Adamaya
Adamaya | |
---|---|
Genre | Melodrama romantik |
Ditulis oleh | Zarihah Hassan |
Pengarah | |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 23 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jane Teo (tidak dikreditkan) |
Penerbit | David Teo |
Penyunting | MiG Sound Factory |
Lokasi | |
Sinematografi | Jufri Ayob |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | MiG Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 6 April 2010 – 13 Mei 2010 |
Kronologi | |
Mengikuti | Na O Mei |
Diikuti oleh | Syah Jihan |
Adamaya (digayakan sebagai AdaMaya) ialah sebuah siri drama televisyen romantik Malaysia 2010 arahan Feroz Kader, dibintangi Lisa Surihani dan Sein Ruffedge. Berdasarkan daripada filem 2008 I'm Not Single karya Pierre Andre, drama ini memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 dari 6 April 2010 hingga 13 Mei 2010 menggantikan Na O Mei.[1] [2]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan perkahwinan di usia muda di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam (Sein Ruffedge) dan Maya (Lisa Surihani), Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibubapa Maya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.
Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak bernama Amani (Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan).
Dani (Faizal Yusof) pula telah berkahwin dengan Jasmin (Putri Mardiana) dan selepas lima tahun, Dani kembali mencari Maya. Percintaan Adam dan Maya menghadapi dugaan tatkala Dani muncul semula dalam hidup mereka. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Syed Hussein sebagai Adam
- Lisa Surihani sebagai Maya
- Faizal Yusup sebagai Dani
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Diana Amir sebagai Lisa
- Putri Mardiana sebagai Jasmin
- Mustapha Kamal sebagai Encik Fadhil
- Hafidzuddin Fazil sebagai Encik Harun
- Dian P. Ramlee sebagai Puan Zainab
- Hamidah Wahab sebagai Puan Halimah
- Anne Abdullah sebagai Shazlin
- Lan Zailan sebagai Tok Pa
- Chloe Nicole sebagai Sarah
- Irfan Roslan sebagai Shahrom
- Zalfie Mohd Nor sebagai Mika
- Shafiz Sumari sebagai Jimmy
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Mia Sara Nasuha sebagai Amani
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Budiey (6 April 2010). "Lisa Surihani & Hussein Ruffedge dalam drama Adamaya". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 31 Mac 2014.
- ^ Drama Adamaya mcentralmy. Dicapai pada 30 Mac 2023.
- ^ AdaMaya (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 18 April 2018.
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Adamaya | Berikutnya |
Na O Mei | Syah Jihan |