Alias | |
---|---|
Kelahiran | Aidil Alias 29 September 1982 |
Warganegara | Malaysia |
Pendidikan | Diploma Science Geomatic UiTM Shah Alam 2004 |
Pekerjaan | Pelakon, Usahawan,Penceramah |
Tahun aktif | 2009 - 2021 |
Ketinggian | 5 ft 7 in (1.7 m) |
Drama pertama di lakonkan pada tahun 2009 iaitu drama Akademik Polis 4 arahan Yusof Kelana. Pada mulanya hanya sebagai pelakon tambahan tidak berdialog, tetapi ditukarkan kepada watak Polis berdialog. Bermula dari situ, beliau mula mengorak langkah didalam dunia lakonan. Tetapi disebabkan kerjaya hakiki yang padat dalam bidang Sales & Marketing dan menjadi pengedar Sah 4Life Transfer Factor, beliau hanya memilih watak-watak yang sesuai sahaja.
Kerjaya yang selalu berhadapan dengan pelbagai orang membuatkan beliau berani untuk berhadapan dengan kamera. Beliau tidak mempunyai apa-apa sijil atau menyertai apa-apa bengkel berkaitan lakonan tetapi dengan bakat semulajadi, suka mempelajari, displin yang tinggi dan menerima teguran, beliau diperkenalkan dan ditawarkan untuk memegang watak-watak pelakon pembantu dan pelakon utama untuk drama bersiri dan dokumentari.
Mula dikenali pada 2012 apabila memegang watak utama sebagai Rahim arahan sutradara Mior Hashim Manap dalam drama 12 episod TV AlHijrah , Warkah Cinta adaptasi dari novel nukilan Ustaz Cinta A. Ubaidillah Alias, Warkah Cinta Berbau Syurga bergandingan bersama Imam Muda Nazrul dan Nur Heliza binti Helmi. Selepas mendapat jumlah penonton tertinggi, drama patuh syariah ini menjalankan penggambaran untuk kesinambungannya bertajuk Cinta Dan Wahyu adaptasi dari novel Kala Cinta & Wahyu Bersatu berganding bersama Imam Muda Nazrul dan Amyra Rosli, 12 episod di TV Alhijrah.
Juga dikenali sebagai Ahli Farmasi untuk Iklan Panadol Optizorb pada 2018.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Produksi | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Mama & Macha | Mr K (Pelakon Pembantu) | Dream Pix Media Sdn Bhd | Tidak Dapat Ditayangkan |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Produksi | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2009 | Akademi Polis 4 (Musim 4) | Inspector Halim (Pelakon Tambahan) | TV9 | Skop Production | Drama Pertama |
2012 | Warkah Cinta (Musim 1) | Rahim (Pelakon Utama) | TV Al-Hijrah | Al-Kahfi Pictures | Drama Islamik Patuh Syariah |
2013 | Cinta Dan Wahyu (Musim 2) | Rahim (Pelakon Utama) | TV Al-Hijrah | ||
2014 | Ryujin Juwara | Coober (Pelakon Utama - Monster) | TV3 | Double Vision | Sarung Costume Monster |
Projek Memikat Suami | Brotha Noh (Pelakon Pembantu) | Astro Ria | Global Station | Watak Chinese Mualaf Australia | |
2015 | Syurga Nur | Ustaz Azim (Pelakon Pembantu) | TV3 Slot Akasia | JS Pictures | |
2016 | Awak Sangat Nakal | Tuan Syed Muda | Astro Ria | Orangetree Production Sdn. Bhd. | |
2021 | Penjara Janji | Ahcai | TV3 Slot Samarinda | JS Pictures | 1st Ramadhan 2021 (April 2021) |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Produksi | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2012 | Timah Lambak | Meon (Pelakon Pembantu) | Astro Prima | Nizarman (M) Sdn Bhd | |
2014 | Dari Pintu Neraka | Ustaz Penjara (Pelakon Pembantu) | TV3 | JS Pictures | |
Pulangnya Tok Misai | Ustaz Rizal (Pelakon Utama) | HyppTV VOD | Viper Studio (Skop Production) | ||
2015 | Penghuni Lama | Ustaz Azhar (Pelakon Utama) | HyppTV | Viper Studio (Skop Production) | |
2016 | Alim Alim Kucing | Zahar (Pelakon Pembantu) | TV1 | FIMTAB SB | |
2017 | Janji Allah | Rosli Posmen (Pelakon Utama) | TV1 | Al-Kahfi Pictures |
TV Commercial
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Produksi | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2018 | Panadol Optizorb | Ahli Farmasi (Pelakon Utama) | Semua stesen TV | Medifacts | Iklan |
Dokudrama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Produksi | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2016 | Pengakuan - Episod Tokan | Ali (Pelakon Utama) | TVi | Lakonan Semula - Kisah Benar |
Shortfilem (Media Sosial)
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran Media | Produksi | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2020 | Penarik Kereta Atau Gangster | Lee (Pelakon Utama) | Facebook, Instagram, Youtube | Icon Production (PPIM) | Viral 2 hari 2 juta view |
AhLong Cari Pasal Di Tempat Awam | AhLong (Pelakon Utama) | Social Experiment | |||
Nabil Tak Nak Susahkan Ayah | Ayah (Pelakon Utama) | ||||
Rezeki Terakhir - PERKESO | Kamal (Pelakon Utama) | Video Kesedaran PERKESO gandingan bersama Beto Kusyairy |