Afasia
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Afasia merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi. Masalah afasia adalah berbeza dengan disleksia. Tanda penting pengidap afasia adalah kesukaran berkomunikasi secara pertuturan, kesukaran memahami percakapan orang lain, dan kesukaran untuk membaca dan menulis.
Afasia biasanya disebabkan oleh kerosakan kepada pusat bahasa otak dan boleh disebabkan oleh angin ahmar atau kecederaan fizikal. Bergantung kepada kawasan dan tahap kecederaan, seseorang itu mungkin mampu bercakap tetapi tidak menulis, atau sebaliknya, ataupun memahami ayat yang lebih rumit dari apa yang mereka mampu hasilkan. Otak kanak-kanak yang tercedera kadang kala membentuk semula untuk menggunakan bahagian lain untuk pemprosesan pertuturan, dan mendapat semula fungsi yang hilang; otak orang dewasa kurang "lentur" dan ketiadaan keupayaan ini.
Sebarang daripada yang berikut boleh dianggap afasia:
- ketidakupayaan untuk memahami pertuturan
- ketidakupayaan untuk membaca (aleksia)
- ketidakupayaan untuk menulis (agraphia)
- ketidakupayaan untuk bertutur, tanpa lumpuh otot
- ketidakupayaan untuk membentuk ayat
- ketidakupayaan untuk menamakan objek (anomia)
- lemah sebutan
- pertuturan tidak bersesuaian, penggunaan jargon atau perkataan yang salah
- ketidakupayaan untuk mengulang ayat
- pengulangan ayat yang tegar
- sebarang kecacatan penggunaan bahasa yang lain
Jenis afasia biasa adalah:
- Afasia Broca (Afasia riak)
- Afasia Wernicke (Afasia kesedaran)
- Afasia nominal (Afasia anomik)
- Afasia sejagat
- Afasia konduksi
Jenis yang jarang pula termasuk:
- Aphasia motor transkortikal (Transcortical motor)
- Aphasia motor subkortikal (Subcortical motor)
- Aphasia deria transkortikal (Transcortical sensory)
- Aphasia deria subkortikal (Subcortical sensory )
Afasia kebiasaannya disebabkan oleh angin ahmar atau kecederaan di kepala, tetapi juga disebabkan oleh ganguan sistem saraf (neurological disorder), seperti ketumbuhan otak, penyakit nyanyuk Alzheimer, penyakit Picks, atau sesetengah jenis penyakit Parkinson. Bagaimanapun dalam kes tersebut, aphasia hanyalah salah satu tanda, yang biasanya diketepikan. Ini disebabkan terdapatnya ciri-ciri lain yang lebih diutamakan seperti kehilangan keupayaan berfikir. Kesan afasia berbeza antara seseorang dengan orang yang lain, dan sesetengah pengidap afasia boleh dibantu dengan bantuan terapi pertuturan. Berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat juga boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan pengidap afasia.
Kembali kepada Indeks penyakit.