Abdul Ghani Ali
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Contoh dan sudut pandangan rencana atau bahagian ini mungkin mempunyai sikap berat sebelah yang meluas atau perlindungan tidak seimbang ke arah satu atau lebih kawasan-kawasan yang khusus. |
Yang Amat Berhormat Datuk Setia Abdul Ghani Bin Ali | |
---|---|
Ketua Menteri Melaka ke-4 | |
Dalam jawatan 1 Ogos 1972 – 10 Julai 1978 | |
Didahului oleh | Talib Karim |
Digantikan oleh | Mohd Adib bin Mohamad Adam |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi N02 Sungei Bahru | |
Dalam jawatan 4 November 1974 – 12 Jun 1978 | |
Didahului oleh | Johari Yusuf 18 Mei 1974 |
Digantikan oleh | Mohamed Jais |
Majoriti | (PRU-4) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi N12 Ramuan China | |
Dalam jawatan 18 Mei 1964 – 31 Julai 1974 | |
Didahului oleh | Mohamed Sudin Abdul Rahman |
Digantikan oleh | tukar nama kawasan |
Majoriti | (PRU-3) (PRU-2) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Ramuan China Kechil, Lubok China, Melaka, Malaysia | 26 November 1923
Mati | 8 Disember 2004 | (umur 81)
Parti politik | PERIKATAN-UMNO BN(UMNO) |
Tempat belajar | Maktab Perguruan Sultan Idris |
Pekerjaan | Guru,Ahli politik |
Datuk Setia Abdul Ghani bin Ali merupakan ahli politik dari parti UMNO yang berkelulusan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Beliau ialah seorang guru sebelum melibatkan diri dalam politik negeri Melaka dan dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka keempat dari 1 Ogos 1972 hingga 10 Julai 1978.
Selaku Ketua Menteri, beliau telah memajukan kawasan perindustrian Batu Berendam yang banyak memberi peluang pekerjaan kepada penduduk negeri Melaka. Kesinambungan usaha pembangunan ekonomi yang dimulai beliau ini telah dirancakkan lagi oleh Ketua Menteri Melaka selepas beliau.
Abdul Ghani Bin Ali terkenal dengan kegiatan memajukan dan menaik taraf perniagaan dan pertanian serta perindustrian di kalangan orang Melayu di seluruh negeri Melaka. Kisah hidup Datuk Setia Haji Abdul Ghani Bin Ali dirakamkan dalam bentuk penceritaan semula yang diusahakan oleh penulis Noor Masliah Othman @ Abdul Halip.
Penyandang Terdahulu | Ketua Menteri Melaka 1 Ogos 1972 – 10 Julai 1978 |
Penyandang Kemudian |
Talib Karim |
Mohd Adib bin Mohamad Adam |