427 SM
Penampilan
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Mengikut tempat
[sunting | sunting sumber]Yunani
[sunting | sunting sumber]- Archidamus II, raja Sparta, diwarisi oleh puteranya, Agis II.
- Selepas penyerahan kalah Mytilene kepada Athens, Cleon, ketua Athens, mendesak bahawa kota itu dimusnahkan. Sebagai balasan terhadap rayuan sebilangan orang warganegara Athens, dekri Cleon untuk memusnahkan penduduk Mytilene diterbalikkan, dengan hanya ketua-ketua pemberontakan menjalani hukuman mati.
- Plataea menyerah kepada tentera Sparta dan Thebes selepas garisonnya hampir maut, akibat kebuluran. Melebihi 200 orang tawanan dibunuh dan Plataea dimusnahkan.
- Perang saudara di Corcyra yang Athens dan Sparta masuk campur tanpa berkesan, memberikan kemenangan kepada pihak demokrat (yang menyokong perikatan dengan Athens) terhadap pemerintah-pemerintah dikit.
- Dalam sebuah usaha untuk menyekat Sparta daripada bekalan jagung Sicily, Athens membalas kepada rayuan untuk bantuan daripada sebuah perwakilan kota Leontini yang diketuai oleh Gorgias, sofis dan ahli retorik. Leontini telah diugut oleh Syracuse yang bersekutu dengan Sparta. Bagaimanapun, misi Athens yang diketuai oleh Laches, jeneral Athens tidak berupaya memberi banyak bantuan. Laches kemudian didakwa oleh Cleon kerana misinya yang gagal menyokong kepentingan-kepentingan Athens di Sicily.
Republik Rom
[sunting | sunting sumber]Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- Plato, ahli falsafah Yunani (maut k.k. 347 SM)
Kematian
[sunting | sunting sumber]- Archidamus II, raja Sparta