Pergi ke kandungan

431 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat

[sunting | sunting sumber]
  • Athens menyertai perikatan dengan Raja Sitalkes dari Thrace, selepas Nymphodorus, seorang anak Athens yang berpengaruh, berkahwin dengan kakak (atau adik perempuan) Sitalkes. Nymphodorus kemudian merundingkan perjanjian antara Athens dan Raja Perdiccas dari Macedon dan dengan itu, Perdiccas memperoleh semula Therma. Oleh itu, Athens menarik balik bantuan yang diberikan kepada Philip, adik lelaki Perdiiccass, dan Thrace berjanji untuk membantu Perdiccas menangkap Philip. Sebagai balasan, Perdiccas bergerak terhadap Chalcidia yang merupakan orang-orang yang dipujuknya untuk memberontak pada asalnya.
  • Serangan Thebes ke atas Plataea, kota pro-Athens yang tunggal di Boeotia, gagal dan tentera Plataea membunuh 180 orang tawanan. Athens menyokong Plataea, manakala Sparta bersepakat dengan Thebes. Sparta mendapatkan bantuan daripada kota-kota Yunani di Itali dan Sicily. Kedua-dua Sparta dan Athens merayu kepada Parsi untuk bantuan, tetapi tidak mendapat sebarang hasil.
  • Tentera Sparta yang diketuai oleh Raja Archidamus II menyerang Attica dan dengan itu, memulakan Perang Peloponnesus Kedua secara berkesan antara Empayar Athens dengan Liga Peloponnesus. Tentera Sparta menjarah kawasan-kawasan luar bandar di sekitar Athens. Pericles, ketua Athens, tidak menentang mereka secara sungguh-sungguh, tetapi memindahkan penduduk-penduduk luar bandar ke dalam kawasan tembok kota Athens. Sebaliknya, Pericles mengejarkan perang tentera laut yang aktif dan mengurangkan sebarang bahaya terhadap pulau Aegina dengan menggantikan penduduk aslinya dengan penduduk Athens.

Republik Rom

[sunting | sunting sumber]
  • Tentera Rom menewaskan tentera Aequi dan Volsci dalam pertempuran Sungai Algidus. [1]

Mengikut topik

[sunting | sunting sumber]

Kesusasteraan

[sunting | sunting sumber]
  • Drama Medea oleh Euripides memenangi hadiah ketiga dalam perayaan Dionysia, perayaan drama Athens yang masyhur.

Kelahiran

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Mellersh, H.E.L. (1976). Chronology of the Ancient World. Barrie & Jenkins. m/s. m.s. 128. ISBN 0-214-20088-4.