Pergi ke kandungan

361 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat

[sunting | sunting sumber]
  • Callistratus dari Aphidnae, jeneral serta pemidato Athens, dan Chabrias, jeneral Athens dibicarakan di Athens kerana keengganan Thebes untuk menyerahkan kota Oropus yang atas nasihat Callistratus, Thebes telah dibenarkan menduduki buat sementara. Walaupun Callistratus memberikan ucapan yang mengagumkan sebagai pembelaannya (yang sangat menarik hati Demosthenes sehingga beliau memutuskan untuk mengkaji bidang berpidato), beliau dihukum mati. Callistratus melarikan diri ke Methone di Macedon, dan diperlindungi oleh Raja Perdiccas III yang mempergunakan kemahiran kewangannya. Chabrias dibebaskan daripada tuduhan dan kemudian menerima kuasa pemerintahan di bawah Raja Teos dari Mesir yang sedang mempertahankan negaranya daripada percubaan-percubaan Parsi untuk menaklukkannya semula.

Empayar Parsi

[sunting | sunting sumber]
  • Dengan Empayar Parsi semakin lemah, pemberontakan-pemberontakan berlaku di banyak bahagian Empayar, termasuk Sidon, sebuah kota Phoenicia yang kaya dan makmur.
  • Tentera Mesir di bawah Raja Teos dan tentera Sparta di bawah Raja Agesilaus II, bersama-sama dengan sebilangan askar upahan Athens di bawah Jeneral Chabrias, memulakan serangan kota-kota Phoenicia yang dikuasai oleh raja Parsi. Bagaimanapun, mereka terpaksa kembali hampir dengan segera, akibat pemberontakan di Mesir. Kemudiannya, Agesilaus II bergaduh dengan raja Mesir dan menyertai pemberontakan terhadap Teos.
  • Plato kembali sekali lagi ke Syracuse untuk mengajar Dionysius II, penzalim Syracuse yang muda. Beliau gagal mendamaikan penzalim itu dengan Dion yang dibuang negeri oleh Dionysius II pada tahun 366 SM. Oleh sebab ini, Plato terpaksa melarikan diri daripada Syracuse supaya tidak dibunuh.

Kelahiran

[sunting | sunting sumber]