Pergi ke kandungan

396 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat

[sunting | sunting sumber]

Empayar Parsi

[sunting | sunting sumber]
  • Carthage terpaksa menamatkan Syracuse (yang dimulakan pada tahun 398 SM), tetapi dapat memusnahkan Messina. Perang pertama Dionysius dengan Carthage tamat dengan kemenangan yang ketara untuk Dionysius yang membatasi kuasa musuhnya kepada sebuah kawasan di Sicily barat laut. Ketika kembali ke negaranya, Himilco, jeneral Carthage, membunuh diri.
  • Agesilaus II, raja Sparta, mencapai kejayaan dalam kempen ketenteraannya terhadap Pharnabazus dan Tissaphernes, satrap-satrap (gabenor) Parsi. Tissaphernes yang merupakan satrap Lydia dan Caria mengalami suatu kekalahan yang utama di Sardis. Agesilaus bersetuju dengan Tissaphernes untuk berdamai selama tiga bulan. Perundingan-perundingan yang diadakan semasa itu terbukti tidak berhasil, dan pada penamatan perjanjian tersebut, Agesilaus menyerang Phrygia dan dengan mudahnya merampas amat banyak harta rampasan kerana Tissaphernes telah menumpukan angkatan tenteranya di Caria.

Republik Rom

[sunting | sunting sumber]
  • Marcus Furius Camillus yang dijadikan diktator oleh Rom, akhirnya memusnahkan kota Etruska di Veii yang terletak di Etruria selatan ketika kota itu ditawan oleh angkatan tentera Rom selepas apa yang dikatakan pengepungan selama 10 tahun. Penawanan Veii dan wilayah-wilayah bersekitaran menandakan perluasan utama Rom yang pertama yang menambahkan sekali ganda wilayah Rom selepas kemenangan tersebut.
  • Rom memperkenalkan pembayaran gaji kepada angkatan tenteranya.

Mengikut topik

[sunting | sunting sumber]

Kesusasteraan

[sunting | sunting sumber]
  • Kyniska menjadi wanita pertama untuk memenangi satu acara dalam Sukan Olimpik apabila rata kuda yang ditajanya mendapatkan tempat pertama. Larangan terhadap wanita bertanding memaksanya mengupah seorang lelaki untuk menunggangnya.

Kelahiran

[sunting | sunting sumber]