421 SM
Penampilan
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Mengikut tempat
[sunting | sunting sumber]Yunani
[sunting | sunting sumber]- Nicias, ketua puak bangsawan dan perdamaian di Athens serta Pleistoanax, raja Sparta, merundingkan Perdamaian Nicias antara Athens dan Sparta yang membawa keakhiran sementara Perang Peloponnesus. Intipati Perdamaian Nicias ialah pengembalian kepada keadaan sebelum perang; kebanyakan pertambahan pada masa perang dipulangkan. Tujuh belas wakil daripada setiap pihak bersumpah untuk mendukung perjanjian itu yang bermaksud untuk berlangsung selama 50 tahun. Kesemua sekutu Sparta bersetuju untuk memeterai perjanjian tersebut, kecuali Boeotia, Corinth, Elis, dan Megara.
- Alcibiades mengatur perikatan anti-Sparta antara Athens dengan negara-negara demokrasi Argos, Mantinea, dan Elis.
Itali
[sunting | sunting sumber]- Kota Cumae yang merupakan tanah jajahan Yunani yang paling utara di Itali jatuh kepada tentera Samnium.
Mengikut topik
[sunting | sunting sumber]Seni
[sunting | sunting sumber]- Pembinaan Anjung Anak-anak Dara (Anjung Caryatid) bermula di Erechtheion yang merupakan sebahagian Akropolis di Athens.
Drama
[sunting | sunting sumber]- Drama Keamanan (The Peace) oleh Aristophanes dipersembahkan.